Wee Choo Keong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat
 Wee Choo Keong
Wee Choo Keong

Ahli Parlimen
untuk P116 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
8 Mac 2008
Didahului oleh Yew Teong Look (BN-MCA)
Majoriti 150

Ahli Parlimen
bagi kawasan P99 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tempoh berjawat
1990 – 1999
Didahului oleh Lee Lam Thye (DAP)
Digantikan oleh Fong Kui Lun (DAP)
Majoriti 23,295

Parti politik DAP-100px.jpg]DAP (1990-1999)
MDP.jpgMDP (1999-2009)
Lambang keadilan.png PKR (2008-2010)
Ahli Politik BEBAS (2010-sekarang)
Pekerjaan Peguam, Ahli politik
Agama Buddha Malaysia
Laman web http://weechookeong.wordpress.com (baru)
http://weechookeong.blogspot.com (lama)

Yang Berhormat Wee Choo Keong (Bahasa Cina: 黄朱强) seorang ahli politik Malaysia berketurunan Cina merupakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan pernah mewakili Parti Keadilan Rakyat dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Beliau merupakan pengasas Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan menjawat sebagai Setiausaha Agung sehingga parti ini ditarik balik daftarnya.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kelantan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Perjuangan di dalam DAP[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjawat sebagai Ketua Penerangan di Parti Tindakan Demokratik (DAP), namun selepas kegagalannya untuk cuba menggulingkan Lim Kit Siang, beliau disingkirkan daripada DAP. Beliau membawa para penyokongnya untuk menubuhkan Parti Demokratik Malaysia (MDP) dan bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999 dan Pilihanraya Umum Malaysia 2004, tetapi tidak pernah memenangi apa-apa kerusi. Sejak penubuhan partinya, beliau menjawat sebagai Ketua Setiausaha partinya, pemimpin yang tertinggi dalam parti ini.

Beliau sekali lagi menjadi tumpuan ramai atas peristiwa Klip video Lingam, kerana beliau merupakan peguam bela Thirunama Karasu, adik kepada VK Lingam.

Dalam PRU 1995, beliau selaku calon DAP di kawasan Bukit Bintang memenangi kawasan ini, namun selepas itu kelayakan beliau dibatalkan, dan calon lawannya, Lee Chong Meng, diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang.

Dalam PRU 2004, beliau satu-satu calon dari MDP, beliau bukan saja kalah di kawasan Bukit Bintang, malah kehilangan depositnya.

Bertanding atas tiket PKR[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan tiket Parti Keadilan Rakyat di Wangsa Maju dan mengalahkan calon dari BN-MCA, Yew Teong Look dengan majoriti sebanyak 150 undi. Beliau memperolehi 19,637 undi berbanding lawannya memperolehi 19,487 undi. Beliau terus menjadi seorang Ahli Parlimen bagi pihak PKR.

Menjadi Ahli Parlimen Bebas[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Mei 2010, Wee mengumumkan keluar dari PKR walaupun ura-ura dan tindak-tanduknya bertentang dengan PKR telah lama. Pada masa yang sama, beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Beliau tidak puas hati skandal 'rasuah' penjualan pasir oleh KSSB di Selangor.[1] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]