Ahmad Fauzi Zahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

 Dato' Ahmad Fauzi Zahari
Dato fauzi.jpg

Ahli Parlimen untuk Setiawangsa (P118), Kuala Lumpur
Didahului oleh Dato' Sri Zulhasnan Rafique

Tarik Lahir 2 Jun 1963
Tempat Lahir Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sebahagian daripada Barisan Nasional
Pekerjaan Ahli Perniagaan
Agama Islam

Ahmad Fauzi Zahari merupakan ahli politik Malaysia yang menjawat jawatan Naib Ketua Bahagian Setiawangsa, UMNO Malaysia. Pada Pilihanraya Umum Malaysia yang ke 13, beliau telah mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen untuk Setiawangsa (P118), Kuala Lumpur.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fauzi Zahari di lahirkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada tahun 1963. Beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Mudanya di Hawaii Pacific University Amerika Syarikat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1984. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Boise State Amerika Syarikat pada tahun 1987.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fauzi pernah berkhidmat sebagai Pengawai Operasi di MUI Finance dan Pengawai di Jabatan Perjawatan dan Pemasaran di Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada tahun 2001-2003 dan 2005-2007 serta memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti & Sosial.

Sekarang beliau memegang jawatan Pengarah di Amp System Sdn Bhd, Penasihat di SPK Homes dan Pengarah Urusan di Persada Tenaga Sdn Bhd.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan karier politiknya semenjak 25 tahun lalu.

Ahmad Fauzi pernah memegang jawatan seperti Ahli Jawatankuasa dan Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Titiwangsa, Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Wangsa Maju, Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Naib Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju, Ketua Pemuda Bahagian Wangsa Maju, Setiausaha Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Bahagian Wangsa Maju, Ahli Jawatankuasa Bahagian Setiawangsa, Bendahari Bahagian Setiawangsa.

Sekarang beliau menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Bahagian Setiawangsa dan Setiausaha Kerja Barisan Nasional Wilayah Persekutuan.

Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fauzi merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Prince Court, Kuala Lumpur dan Pengerusi Persatuan Penduduk Riverview Kemensah.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Atas sumbangan beliau kepada masyarakat, beliau telah dikurniakan anugerah Darjah Dato Paduka Tuanku Ja’afar (DPTJ) yang membawa gelaran Dato’ oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

[1]

[2] [3]

[1]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • ^ [1]