Chua Soi Lek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chua Soi Lek
蔡细历 (Cina)

PSM; SPDK (Sabah); DGSM (Melaka); DPMJ, SMJ (Johor); PPN; PIS (II) (Johor); MBBS (UM)
Presiden MCA
Dalam jawatan
26 Ogos 2008 – 22 Februari 2013
Perdana MenteriAbdullah bin Ahmad Badawi
Didahului olehOng Tee Keat
Digantikan olehLiow Tiong Lai
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
24 Mac 2004 – 2 Januari 2008
Didahului olehChua Jui Meng
Digantikan olehLiow Tiong Lai
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Labis, Johor
Dalam jawatan
24 Mac 2004 – 2 Januari 2008
Didahului olehLing Liong Sik
Digantikan olehChua Tee Yong
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
22 Oktober 1990 – 6 April 1995
Menteri BesarMuhyiddin Yassin
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Penggaram
Dalam jawatan
4 Ogos 1986 – 4 Mac 2004
Didahului olehTan Peng Khoon
(Bandar Penggaram)
Digantikan olehKoh Chee Chai
Butiran peribadi
Lahir (1947-01-02) 2 Januari 1947 (umur 77)
Batu Pahat, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
PasanganPuan Sri Wong Sek Hin
Anak-anakChua Tee Yong
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor psikiatri

Tan Sri Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Tulisan Cina Ringkas: 蔡细历; lahir 2 Januari 1947) juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik Malaysia dari negeri Johor. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Wong Sek Hin dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. [1]

Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januari 2008 akibat skandal seks DVD.[2] Bagaimanapun, pada 18 Oktober 2008, beliau kembali ke persada politik apabila memenangi pemilihan menjadi Timbalan Presiden MCA.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Batu Pahat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MBBS) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973.

Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada Pilihan Raya Umum 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004.

Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1995-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004).

Chua kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik pada pilihan raya 2004. Beliau mengalahkan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi. Chua Soi Lek memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi.

Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau berazam untuk terus berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan kemakmuran negara agar rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan maju jaya. [perlu rujukan]

YB. Datuk juga pernah menjawat sebagai salah seorang Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis.

Selepas skandal video lucah yang berlaku pada akhir Disember 2007, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan juga Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Namun selepas itu beliau masih muncul pada media massa kerana meneruskan kegiatan politiknya. Presiden MCA, Ong Ka Ting, menggantikannya sebagai Menteri Kesihatan buat sementara. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, anak beliau, Chua Tee Yong, menggantikannnya untuk menandingi kawasan Parlimen Labis dan menang.

Selepas MCA mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, beliau merupakan salah seorang tokoh MCA yang mula menyeru agar Presiden MCA, Ong Ka Ting, supaya meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap kekalahan ini. Terdapat khabar angin bahawa Chua Soi Lek ingin menandingi jawatan Presiden MCA Kebangsaan.

Selain itu, apabila pilihan raya parti MCA akan dijalankan, MCA Bahagian Batu Pahat mencalonkan semula Chua Soi Lek untuk jawatan Pengerusi Bahagian Batu Pahat. Mereka menyeru agar beliau menerima penamaan mereka.

Aktiviti kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Dalam sukan, beliau merupakan anggota Majlis Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bagi tempoh 2000-2003 dan Presiden Persatuan Bola Tampar Johor.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Wong Sek Hin sejak kira-kira 30 tahun lalu dan melahirkan tiga orang anak. Salah seorang anaknya, Chua Tee Yong pernah menggantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Labis.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu Skandal Seks DVD Chua Soi Lek[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup. Berita itu merupakan satu kejutan kepada seluruh rakyat Malaysia.(CCTV).[10]

Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, Chua Soi Lek terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis pada 2 Januari 2008.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Gangguan semasa berucap[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mei 2010, ketika Chua Soi Lek berucap di dewan sekolah rendah Cina di Machap Baru, Melaka, seorang lelaki telah naik ke pentas berhampiran dan membawa sepanduk bertulis "Presiden, jika anda sayangkan MCA, tolong letak jawatan.” Dia ialah setiausaha pemuda MCA bahagian Alor Gajah, Chai Ming Swee. Akibat tindakan biadap itu, baju Chai Ming Swee koyak, cermin matanya pecah dan keretanya kemek dibaling dengan topi keledar.[11]

Negara Islam tidak progresif[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2010, Chua membidas pemimpin UMNO dan PAS yang keterlaluan menggunakan agama Islam bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Sumber rujukan beliau ialah buku karya Syed Akbar Ali, Malaysia and the Club of Doom. 57 negara Islam di dunia kurang demokrasi kerana terlalu mementingkan agama, pemimpin Islam veteran menikmati kuasa mutlak dan membuat dasar yang tidak setara dengan pembangunan global. [12][13] 1.4 bilion penduduk Islam hanya menyumbang 5 % pengeluaran dunia, malah lebih rendah dari Jepun yang mempunyai penduduk 135 juta. 800 juta tidak menerima pendidikan asas terutama wanita, buta huruf dan daif/miskin.

