Manong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kampung Manong terletak di selatan bandar Kuala Kangsar, Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam peta pada koordinat 4.6 ' Utara, 100.9 ' Timur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarahnya nama Manong ialah gelaran bagi anak sulung lelaki yang biasanya digunakan oleh dialek penduduk tempatan pada zaman dahulu kala. Namun begitu, kisah tragedi penderhakaan si Manong kepada ibunya sehingga ditelan di bumi menyebabkan tiada lagi anak sulung diberi gelaran Manong kerana khuatir kisah yang sama berulang pada anak mereka. Tempat berlakunya tragedi inilah dinamakan Kampung Manong.

Kampung[sunting | sunting sumber]

Tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak lata di Manong seperti Lata Ulu Kenas, Lata Guar, Lata Pecah Batu dan Lata Ulu Jeliang dan lain lain. Padang Ragut/Lata Guar merupakan tempat yang menarik bagi pencinta alam & peminat-peminat fotografi landskap. Dengan padang yang menghijau disertai dengan gunung sebagai latar belakang, ia memberikan pemandangan seperti berada di New Zealand.

Terdapat juga kolam air Panas Ara Panjang, yang terletak di Kampung Ara Panjang, terletak kira-kita 4 km daripada jalan utama merupakan satu-satunya kolam air panas yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Banyak kemudahan telah disediakan di sana separti tandas, pondok rehat, gerai dan kolam mandi; malangnya penyelenggaraan kawasan itu tidak sempurna.

Infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Pusat kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Klinik Kesihatan Manong , 33800 Manong

Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Manong
  • Sekolah Kebangsaan Manong
  • Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin, Manong
  • Maahad Al-Mizan, No. 9787, Jalan Badak, Kampung Jeliang, 33800 Manong
  • Tabika Perpaduan Manong, Perumahan Awam 2, 33800 Manong

Pejabat pos[sunting | sunting sumber]

  • Pos Malaysia Bhd, JKR991, Jalan Besar, 33800 Manong

Koperasi[sunting | sunting sumber]

  • Koperasi Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Bhd, Ladang Koperasi Pegawai Hutan, Simpang Tiga, 32810 Manong
  • Pertubuhan Peladang Kawasan Senggang/Manong, No. 89, Jalan Kuala Kangsar, 33800 Manong

Ladang[sunting | sunting sumber]

Kilang papan[sunting | sunting sumber]

  • Chuan Lee Sawmill, 51D, Jalan Semat, 33800 Manong

Jabatan Pertanian[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Latihan Pertanian & Pejabat Pertanian Senggang, 33800 Manong.