Agama di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuil Nachi adalah tapak purba untuk penyembahan kami

Kebanyakan Orang Jepun tidak mengenal pasti diri mereka sebagai penganut bagi satu agama semata-mata; sebaliknya, mereka menggabungkan unsur-unsur pelbagai agama dalam gaya Sinkretisme [1] yang dikenali sebagi Shinbutsu shūgō (神仏習合 penyatuan kami dan buddha?). Shinbutsu Shūgō secara rasminya berakhir dengan arahan pemisahan Shinto dan Agama Buddha pada 1886, tetapi masih diamalkan.Oleh itu Shinto dan Agama Buddha di Jepun tidak difahamkan sebagai dua agama yang berbeza sepenuhnya , tetapi sebaliknya sebagai sebuah, sistem agama yang agak kompleks.[2]

Jepun menjamin kebebasan agama penuh, yang membenarkan agama ninoriti seperti Kristian, Islam, Hindu dan Sikhism diamalkan. Rajah yang menyatakan 84% hingga 96% orang Jepun menganut Shinto dan Agama Buddha tidak berdasarkan kepada pengakuan sendiri tetapi biasanya diambil daripada rekod kelahiran, berikutan dengan amalan yang beransung lama rasminya mengaitkan baris keluarga dengan Kuil Buddha atau Kuil Shinto.[3][4][5][6] Kira-kira 70 peratus Orang Jepun mengaku tidak mempunyai keahlian agama,[7][8] menurut Johnstone (1993:323), 84% Orang Jepun mengaku tidak mempunyai agama peribadi. Dalam soal selidik bancian, kurang dari 15 peratus melaporkan mempunyai kaitan dengan sebarang agama formal pada tahun 2000.[9] Dan menurut Demerath (2001:138), 64% tidak mempercayai Tuhan, dan 55% tidak memepercayai Buddha.[10] Menurut Elisabeth Bumiller, Edwin Reischauer, dan Marius Jansen, sebahagian 70 hingga 80 peratus orang Jepun kerap memberitahu pebanci yang mereka tidak menganggap diri mereka sebagai penganut sebarang agama.[11][12] Menurut James Killian, antara 64% dan 80% orang Jepun menyatakan diri mereka sebagai atheists, agnostik, atau bukan-penganut.[13] Jalan-jalan di Jepun didekorasikan pada Tanabata, Obon dan Krismas.

Shinto[sunting | sunting sumber]

Altar Shinto di dalam rumah di Jepun.
Rencana utama: Shinto

Shinto, yang bermaksud "jalan tuhan", merupakan agama asal Jepun dan diamalkan oleh sekitar 93% dari penduduk. Tidak seperti Agama Yahudi-Kristian, Shinto oleh kerana kesemulajadiannya tidak memerlukan pengakuan dalam agama yang sama, sebaliknya penyertaan dalam beberapa aspek dalam shinto sahaja umumnya dianggap sudah mencukupi untuk bersatu. Shinto berasal dari zaman prasejarah sebagai agama dengan kaitan Alam semula jadi dan tapak-tapak suci tertentu. Tapak-tapak ini mungkin asalnya dgunakan untuk memuja matahari, perbentukan batuan, pokok dan bahkan bunyi. Setiap dari benda-benda ini dikaitkan dengan dewa, atau kami, dan sebuah agama politeistik dibentuk. Pemujaan Shinto terhadap kami dilakukan di kuil-kuil. Pekara penting yang utama ialah the perbuatan penyucian sebelum berkunjung ke kuil-kuil terbabit.

Terdapat pelbagai mazhab di dalam Shinto. Shinto tidak mempunyai seorang pengasas dan kanun, namun Nihongi dan Kojiki mengandungi rekod Mitologi Jepun. Mazhab tersendiri Shinto, seperti Tenrikyo dan Konkokyo, selalunya mempunyai dogma atau pemimpin yang tersendiri. Shinto mula jatuh ketinggalan selepas kedatangan agama Buddha, namun selepas itu Shinto dan agama Buddha mula diamalkan bersama. Di tapak kuil Shintō, Kuil Buddha juga dibina.

Sebelum tahun 1868, terdapat tiga bentuk utama dalam Shinto: Shinto Kuil, jenis yang paling popular; Shinto kelompok , diamalkan oleh petani; dan shinto Kerabat diraja, yang diamalkan oleh Kerabat diraja Jepun. Pada kurun ke-18 dan ke-9, mzahab-mazhab shinto bebas  – Shinto Mazhab  – dibentuk, sebahagian daripadanya yang sangat radikal, seperti Tenrikyo monoteistik. Semua ini telah dikenali sebagai mazhab-mazhab Shinto atau agama-agama baru. Berikutan Pemulihan Meiji pada tahun 1868, Shinto dan agama Buddha were dipisahkan dengan ketat. Maharaja Meiji menjadikan Shinto sebagai agama rasmi, menciptakan sebuah bentuk shinto yang dikenali sebagai Shinto Negara dengan menggabungkan tokong, kelompok, Shinto kerabat diraja. Mazhab Shinto radikal dipisahkan dari Shinto Negara. Dibawah Meiji, Jepun menjadi sebuah negara teokrasi sederhana, dengan kuil-kuil dibawah kawalan kerajaan. Shinto kemudiannya menjadi sebab untuk nasionalisme Jepun. Selepas Jepun mengambil alih Korea dan Taiwan, Shinto Negara juga telah menjadi agama rasmi kepada negara-negara terbabit.

