Yahaya Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yahaya Ahmad
Fail:Yahaya Ahmad.jpg
Kelahiran 11 Ogos 1947
Marang, Terengganu,
Malaysia
Meninggal dunia 2 Mac 1997 (Umur 50)
Kuala Lipis, Pahang
Malaysia
Pekerjaan Founder of DRB-HICOM Group
Nilai harta
kekayaan
Undisclosed

Tan Sri Yahya Ahmad (11 Ogos 1947-8 Mac 1997) dilahirkan Di Terengganu adalah bekas Pengerusi DRB/Hicom . Syarikat ini mempunyai 32,000 pekerja. Mereka menetap di Kelana Jaya.


Beliau mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak . Antara kenalan rapat ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dikatakan juga Yahya berkrisis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Universiti Malaya.

Pengerusi HICOM[sunting | sunting sumber]

Yahya mula berjinak dengan dunia automobil pada 1981 iaitu semasa selepas pelancaran kereta nasional Malaysia Proton Saga. Beliau mula dilantik menjadi pengerusi DRB-HICOM pada 1 Januari 1994. Menerusi DRB atau Diversified Resources Bhd , Yahaya Ahmad berjaya menguasai syarikat pengeluar kereta nasional Proton. Pada 1990-an kereta Proton Iswara dan Proton Wira telah dilancarkan. Pada April 1996, Proton Tiara dilancarkan. Seterusnya pada Oktober 1996, Proton melalui Yahaya telah mengambil kawalan terhadap Lotus. Kemudian diambil alih oleh Pengarah Urusan Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dengan Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Selepas kematian Yahaya, Pengerusi DRB HICOM diambil alih oleh Tan Sri Mohd Saleh Sulong.[1]


Pada 1997, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia pemangku Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Tan Sri Yahya Ahmad bersama-sama menyelesaikan kesesakan jalan raya sekitar bandar raya Kuala Lumpur melalui penubuhan bas Intrakota - menyediakan laluan khas untuk kenderaan awam .

Helikopter terhempas[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 8 Mac 1997 setelah terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman yang meletup dan terhempas di Kampung Jeransang , Sungai Tamar, Kuala Lipis , Pahang. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, menziarahi ibu Mandak Omar di Marang.

Helicopter jenis Agusta A109E pada ketinggian 2,900m terhempas ke dalam kebun berhampiran dengan rumah-rumah di Kampung Atong, Jerangsang kira-kira 40 km dari Kuala Lipis. Juru terbang Major (B) Azlizan Abdul Manas (32 tahun) dari Batu Pahat, Johor turut terbunuh. Helikopter tersebut milik syarikat Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat DRB-HICOM.Enjinnya berhadapan dengan masalah selepas 30 minit penerbangan dari Helipad Segambut,Kuala Lumpur.[2]

Jenazah Yahaya Ahmad (51 tahun) dan Rohana Othman (49 tahun) dibawa pulang ke Terengganu pada 4 Mac 1997 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Marang. Dua anak mereka yang belajar di UK segera pulang ke rumah di Kelana Jaya.


Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Bagi menghargai jasanya, pada 15 Julai 1997 pusat latihan kemahiran Institut Kemahiran Mara Pekan (IKM Pekan) di Pekan, Pahang dinamakan semula sebagai Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Yahya mendirikan rumah tangga dengan kekasih lamanya, Rohana Othman pada 17 Januari 1978 dan mereka dikurniakan 4 orang anak. Anak mereka ialah Yatina ,Nadiya ,Aman dan Faez.

Rujukan[sunting | sunting sumber]