Ahmad bin Hamad al-Khalili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Al-Khalili
أحمد بن حمد الخليلي
Al-Khalili pada Februari 2017
Mufti Kesultanan Oman
Memegang jawatan
1975
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Memegang jawatan
2004
Berkhidmat dengan Abdullah Bin Bayyah (2004-2013), Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani (2004-2006), Mohammad Ali Taskhiri (2006), Ahmad al-Raysuni (2010-2018), Abdul Hadi Awang (2014-2018), Salim Segaf Al-Jufri (2018-2022), Issam El-Bashir (2018-kini)
PresidenSalim Segaf Al-Jufri (2022-kini)
Ahmad al-Raysuni (2018-2022)
Yusuf al-Qaradawi (2004-2018)
Butiran peribadi
Lahir (1942-07-27) 27 Julai 1942 (umur 81)
Zanzibar, Tanzania
Kerakyatan Oman
Laman web rasmihttp://www.baseera.net/

Syeikh Ahmad bin Hamad Al-Khalili (Arab: أحمد بن حمد الخليلي; lahir pada 1942) ialah Mufti Besar Kesultanan Oman.[1]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Ahmad bin Hamad Al-Khalili dilahirkan di pulau Zanzibar pada 27 Julai 1942, semasa Zanzibar masih di bawah pemerintahan Kesultanan al-Said yang mengasaskan Oman. Kediaman kabilahnya ialah di pekan Bahla.

Syeikh Ahmad belajar di sekolah al-Quran di pulau Zanzibar dan menamatkannya di usia 9 tahun dengan menghafal seluruh al-Quran. Beliau kemudiannya mengikut pengajaran dari beberapa ulama terkenal seperti Syeikh Issa bin Saeed Al Ismaili, Syeikh Hamoud bin Saeed Al Kharusi dan Syeikh Ahmed bin Zahran Al Riyami. Beliau juga menghadiri bengkel-bengkel pengajian Abu Ishaq Ibrahim Tfayyesh semasa melawat Zanzibar. Syeikh Ahmed tidak pergi ke sekolah sekular, tetapi memperuntuk dirinya untuk belajar dan membaca sendiri.

Sepanjang pengajiannya, beliau membantu ayahnya dalam bidang perdagangan di Zanzibar sehingga Revolusi Zanzibar 1964 mengakhiri pemerintahan beraja di Zanzibar. Syeikh Ahmed, bersama-sama bapanya dan ramai kalangan mereka yang mewarisi Oman, berhijrah ke Oman. Syeikh bersama-sama ayahnya menetap ke wilayah Bahla di Oman. Beliau diminta untuk mengajar di Masjid Bahla dan melakukannya selama 10 bulan. Kemudian, beliau dilantik menjadi guru di Masjid Al-Khor di Muscat sehingga 1971. Pada 1971 beliau dilantik menjadi hakim di Mahkamah Rayuan, beliau menyambung pengajiannya pada masa yang sama..

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Kementerian Kehakiman, Hal Ehwal Islam dan Waqaf, dan pada 1395H (1975M), titah diraja telah melantik beliau sebagai Mufti Besar Kesultanan Oman, jawatan penguasa Islam tertinggi di Oman, selepas kematian penyandangnya, Syeikh Ibrahim bin Said Al Abri.[2]

Pandangan[sunting | sunting sumber]

Mufti Besar sering muncul di kaca televisyen, di mana beliau menjawab soalan-soalan awam mengenai Islam. Beliau mendesak kerajaan untuk mengharamkan alkohol di Oman, sebuah negara yang lebih liberal di semenanjung Arab.

Walau bagaimanapun, beliau seorang penyokong kuat kpada toleransi beragama dan bekerja keras untuk memastikan keharmonian di antara mazhab/aliran agama yang pelbagai di Oman.[3]

Syeikh Al-Khalili merupakan seorang Ulama yang menandatangi Risalah Amman, yang memberikan asas yang luas untuk menjelaskan maksud Muslim.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Religious edicts forbidding the declaration of any Muslim". Al Bawaba. July 6, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada April 18, 2012. Dicapai pada November 3, 2010.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-06-25.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Al-Khalili, HE Sheikh Ahmad | The Muslim 500". themuslim500.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-31. Dicapai pada 2017-05-27.
  4. ^ Al-Khalili's official reply to Amman Message