Semasa Perang Dunia II, kerajaan memaksa setiap rakyat emngamalkan Shinto negara dan mengaku Maharaja bersifat ketuhanan. Sesiapa yang menentang Pemujaan maharaja, termasuk Oomoto dan Soka Gakkai, yang telah dianiayai. Apabila Amerika Syarikat menduduki Jepun pada tahun 1945, kuil-kuil dibawa keluar dari kawalan kerajaan, dan Shinto negara dimansuhkan. Tokong, Kelompok, dan Shinto kerabat diraja sekali lagi diasingkan, dan Shinto mazhab seterusnya menjauhkan dirinya daripada Shinto arus utama.

Agama Buddha[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Agama Buddha di Jepun

Agama Buddha petama kali datang ke Jepun pada kurun ke-6 dari bahagian selatan kerajaan Baekje di semenanjung Korea. Raja Baekje menghantar kepada maharaja Jepun sebuah gambar Buddha dan beberapa sutera-sutera. Bangsawan Jepun membina patung-patung dan kuil-kuil Buddha di ibukota di Nara, dan seterusnya di ibukota di Heian (sekarangnya Kyoto).[14]

Agama Buddha terbahagi kepada tiga bentuk: ortodoks Buddha Theravada, yang menjadi kelaziman di India dan kebanyakan tempat di Asia tenggara; Buddha Mahayana, yang tersebar di China, Tibet, Vietnam, sehinggakan ke Korea dan Jepun; dan Buddha Vajrayana. Sejak mulanya, bentuk terbesar agama buddha di Jepun ialah aliran Mahayana. Menurut Badan kepada Hal Ehwal Kebudayaan, 91 juta orang Jepun mengenalpasti diri mereka sebagai penganut Buddha.[15]

Enam mazhab Buddha awalnya dibina semasa Nara yang sekarangnya bersama dikenali sebagai "Buddha Nara" dan yang agak kecil. Apabila ibukota berpindah ke Heian,lebih banyak bentuk agama Buddha tiba dari China, termasuk yang masih popular Shingon,sebuah bentuk Buddha yang kebatinan yang menyerupai Buddha Vajrayana Tibet, dan Tendai, sebuah bentuk konservetif monastik yang lebih dikenali dengan nama Cinanya, Tiantai.

Apabila keshogunan mengambil alih kuasa pada kurun ke-12 dan kota pendtadbiran berpindah ke Kamakura, lebih banyak bentuk agama Buddha tiba. Yang paling popular ialah Zen, yang menjadi jenis paling popular Buddha Mahayana pada ketika itu. Dua aliran Zen telah ditubuhkan, Rinzai dan Sōtō; ketiga, Ōbaku, ditubuhkan pada 1661.

Toshodaiji merupakan kuil Buddha yang awal semasa zaman Nara.

Bentuk lain dalam agama Buddha yang dikenali sebagai Jodo-kyo, atau Buddha Tanah Murni, tiba semasa Zaman Kamakura. Buddha Tanah Murni menekankan peranan Buddha Amitabha dan berjanji yang membacakan ungkapan "Namu Amida Butsu" apabila berlaku kematian akan mengakibatkan dibuang oleh Amitabha ke "Syurga Barat" atau "Tanah Murni", dan seterusnya ke Nirvana. Jodo-kyo menarik golongan pedagang dan petani. Selepas Honen,Ketua pendakwahan Jodo-kyo di Jepun, mati, bentuk ajaran tersebut berpecah kepada dua: Jodo-shu, yang lebih mengfokuskan pengulangan ungkapan berkali-kali, dan yang lebih liberal Jodo Shinshu, yang mendakwa bahwa hanya dengan dengan menyebut ungkapan sekali dengan hati yang murni sahaja diperlukan. Hari ini, banyak orang Jepun berpengang kepada Nishi Honganji-ha, mazhab konservetif bagi Jodo Shinshu.

Sami Nichiren menubuhkan bentuk agama Buddha yang lebih radikal, Buddha Nichiren, yang memuja Lotus Sutra. Ajaran Nichiren bersifat revolusi,dan para shogun tidak mempercayai beliau; apabila Nichiren meramalkan yang Mongols akan menakluki Jepun, shogun telah mengusir beliau. Nichiren merupakan seorang yang progressif, pemikir Jepun pertama yang menyatakan bahwa wanita patut memperolehi pencerahan. Buddha Nichiren adalah mazhab Buddha kedua terbesar di Jepun pada hari ini. Sub-mazhab of Buddha Nichiren termasuklah Nichiren-shu, Nichiren Shoshu dan Soka Gakkai, sebuah aliran kontroversial yang sayap politiknya membentuk Parti konservetif Komeito Baru , parti politik ketiga terbesar di Jepun.

