Mohammad Ali Taskhiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ayatollah

Mohammad Ali Taskhiri
Anggota Majlis Pakar
Dalam jawatan
24 Mei 2016 – 18 Ogos 2020
Kawasan pilihan rayaDaerah Tehran
Majoriti1,442,224
Dalam jawatan
23 Februari 1999 – 19 Februari 2007
Kawasan pilihan rayaDaerah Gilan
Setiausaha Agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam
Dalam jawatan
2001–2012
Dilantik olehAli Khamenei
Didahului olehMuhammad Vaez-Zadeh Khorasani
Digantikan olehMuhsin Araki
Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Dalam jawatan
2006–2006
Berkhidmat dengan Ahmad bin Hamad al-Khalili dan Abdullah Bin Bayyah
Didahului olehAyatollah Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani
Butiran peribadi
LahirMohammad Ali Taskhiri
(1944-10-19)19 Oktober 1944
Najaf, Iraq
Meninggal dunia18 Ogos 2020(2020-08-18) (umur 75)
Tehran, Iran
KerakyatanIran
PekerjaanUlama
ahli politik
Diplomat

Mohammad Ali Taskhiri (19 Oktober 1944[1] – 18 Ogos 2020) ialah seorang ulama dan diplomat Iran.[2] Beliau pernah berkhidmat sebagai perwakilan Iran ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sekitar 1980-an. Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam dan timbalan pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Semasa 1980-an, Taskhiri berkhidmat sebagai perwakilan Iran ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan terlibat dalam menggalakkan kepentingan Iran semasa perang Iran-Iraq.

Peranan beliau, sementara sentiasa penting terhadap pemerintahan Iran, ialah menjadi lebih terkehadapan lebih-lebih lagi selepas serangan ke atas Iraq pada 2003. Taskhiri dilahirkan di Iraq dan menjadi penghubung utama dengan pertubuhan Syiah di Iraq.

Beliau menjadi salah seorang penandatangan dalam surat yang diutus oleh 38 ulama Islam, sebagai maklum balas rasmi Islam terhadap komentar yang dibuat Paus Benedictus XVI pada 12 September 2006. Beliau juga ialah ulama penandatangan Risalah Amman, yang memberi asas yang luas kepada makna keaslian Muslim.[3]

Selepas Ayatollah Muhammad Vaez-Zadeh Khorasani, Taskhiri dilantik sebagai setiausaha agung Persidangan Dunia bagi Kedekatan Mazhab Islam untuk belasan tahun, dan disebabkan kemampuan ilmu dan keserasian beliau dengan bahasa Arab dan Inggeris, beliau mengambil peranan penting dalam menyatukan dunia Islam..

Beliau juga pernah seketika menjadi timbalan pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa, yang kemudiannya meletak jawatan selepas komentar Yusuf al-Qaradawi terhadap Syiah.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Mohammad Ali Taskhiri ialah putera kepada Syeikh Ali Akbar. Beliau dilahirkan pada 1944 di Najaf, Iraq sementara ayahnya berasal dari Tonekabon, satu daripada bandar barat Daerah Mazandaran di Iran.

Beliau melengkapkan pendidikan rendah dan menengah di Najaf dan diajar kursus seminari sehingga tahap fiqah Kharidj bersama-sama guru-guru agung seperti Sayid Mohammad Baqir Sadr, Sayid Mohammad Taghi Hakim, Syeikh Javad Tabrizi, Syeikh Kazem Tabrizi, Sadr Badkoubi dan Syeikh Mojtaba Lankarani. Beliau juga belajar di fakulti fiqah di Najaf, pengkhususan dalam kesusasteraan Arab, fiqah dan aqidah.

Taskhiri juga diajar pengajian biasa sementara belajar di seminari Najaf; Dalam lapangan puisi dan sastera Arab, beliau menuntut daripada Ayatollah Syeikh Mohammad Reza Muzaffar, Syeikh Abdul Mahdi Matar dan Syeikh Mohammad Amin Zainuddin.

Pada permulaan usia belia, dengan minat yang besar dalam kesusasteraan dan puisi Arab, beliau menghasilkan kuliah kesusateraan dan puisi Arab dalam pelbagai acara dan dalam pelbagai ingkungan puisi dan sastera.

Beliau mengambil bahagian aktif dalam perjuangan politik menentang rejim Sosialis Iraq, dan dalam hubungan itu, beliau dipenjara dan dijatuhkan hukuman mati, namun diselamatkan.

Pada 1971, beliau menyertai seminari Qom dan mengambil bahagian dalam kursus ilmuwan agung seperti Ayatollah Golpayegani, Ayatollah Vahid Khorasani dan Ayatollah Mirza Hashem Amoli untuk kira-kira 10 tahun. Dalam tempoh itu, beliau juga diajar ilmu seminari dan sastera Arab di beberapa pusat akademik dan sains seluruh negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "آیت الله محمد علی تسخیری درگذشت". Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-02-13. Dicapai pada 2020-08-18.
  2. ^ "Iran to give a fitting rebuff in case the USA attacks it". Interfax-Religion. June 24, 2008.
  3. ^ Taskhiri's official reply to Amman Message