Wanita Pertama Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Wanita Pertama Malaysia
Coat of arms of Malaysia.png
Jata Negara Malaysia
Rosmah Mansor Speech.jpg
Penyandang Rosmah Mansor
Gelaran Yang Amat Berbahagia
Mula bertugas 3 April 2009
Kediaman Seri Perdana
Pembentukan 31 Ogos, 1957
Laman Laman web rasmi Datin Paduka

Wanita Pertama Malaysia merupakan gelaran kehormat masyarakat Malaysia khususnya kepada wanita yang menjadi pendamping, teman setia atau lebih tepat lagi isteri kepada pemimpin pertama dan terpengaruh di Malaysia yang dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun kini di Malaysia, gelaran ini telah menimbulkan kekeliruan dari aspek kefahaman dan definisi pengertian, malah ada yang menganggapnya sebagai suatu isu kontroversi. Penggunaan gelaran Wanita Pertama Malaysia kini dianggap lebih sama makna dengan Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia atau merujuk kepada isteri pemimpin utama yang memegang barisan kepimpinan eksekutif Kerajaan Malaysia. Namun pemberian gelaran "First Lady" kepada isteri Perdana Menteri telah mendatangkan hal berbangkit atau perkara yang kontroversi kepada institusi beraja berpelembagaan di Malaysia. Ini kerana terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa gelaran ini seakan-akan telah menutup kedaulatan atau gelaran junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga merupakan isteri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia.[1][2]

Menurut situasi semasa, gelaran Wanita Pertama Malaysia bagi tahun 2011, disandang oleh isteri Perdana Menteri Malaysia ke-6 Mohd Najib bin Abdul Razak iaitu Rosmah Mansor.

Isi kandungan

Tugas isteri Perdana Menteri Malaysia[sunting]

Isteri Perdana Menteri tidaklah dilantik menerusi pilihan raya umum negara Malaysia, ini bermakna beliau tidak mempunyai sebarang kuasa esekutif atau tugasan khas dalam kabinet kerajaan Malaysia. Malahan beliau tidak boleh mendapat sebarang gaji dari tugasan yang dilakukan melainkan hanya memperolehi sedikit elaun sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa mendampingi Perdana Menteri dalam tugasan hariannya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.

Sebagai isteri Perdana Menteri, beliau mungkin boleh merasmikan atau menghadiri majlis-majlis pelacaran atau keraiaan negara atau negeri bersama atau tidak dengan Perdana Menteri. Merupakan suatu bentuk kesalahan bagi isteri Perdana Menteri Malaysia yang cuba untuk mewujudkan atau menjalankan sebarang bentuk perniagaan selagi beliau masih menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Ini kerana jika dibiarkan ini akan menjadi suatu bentuk buah mulut dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia khususnya.[perlu rujukan]

Isteri Perdana Menteri juga harus mentaati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.[perlu rujukan] Beliau juga wajib menghormati adat resam masyarakat Malaysia dan masyarakat Asia. Beliau seharusnya mempunyai nilai sentimental dan kelembutan serta mempunyai sifat keibuan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi supaya menjadi contoh kepada masyarakat khususnya golongan wanita. [perlu rujukan]

Isteri Perdana Menteri juga mesti sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemanusiaan dan kerja-kerja amal di peringkat nasional mahupun dunia. Adalah menjadi suatu kebiasaan untuk mana-mana isteri kepada pemerintah negara untuk menunjukkan nilai murni dalam segala aspek khususnya melibatkan aktiviti kebajikan, amal dan kemanusiaan. Menjadi suatu kebiasaan juga bagi isteri Perdana Menjadi menjadi Penaung atau Presiden kepada mana-mana kebajikan amal yang bukan berlandaskan kepentingan dan keuntungan. Malah beliau juga merupakan Yang di-Pertua kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia (BAKTI).