Pada masa moden, masyarakat Jepun telah menjadi sangat sekular, dan agama pada umumnya menjadi kurang penting. Walaubagaimanapun, banyak orang Jepun masih menganut Buddha pada nama dan masih berhubung dengan Kuil Buddha setempat, sungguhpun merka tidak bersembahyang secara kerap. Agama Buddha masih menjadi popular di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar dan pinggir bandar. Misalnya, sedang 90% rumah di luar bandar mempunyai altar Buddha (Butsudan), kadar itu jatuh ke 60% atau kurang di kawasan bandar.

Agama-agama baru[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Shinshūkyō

Selain daripada dua jenis agama tradisional diatas, berbagai-bagai gerakan agama popular wujud di Jepun Moden. Gerakan-gerakan ini biasanya dilonggokan bersama-sama dibawah nama "Agama baru". Agama-agama ini dilukiskan pada konsep dari Shinto, Agama Buddha, dan kepercayaan tahyul setempat. Bilangan agama-agama baru yang diiktiraf adalah ratusan, dan jumlah keahliah dilaporkan mencapai puluhan juta. Agama baru terbesar adalah Soka Gakkai, sebuah mazhab Buddha yang terbentuk pada tahun 1930, yang mempunyai lebih kurang 10 juta ahli di Jepun.

Kebanyakan agama-agama baru ini timbul sebagai sebahagian dari Shinto dan mengekalkan unsur-unsur Shinto dalam ajaran mereka. Beberapa, walau tidak semua, dari agama-agama baru ini dikira sebagai Shinto Mazhab. Antara agama baru yang lain termasuklah Aum Shinrikyo, Gedatsu-kai, Kiriyama Mikkyo, Kofuku no Kagaku, Konkokyo, Oomoto, Pana-wave laboratory, PL Kyodan, Seicho no Ie, Sekai Mahikari Bunmei Kyodan, Sekai kyūsei kyō, Shinreikyo, Sukyo Mahikari, Tenrikyo, danZenrinkyo.[perlu rujukan]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Edwin O. Reischauer. The Japanese Today: Change and Continuity. Cambridge, Massachusetts: Belknap Press of Harvard University Press (1988), pg. 215.
  2. Scheid, Bernhard. "Religion in Japan". Hauptseite (dalam bahasa German). University of Vienna. 
  3. "Buddhism". Adherents.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  4. "Major Religions Ranked by Size". Adherents.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  5. "US State Department". State.gov. 2006-09-15. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  6. "CIA World Factbook". CIA.gov. Diperoleh pada 2010-07-11. 
  7. Whelan, Christal (1995-05-13). "Local News | Japan's `New Religion' – Millions Disenchanted With Buddhism, Shinto Find Spiritual Options | Seattle Times Newspaper". Community.seattletimes.nwsource.com. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  8. McQuaid, John (2008-10-29). "A View of Religion in Japan". Japan Society, New York. Diperoleh pada 2010-06-24. 
  9. http://books.google.com/books?id=piq2LT5PHRUC&pg=PA787&dq=japan+15%25+religious+affiliation+census+2000&hl=en&ei=A5-QTe6RDs6q8AOct6SgDw&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCcQ6AEwAA#v=onepage&q=japan%2015%25%20religious%20affiliation%20census%202000&f=false
  10. http://www.pitzer.edu/academics/faculty/zuckerman/Ath-Chap-under-7000.pdf
  11. http://books.google.com/books?id=fEsFAQAAIAAJ&q=Some+70+to+80+percent+of+the+Japanese+regularly+tell+pollsters+they+do+not+consider+themselves+believers+in+any+religion&dq=Some+70+to+80+percent+of+the+Japanese+regularly+tell+pollsters+they+do+not+consider+themselves+believers+in+any+religion&hl=en&ei=VJfKTZP5NYa7hAex-eSoAg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCkQ6AEwAA
  12. http://books.google.com/books?id=BTPNlLIy2soC&pg=PA215&dq=percent+believe+in+god+japan&hl=en&ei=GJnKTcSaHsew8QPCyKTLBg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CCgQ6AEwADhu#v=onepage&q=percent%20believe%20in%20god%20japan&f=false
  13. http://books.google.com/books?id=SRyroqLy-UYC&pg=PA54&dq=percent+believe+in+god+japan&hl=en&ei=X53KTcq3LoHLhAfD5uCoAg&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=4&ved=0CDcQ6AEwAzj6AQ#v=onepage&q&f=false
  14. Hoffman, Michael, "Buddhism's arrival, Shinto's endurance", Japan Times, March 14, 2010, p. 7.
  15. "Japan". State.gov. 2007-09-14. Diperoleh pada 2010-06-24. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Asia dalam topik