Ahmad Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ustaz Ahmad Awang adalah ahli politik Malaysia dan agamawan berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan Penasihat Umum Parti Amanah Negara. Askm ustaz saya kami setia dgn parti amanah negara ingin tau bagi mana Saya boleh menambah kehalian baru utk parti amanah negara

 Kerana  ramai ahli baru  akan masuk   di kawasan  kampong  kami   dan 

Ada pihak atasan tau apa yg kami sebagai menukong amanah negara Mukin jauh sekali pihak atasan ambil tau tentang hal ini wsalam

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Setelah 4 tahun belajar di sekolah Melayu, beliau memulakan pengajian agama di Maahad Al-Ehya Al Shariff, Gunung Semanggol bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah atas (Thanawi Rabi’). Sekolah Agama Rakyat ini ketika itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pendidikan, tetapi juga dikenali sebagai sebuah institusi gerakan Islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang ditakuti oleh penjajah. Dato’ Onn Jaafar yang menjadi Presiden UMNO yang pertama pernah mengungkapkan kata-kata “hubaya, hubaya, bahaya dari gunung”. Ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang ditahan oleh penjajah Inggeris adalah terdiri daripada lepasan maahad ini. Di sinilah ditanam semangat perjuangan Islam dalam setiap diri pelajarnya.

Kemudian Ahmad Awang menamatkan pendidikan peringkat tinggi di Kolej Islam Malaya. Selepas itu menyambung pelajaran dalam bidang perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana di samping Diploma Pendidikan dari universiti yang sama.

Ahmad Awang memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai guru agama kementerian di Sekolah Menengah St David High School, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 1963 dengan Biasiswa Kementerian Pelajaran. Selepas menamatkan pengajian di [[Universiti Al-Azhar], Ahmad Awang bertugas menjadi guru semula di Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kemudian berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sebagai Pegawai Perancang Agama Dewasa. Kemudian,beliau bertugas sebagai pensyarah pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1974, beliau dilantik sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, selepas itu ditukarkan ke Kementerian Pelajaran pada 1980 dan kembali semula ke Bahagian Agama JPM, kini dikenali sebagai JAKIM, sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam dan akhir sekali menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sehingga bersara pada 1991.

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Di samping menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan kerajaan, Ahmad Awang aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan. Di antaranya beliau menerajui pimpinan Persatuan Ulama Malaysia selama kira-kira 17 tahun, dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun. Lain-lain pertubuhan yang pernah saya pimpin adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad, Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Penglibatan politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan Ahmad Awang dalam bidang politik bermula pada tahun 1984 dengan menyertai PAS. Beliau bergerak aktif setelah menjadi AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 1999 iaitu semasa reformasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim.

Ahmad Awang bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Bagan Serai dalam PRU ke-10 tetapi tewas kepada Datuk Zainal Abidin Zin. Dalam PRU ke-11 sekali lagi tewas ketika bertanding sebagai calon Parlimen bagi kawasan yang sama dan calon DUN Selinsing. Kini beliau bergerak aktif kembali di dalam politik berhaluan islamik progresif dan memegang jawatan sebagai Penasihat Umum Parti Amanah Negara. [1] [2]

Tewas 2015[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Jun 2015, Ustaz Ahmad Awang tewas kepada penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden Pas . Abdul Hadi menyandang jawatan itu sejak 2002 memperoleh 928 undi manakala Ahmad 233 undi.Sebanyak 1,165 perwakilan mengundi. Bagaimanapun jumlah kertas undi yang dipulangkan ialah 1,141. Muktamar PAS 2015 telah diadakan di Kuala Selangor, Selangor.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]