Senarai Wanita Pertama Malaysia[sunting]

Kontroversi Penggunaan istilah "Wanita Pertama"[sunting]

Malaysia merupakan sebuah negara yang tidak mengamalkan konsep Raja mutlak, iaitu satu konsep yang memberikan Raja menggarap hasil kekayaan negaranya dan mengagihkan hasil kekayaan kepada rakyat jelata melalui kuasa penuh pentadbiran yang ada digenggamannya. Namun di Malaysia sebenarnya hanyalah mengamalkan konsep Raja berpelembagaan di mana Perdana Menteri merupakan ketua eksekutif negara, jawatan Raja hanya memainkan peranan sebagai simbol negara yang berdaulat. Berbalik kepada isu penggunaan gelaran "Wanita Pertama", Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa isteri Yang di-Pertuan Agong ialah hanya yang kedua kepada Yang di-Pertuan Agong itu sendiri. Maka, oleh itu dapatlah ditafsirkan bahawa Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah orang yang layak memegang gelaran "Wanita Pertama" mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Andaian bagi memegang gelaran "Wanita Pertama" di Malaysia sebenarnya dianggap sebagai isu yang cukup "panas" bagi sesetengah pihak khususnya yang berada dibawah naungan Malaysia (rakyat dan pemerintah), ini kerana gelaran ini sering dipersoalkan di meja-meja diskusi dalam gelanggang politik Malaysia. Malaysia bukanlah sebuah negara republik yang diperintah oleh Presiden yang memenangi mana-mana bahagian dalam gelanggang pilihan raya, tetapi hakikatnya Malaysia adalah sebuah negara Raja Perlembagaan yang menetapkan Raja sebagai simbol kedaulatan dan orang yang bertanggungjawab memperkenan sebarang usul perundangan dan entiti kehakiman. Perdana Menteri pula ialah seorang rakyat jelata yang mendapat mandat dari rakyat menerusi pilihan raya, lalu bertanggungjawab mengepalai pentadbiran eksekutif selain memacu pembangunan negara dan memerintah Malaysia secara adil dan saksama, berlandas nas-nas yang termaktub dalam perlembagaan negara seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ketika era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, malahan era pemerintahan Perdana Menteri sebelumnya, tidak terdapat sebarang bentuk entiti khusus yang dipersoalkan di Malaysia berkenaan kedudukan dan gelaran isteri Perdana Menteri sebagai wanita pertama. Lagipun isteri pertama mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Tun Endon Mahmood Ambak yang sarat menempuhi pembedahan akibat serangan kanser payu dara di Amerika Syarikat juga tidak menggunakan gelaran "Wanita Pertama" secara khusus dan terbuka.

Isu kontroversi penggunaan gelaran "Wanita Pertama" sebenarnya hanya mula memuncak ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia terkini Dato Seri Najib Tun Razak berikutan isterinya Rosmah Mansor yang dikatakan menggunakan gelaran wanita pertama secara besar-besaran di Malaysia. Ada pula yang menganggap gelaran "Wanita Pertama" hanya khusus buat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan ada juga yang mengatakan gelaran ini tidak patut ditimbulkan dan digunapakai berikutan Malaysia bukan sebuah negara republik.

Isu tidak hanya berhenti disitu sahaja, terdapat sumber yang mengatakan Pejabat Perdana Menteri telah mewujudkan sebuah jabatan misteri yang baru yang diletakkan atas nama akronim Jabatan F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Namun jabatan tersebut akhirnya dibubarkan. Berita penubuhan jabatan misteri tersebut telah menjadi buah mulut cerita dan analisis dari pelbagai blogger. Terdapat sebuah laman sesawang yang mengandungi maklumat perhubungan dalam jabatan FLOM tetapi telah dikeluarkan segera, namun terdapat sebilangan enjin pencari yang telah mengurus dan menyimpan data dalam [3]. Ramai pihak yang telah mempersoalkan kerasionalan, kesahan dan fungsi jabatan tersebut. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan Bajet Kebangsaan turut memperuntukan dana bagi urusan kerja jabatan.

Rujukan[sunting]

Pautan luar[sunting]