22 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | September 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | ||||||
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | ||||||
| MMXII | ||||||
22 September merupakan hari ke-265 (hari ke-266 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 100 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960)
- Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
[sunting] Peristiwa
- 1776 - Kapten Nathan Hale, seorang perisik Angkatan Tentera Benua semasa Revolusi Amerika, digantung oleh tentera British.
- 1862 - Perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, yang membebaskan semua hamba di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 - Opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner, Das Rheingold, dipersembahkan di Munich.
- 1961 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.
- 1965 - Majlis Keselamatan PBB sebulat suara meluluskan ketetapan menyeru gencatan senjata tanpa syarat dalam Perang India-Pakistan.
- 1980 - Iraq melancarkan serangan ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||