Timbalan pengerusi UMNO Selangor Datuk Noh Omar menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat menutup premis hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadan. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pula menggesa kerajaan BN di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang menutup pusat hiburan dan judi Genting Highlands.[14]

Saman Kelantan kerana haramkan judi[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mac 2011, Dr Chua Soi Lek mengarahkan MCA Kelantan menyaman kerajaan Kelantan kerana mengharamkan judi. Puncanya, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu tiga buah kedai yang menjual tiket judi / loteri 'big sweep' yang mendapat bantahan MCA dan DAP. Tindakan kerajaan Kelantan ini tidak bertentangan Kerajaan Persekutuan Malaysia.[15]

Hudud menjatuhkan ekonomi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Chua Soi Lek sekali lagi menuduh undang-undang syariah Islam, pelaksanaan hudud boleh menjatuhkan ekonomi negara Malaysia.Pada 5 Disember 2011,Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali minta Umno ajar sikit mulut celupar presiden MCA yang tidak tahu ujung pangkal itu. Sepatutnya dia minta nasihat Umno jika mahu buat kenyataan begini. Untuk rekod PERKASA menyokong Hudud. Itu hukum Allah. Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim juga kesah dengan kenyataan Soi Lek kerana boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama.Ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam).Ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat Soi Lek mahu menutup kegagalan pentadbiran dalam MCA yang merudum pada tsunami 2008.Tuan Ibrahim kesal dengan Umno yang gagal menegur kebiadapan Chua Soi Lek.Umno hendaklah mengemukakan hudud perspektifnya jika tidak setuju dengan hudud yang dianjurkan PAS dan PAS akan mematuhinya.[16]

Keputusan Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Johor:[17]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 P.125 N.21 Penggaram, Batu Pahat, Johor. Chua Soi Lek (MCA) 11,633 49.07% Gan Ah Leong

(DAP)

7,643 32.24% 23,708 3,990 72.10%
Mohamed bin Salleh (PAS) 1,449 6.11%
Tan Lem Huat

(SDP)

532 2.24%
1990 Chua Soi Lek (MCA) 15,161 54.66% Lee Hwah Beng

(DAP)

15,161 39.85% 27,737 4,108 74.82%
1995 P.135 N.23 Penggaram, Batu Pahat, Johor. Chua Soi Lek (MCA) 20,174 72.30% Gan Peck Cheng (DAP) 6,137 21.99% 27,905 14,037 73.97%
1999 Chua Soi Lek (MCA) 20,809 70.41% Gan Peck Cheng (DAP) 7,349 24.87% 29,552 13,460 74.95%
Parlimen Malaysia:[17]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P.142 Labis, Johor. Chua Soi Lek (MCA) 16,469 71.38% Tee Gey Yan (DAP) 5,740 24.88% 23,073 10,729 70.95%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1.   (Jan 1, 2008). I am the one in the sex DVD, says Chua. The Star. Retrieved Jan 1, 2008.
  1. ^ Gelaran Datuk Seri.
  2. ^ Soi Lek Resigns From All Party, Government Posts, Bernama.
  3. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (18 Oktober 2008). "Pemilihan MCA: Tee Keat Presiden, Soi Lek Menang Mengejut". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-21. Dicapai pada 21 Oktober 2008.
  4. ^ "IGP leads King's honours list". The Star. 7 June 2014. Dicapai pada 1 November 2021.
  5. ^ "Dr. Chua Soi Lek: About Me". drchua9.blogspot.com. Dicapai pada 1 November 2021.
  6. ^ "Chua gets Datukship in Johor Honours List", New Straits Times, 8 April 1997.
  7. ^ "Sultan of Johor to honour 520 with awards", New Straits Times, 8 April 1999.
  8. ^ "Three ministers head Malacca honours list". The Star. 14 October 2006. Dicapai pada 1 November 2021.
  9. ^ "Chua receives Sabah state award". The Star. 22 December 2006. Dicapai pada 1 November 2021.
  10. ^ Partial transcript of a Q&A session regarding the sex DVD. New Straits Times
  11. ^ Protes terhadap presiden, ahli MCA dibelasah
  12. ^ "PAS mahu terang Islam pada Chua". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-27. Dicapai pada 2010-08-09.
  13. ^ Chua: Stop apple polishing
  14. ^ Premis hiburan: Tutup di negeri BN dulu, kata Khalid
  15. ^ Pas Kelantan kekal haramkan big sweep
  16. ^ NGO, parti Islam bidas Umno kerana gagal kawal MCA
  17. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 14 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Kesihatan Malaysia
2004 – 2007
Penyandang Kemudian
Dato' Indera Chua Jui Meng Tan Sri Liow Tiong Lai