Ableisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Ableisme ialah bentuk diskriminasi ke atas orang kelainan upaya (OKU) atau mana-mana individu yang disifatkan kelainan upaya.[1] Dalam hal ini, individu terkesan menerima atau dinafikan kebolehan, kemahiran atau oerientasi perwatakan. Beberapa stereotaip yang ada merujuk kepada OKU secara awam atau dikhususkan terhadap sifat-sifat tertentu, seperti pemahaman bahawa setiap OKU mahu sembuh.[2] Stereotaip sebegini menjadi bahan pewajaran bagi perbuatan-perbuatan penindasan, dan mengukuhkan perilaku tindasan terhadap warga OKU.[3] Pelabelan memberi kesan kepada OKU apabila ia mengehadkan pilihan atau kebolehan mereka.[4]

Ableisme mengikut persekitaran[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang pendidikan, bentuk-bentuk ableisme termasuk memaksa seorang murid OKU untuk membaca suatu teks daripada mendengar suatu rakaman teks. Pada masa lalu, sekolah-sekolah banyak menumpukan usaha untuk memulihkan kecacatan murid, tetapi, pendidikan sekolah pada kini lebih tertumpu kepada mengurangkan implikasi kelainan upaya serta memberi sokongan, kemahiran dan peluang terhadap mereka.[5]

Dalam sektor pekerjaan, ableisme boleh berlaku atas persepsi majikan berkenaan kos tambahan yang diperlukan untuk memberi kemudahan kepada warga OKU.[6] Bagaimanapun, satu kajian mendapati rata-rata kemudahan ini tiada sebarang kos, dan kos-kos yang ada boleh diimbangkan dengan pemerolehan yang bakal diberikan pekerja OKU.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Linton, Simi; Bérubé, Michael (1998). Claiming Disability: Knowledge and Identity. New York University Press. m/s. 9. ISBN 9780814751343.
  2. ^ "Sutherland, A.T. 'Disabled We Stand', Chapter 6 'Stereotypes of Disability', Souvenir Press, 1982" (PDF).
  3. ^ Wüllenweber, Ernst; Theunissen, Georg; Mühl, Heinz (2006). Pädagogik bei geistigen Behinderungen: ein Handbuch für Studium und Praxis (Education for intellectual disabilities: A manual for study and practice) (in German). Kohlhammer Verlag. p. 149. ISBN 3-17-018437-7. Retrieved January 17, 2012.
  4. ^ "Geistige Behinderung – Normtheorien nach Speck und Goffman". Heilpaedagogik-info.de. Retrieved 2014-05-12.
  5. ^ "About IDEA – Individuals with Disabilities Education Act". Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat. Dicapai pada 1 April 2019.
  6. ^ Job Accommodation Network (dikemaskini 21 Oktober 2020). Workplace accommodations: Low cost, high impact. Dicapai pada 06/16/2021.
  7. ^ Fisher, S. L., & Connelly, C. E. (2020). Building the “Business Case” for Hiring People with Disabilities: A Financial Cost-Benefit Analysis Methodology and Example. Canadian Journal of Disability Studies, 9(4), 71-88.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Ableisme di Wikimedia Commons