Yōkai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cetakan ukiyo-e menunjukkan yōkai, oleh Aotoshi Matsui

Yōkai (妖怪?, bermaksud "curiga", "misteri", atau "tidak masuk akal") merupakan sejenis kelas obake, iaitu makhluk-makhluk dalam budaya rakyat Jepun yang berupa seperti oni jahat sehinggalah sebagai kitsune nakal atau wanita salji iaitu Yuki-onna. sesetengah daripada makhluk ini memiliki sebahagian daripada ciri-ciri manusia dan haiwan (contoh: Kappa dan Tengu). Secara umum, Yōkai mempunyai kuasa ghaib atau spiritual, justeru pertemuan mereka dengan manusia dianggap merbahaya. Yōkai juga memiliki motif serta agenda berbeza daripada manusia, yang seringkalinya sukar untuk difahami.

Ahli pengkaji budaya rakyat Jepun dan sejarawan menggunakan istilah yōkai sebagai "fenomena ajaib atau ghaib kepada pemberi maklumat". Dalam Zaman Edo, ramai artis, seperti Toriyama Sekien, telah mencipta yōkai yang dirujuk daripada budaya rakyat ataupun menerusi buah fikiran mereka sendiri, dan pada masa kini kebanyakan daripada yōkai ciptaan mereka ini (misalnya Kameosa dan Amikiri) tidak dianggap sekadar legenda.[perlu rujukan]

Sesetengah yōkai cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan manusia; mereka umumnya menduduki kawasan-kawasan terpencil yang jauh daripada kediaman manusia. Yōkai yang lain pula, malangnya, memilih untuk tinggal berdekatan kawasan petempatan manusia di atas sifat mereka yang tertarik kepada manusia; mereka mungkin tertarik kepada ciri-ciri kediaman manusia yang selesa dan panas, ataupun minyak yang digunakan manusia untuk mencipta api. Yōkai secara tradisionalnya dikaitkan dengan api, arah timur laut serta musim panas, di mana waktu ini dunia manusia adalah paling dekat dengan dunia ghaib. Yōkai dan obake seringkali digambarkan dalam penyamaran yang melucukan namun tetap mengerikan.

Pelukis manga bernama Shigeru Mizuki telah memperkenalkan banyak jenis yōkai di dalam karya-karyanya sejak tahun 1960-an (contoh; perwira yōkai satu mata iaitu Ge Ge Ge no Kitaro). Koleksi cerita-cerita hantu Jepun Lafcadio Hearn berjudul Kwaidan: Stories and Studies of Strange Things mengandungi kisah-kisah yūrei dan yōkai seperti Yuki-onna.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]