Abd Rahman Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abd Rahman Salleh

PJK (Perak)
Meninggal dunia25 April 2004
Hospital Besar, Kuala Lumpur
DikebumikanTanah perkuburan Jalan Baru Kuala Kangsar-Manong, Kuala Kangsar, Perak
Terkenal keranaAhli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak (1998-2004)

Tuan Haji Abd Rahman Salleh ialah seorang tokoh agama Islam di Mlaysia. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dari 1998-2004[1]. Beliau merupakan pengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abd Rahman dilahirkan di Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak. Bapanya Tuan Guru Haji Salleh bin Abd Rahman. Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Melayu Pulau Tiga (1946-1949) dan Madrasah Irsyadiah, Batu 26, Bagan Datoh, Perak. Beliau kemudiannya belajar di Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak (1954-1956) diikuti Kolej Islam Malaya pada 1957-1962. Rakan seangkatan beliau di Kolej Islam antaranya ialah Dato' Dr. Abdul Hamid Othman, Dato' Dr Mohd Yusof Noor, Profesor Dato' Dr. Ismail Ibrahim, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Bukhari Harun, Ustaz Haji Juraij Haji Sulaiman dan Dr. Fauzi Awang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abd Rahman mula mengajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1963 hingga 1985. Beliau juga pernah ditawarkan menghadiri latihan mengajar di Pusat Bahasa Arab Universiti Raja Saud, Riyadh pada tahun 1982. Pada tahun 1998, beliau dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sehingga beliau meninggal dunia.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Perak
    • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 1980
    • Tokoh Akedemik dan Pendidikan Negeri Perak - 1986
    • Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak - 2001.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 25 April 2004 di Hospital Besar Kuala Lumpur beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan tanah perkuburan Jalan Baru Kuala Kangsar-Manong, Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abd Rahman Salleh kembali ke rahmatullah". Jabatan Mufti Negeri Perak. 26 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2005. Dicapai pada 5 Ogos 2021.