Zulhasnan Rafique

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mejar (B) Tan Sri Datuk Seri Utama (Dr) [1]
Zulhasnan Rafique
PSM, SUMW
Zulhasnan.jpg

Duta Besar Malaysia
di Amerika Syarikat
Penyandang
Tempoh jawatan 
29 Disember 2016
Didahului oleh Awang Adek Hussin

Menteri Wilayah Persekutuan
Tempoh jawatan
2005–2008
Didahului oleh Mohd Isa Haji Abdul Samad
Diganti oleh Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

UMNO Bahagian Setiawangsa / Yayasan Amal Wangsa
Penyandang
Tempoh jawatan 
Januari 2003

Ahli Parlimen
untuk Parlimen Setiawangsa (P118)
Tempoh jawatan
Januari 2004 – April 2013
Kawasan pilihan raya Setiawangsa (P118)

Wilayah Persekutuan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Tempoh jawatan
2004–2008
Didahului oleh Tengku Adnan Tengku Mansor
Diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Lahir 20 September 1954
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Datin Seri Utama Siti Nooriah binti Razak
Kediaman Washington DC
Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Pekerjaan Juruterbang, Ahli Politik, Ahli Parlimen, Bekas Menteri
Agama Islam
Laman web UMNO Setiawangsa
Khidmat ketenteraan
Khidmat/cawangan Tentera Udara DiRaja Malaysia
Tempoh berkhidmat 12 tahun
Pangkat Mejar TUDM
Unit 12 Skuadron TUDM
Pertempuran/perang Ops Helang Malindo
Ops Kubay
Daoyai Musnah
Anugerah Jurulatih Penerbangan Terbaik
Piala Sekolah Penerbangan Pusat
Piala Jet Provost
Ahli Mangku Negara

Mejar (B) Tan Sri Datuk Seri Utama (Dr)[2] Zulhasnan Rafique (lahir 20 September 1954) merupakan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat. Beliau juga adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang berkhidmat dari 8 Mac 2008 hingga 9 April 2009 dan bekas juruterbang tempur Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Di peringkat akar umbi UMNO, beliau adalah bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, kemudian diganti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.[3]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Victoria, Kuala Lumpur dan Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur sebelum menyertai Sekolah Latihan Penerbangan TUDM, Alor Star, Kedah pada tahun 1973. Zulhasnan yang berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Utama Siti Nooriah Anna Razak dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sepanjang perkhidmatan bermula tahun 1973, beliau melakar banyak kecemerlangan dan yang paling cemerlang adalah apabila menjadi juruterbang Asia pertama memenangi gelaran Jurulatih Penerbangan Terbaik ketika mengikuti kursus jurulatih penerbangan di Pangkalan Tentera Udara Diraja British, Leeming, United Kingdom pada tahun 1980.

Beliau memenangi Piala Sekolah Penerbangan Pusat dan Piala Jet Provost. Kejayaan itu membolehkan beliau dikurniakan pingat darjah kebesaran negara, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) daripada Yang di-Pertuan Agong pada usia 27 tahun.

Semasa berkhidmat dalam TUDM juga, beliau terlibat dalam beberapa operasi membanteras pengganas komunis antaranya Ops Helang Malindo, Ops Kubay dan Daoyai Musnah. Beliau menamatkan perkhidmatan pada tahun 1985 dengan pangkat Mejar.[4]

Zulhasnan kemudiannya menceburi perniagaan dalam industri petroleum, penerbangan, kejuruteraan awam, bangunan dan marin melalui usaha sama dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburi politik sebagai Ahli Jawatankuasa, UMNO Bahagian Wangsa Maju pada tahun 1995.

Pada pilihan raya tahun Malaysia 1999, beliau memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju mengalahkan calon Keadilan, Marina Yusoff.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau sekali lagi bertanding tetapi bagi kawasan Parlimen jiran yang menjadi kawasan kediamannya, iaitu Parlimen Setiawangsa.

Sekali lagi beliau menang besar dengan menewaskan calon PAS yang juga bekas tentera, Mejar (B) Abdul Rashid Hassan Basri dengan majoriti 19,669 undi.

Pada 27 Mac 2004, selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam senarai Kabinet baru yang dibentuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi telah digugurkan daripada kabinet menteri oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan raya umum Malaysia 2008.

Korporat dan Sosial[sunting | sunting sumber]

Dalam aktiviti korporat dan sosial, beliau merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Island & Peninsular Berhad.

Beliau juga merupakan Penaung Kompeni Askar Wataniah bagi kawasan parlimen Wangsa Maju. Selain dari itu beliau adalah Penaung Yayasan Amal Wangsa (YAW) yang mempunyai pelbagai persatuan penduduk, dan NGO bernaung di bawah yayasan ini. Pelbagai aktiviti seperti Kebajikan, Sukarelawan, Program Masyarakat dan lain-lain yang telah dijalankan oleh yayasan ini setiap tahun.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Zulhasnan Bin Rafique bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Setiawangsa, negeri Wilayah Persekutuan. Zulhasnan Bin Rafique telah menang dengan mendapat undi sebanyak 25489.

Calon lawan ialah Ibrahim Yaacob dari PKR yang mendapat 17,355 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 78%. Undi rosak sebanyak 918.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Wilayah Persekutuan
Februari, 2006 - 2009
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Samad Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin