Adam Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Datuk Adam bin Abdul Hamid adalah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari Johor, selatan Malaysia. Beliau menang dua kali di DUN Senai pada 1995 dan 1999. Kemudian Senai ditukar kepada Dun Bukit Batu dan parlimen Kulai menjadi parlimen Senai. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Senai.

Di dalam PRU 1999 pada 10 November 1999, beliau menang bertanding di DUN Senai, Johor dengan majoriti 10,170. Lawannya Mazlan Aliman (PAS) tewas.

Dasar Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2002 pada 19 Jun 2002, Adam tidak berpuas hati dengan cara Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohamad mengendalikan isu-isu pendidikan. Beliau turut disokong oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Beliau membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Musa pada mesyuarat UMNO bahagian Senai. Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pulai Dr Mohamed Azam Rauzan dalam satu artikel yang ditulisnya dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa perwakilan selalunya tidak bebas bercakap kerana diminta untuk menjaga imej ketua perhubungan UMNO negeri masing-masing. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan pencapaian pelajar Melayu dan akhirnya PPSMI dilaksanakan pada 2003.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Aziz gesa Adam bercakap pada perhimpunan agung UMNO]