Ahmad Ramli bin Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Datuk Seri Ahmad Ramli Bin Haji Mohd Nor
Kelahiran
Ahmad Ramli Bin Haji Mohd Nor

(1943-01-14) 14 Januari 1943 (umur 79)
Ayer Tawar, Perak
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera Laut
Terkenal keranaPanglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-9.

Datuk Seri Ahmad Ramli Bin Haji Mohd Nor ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang ke-9.

Detik awal dan penglibatan dalam TLDM[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 14 Januari 1943 di Ayer Tawar, Perak. Beliau menyertai TLDM pada pengambilan April 1964, seterusnya mengikuti latihan di Britannia Royal Naval College di Darmouth, England. Beliau kemudiannya ditauliah sebagai pegawai pada bulan Mei 1967. Beliau menerima command pertama sebagai pegawai memerintah KD Gempita pada tahun 1971 dan kemudian dinaikkan pangkat Komander mengetuai cawangan bantuan di KD Pelandok pada tahun 1979. Pada tahun 1982 beliau dinaikkan ke pangkat Kepten dan ditugaskan sebagai Asisten Ketua Staf (AKS) Rancang dan Pembangunan di Departmen Tentera Laut, DTL (kini Markas Tentera Laut, MTL).

Pada 1986 beliau menjadi pegawai memerintah KD Kasturi sekaligus menjadi Pegawai Kanan Armada (Senior Officer Afloat). Setahun kemudian, Datuk Seri Ramli dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama dan menjawat tugas selaku Pengarah Pusat Penyelarasan dan Penguatkuasaan Maritim di Lumut. Beliau menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada kali pertama pada Mac 1991 setelah dinaikkan pangkat Laksamana Muda. Pada 1994 beliau diamanahkan tugas sebagai Panglima Armada dan bertukar ke Lumut.

Kurang setahun selepas itu, beliau sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut buat kali kedua. Datuk Seri Ahmad Ramli dilantik menjadi Panglima Tentera Laut pada 13 Oktober 1996 menyandang pangkat Laksamana Madya, menggantikan Tan Sri Mohd Shariff Bin Ishak. Beliau bersara pada 14 Oktober 1998 setelah berkhidmat selama 35 tahun dalam TLDM.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Ahmad Ramli memperolehi Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard pada Jun 1982 dan kini menjadi pengarah beberapa syarikat terkemuka. Antaranya Land & General Berhad dan Affin Bank Berhad, tetapi mungkin yang paling diketahui umum ialah penglibatan beliau sebagai timbalan pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation, syarikat pembina kapal. Peranan beliau dianggap instrumental dalam memberi suntikan baru kepada projek Kapal Ronda Generasi Baru, NGPV yang hampir gagal.


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
13 Oktober 1996 – 13 Oktober 1998
Penyandang Kemudian
Laksamana Madya Tan Sri Mohd Shariff bin Ishak Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abu Bakar bin Abdul Jamal

[[Kategori:Kelahiran 1943]