Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين | |
---|---|
الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين | |
Pembentukan | 11 Julai 2004 |
Pengasas | Yusuf al-Qaradawi |
Diasaskan di | London |
Jenis | pertubuhan antarabangsa |
Ibu pejabat | Doha, Qatar |
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Parsi, Bahasa Perancis |
Setiausaha agung | Ali al-Qaradaghi |
Pengerusi | Salim Segaf Al-Jufri |
Timbalan Pengerusi | Ahmad bin Hamad al-Khalili Issam El-Bashir Hayrettin Karaman (Khairuddin Qahraman) |
Laman web rasmi | www |
Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa (Arab: الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين al-Ittihaad al-'Aalami li' Ulama'i al-Muslimin ) ialah sebuah pertubuhan ilmuwan Islam yang diasaskan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Ia ditubuhkan pada tahun 2004, dan beribu pejabat di Doha, Qatar.
Keanggotaan[sunting | sunting sumber]
Keanggotaan KUMS adalah terbuka kepada setiap graduan pengajian Islam dalam apa jua pengkhususan dari serata universiti. Juga kepada mereka yang menceburi bidang Islamik dan mempunyai sumbangan signifikan terhadap perkembangan Islam. Namun, keanggotaan KUMS perlulah terlebih dahulu diluluskan oleh Lajnah Keanggotaan sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tertinggi KUMS selain perlu mendapatkan sokongan dari dua orang anggota sedia ada.
Kepimpinan[sunting | sunting sumber]
Kesatuan dipengerusi oleh seorang Presiden yang dipilih secara syura dalam Mesyuarat Agung. Ia dibantu oleh tiga orang timbalan yang dipilih untuk tempoh empat tahun sekali. Kerja-kerja pentadbiran dikendalikan oleh seorang Setiausaha Agung yang juga menjadi Pengarah Sekretariat Kesatuan.
Sejak daripada awal penubuhan, jawatan Presiden disandang oleh pengasasnya sendiri Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi higga 2018. Para timbalannya sering bertukar ganti. Oleh kerana matlamat Kesatuan adalah untuk menghimpunkan umat Islam dari pelbagai lokaliti dan aliran, maka Qaradawi seringkali mencadangkan tokoh-tokoh dari pelbagai aliran dan tempat sebagai timbalannya. Antara tokoh yang pernah menjadi timbalannya adalah dari Afrika, Eropah, dan Asia melibatkan Sunni, Syiah dan Ibadi.
Presiden[sunting | sunting sumber]
Nama | Negara asal | Tempoh perkhidmatan |
---|---|---|
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi | ![]() |
2004 – 2018 |
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni | ![]() |
2018 – 2022[1] |
Habib Dr. Haji Salim Segaf Al-Jufri | ![]() |
2022 – kini |
Setiausaha Agung[sunting | sunting sumber]
Nama | Negara asal | Tempoh perkhidmatan |
---|---|---|
Mohammad Salim Al-Awa | ![]() |
2004 – 2010 |
Ali Muhyiddin al-Qaradaghi | ![]() |
2010 – kini |
Anggota Lembaga Pemegang Amanah[sunting | sunting sumber]
Kesatuan ini dipimpin oleh sebuah organisasi yang dinamakan Lembaga Pemegang Amanah (Majlis al-Amna'). Ia terdiri daripada 12 anggota tertinggi dan 24 anggota lain. Berikut merupakan barisan kepimpinan yang dipilih pada Perhimpunan Agung ke-5 mereka yang berlangsung pada 3-7 November 2018[2].
Kemas kini pada 16 September 2022
Jawatan | Nama | Negara asal |
---|---|---|
Presiden | Dr. Haji Salim Segaf Al-Jufri (bermula 11 September 2022) | Indonesia |
Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni (sehingga 28 Ogos 2022) | Maghribi | |
Timbalan Presiden | Syeikh Ahmad bin Hamad al-Khalili | Oman |
Syeikh Issam El-Bashir | Sudan | |
Dr. Salim Segaf Al-Jufri (sehingga 11 September 2022) | Indonesia | |
Setiausaha | Syeikh Ali Muhyiddin al-Qaradaghi | Qatar |
Penolong Setiausaha | Syeikh Abdul Majid Al-Najjar | Tunisia |
Dr. Nazihah Maarij | Maghribi | |
Syeikh Ali Muhammad Al-Shallabi | Libya | |
Ömer Faruk Korkmaz | Turki | |
Syeikh Abdul Ghaffar Aziz (meninggal dunia pada 5 Oktober 2020) | Pakistan | |
Ahli Lembaga | Syeikh Ali Muhammad Al-Shallabi | Libya |
Ahli Lembaga | Syeikh Ahmad Al-Umari | Lubnan |
Ahli Lembaga | Syeikh Muhammad bin Hassan Al-Dedew Al-Shanqiti | Mauritania |
Ahli Lembaga | Syeikh Dr. Khalid Al-Mazkur | Kuwait |
Ahli Lembaga | Syeikh Wasfı Asyur Abu Zayd | Mesir |
Ahli Lembaga | Ustazah Kamelia Helmy | Lubnan |
Ahli Lembaga | Dr Jamal Abdul Sattar | Mesir |
Ahli Lembaga | Syeikh Ibrahim Abu Mohamed | Mesir-Australia |
Ahli Lembaga | Syeikh Ikramah Said Sabri | Palestin |
Ahli Lembaga | Syeikh Muhsin Abdul Hamid | Iraq |
Ahli Lembaga | Dr. Fatimah Abdullah Azzam | Palestin |
Ahli Lembaga | Syeikh Salim Abdul Salam Al-Shaikhi | Libya |
Ahli Lembaga | Syeikh Nuruddin Al-Khadimi | Tunisia |
Ahli Lembaga | Syeikh Dr Wanis Al-Mabruk | Libya |
Ahli Lembaga | Maulana Salman al-Husaini al-Nadwi | India |
Ahli Lembaga | Syeikh Dr. Hammam Said | Jordan |
Ahli Lembaga | Dr. Jasser Auda | Kanada |
Ahli Lembaga | Dr. Safwat Mustafa Halilovic | Bosnia & Herzegovina |
Ahli Lembaga | Syeikh Abdul Razzaq Kasum | Algeria |
Ahli Lembaga | Syeikh Abdulrahman Muhammad Birani | Iran |
Ahli Lembaga | Dr. Hussein Ghazi al-Samerrai | Iraq |
Ahli Lembaga | Syeikh Muhammad Salim Abdul Hay Dudu | Mauritania |
Ahli Lembaga | Syeikh Nawaf Al-Takrouri, dari Palestin | Palestin |
Ahli Lembaga | Dr. Sana Al-Haddad | Tunisia |
Ahli Lembaga | Dr Fadhl Abdullah Murad | Qatar |
Ahli Lembaga | Syeikh Ebrahim Gabriels | Afrika Selatan |
Ahli Lembaga | Syeikh Abdullah Lam | Senegal |
Ahli Lembaga | Syeikh Abdel Hay Yousif Abdul Rahim Al-Haj | Sudan |
Ahli Lembaga | Syeikh Usamah Al-Rifaie | Syria |
Ahli Lembaga | Dr Jamal Badawi | Mesir-Kanada |
Ahli Lembaga | Prof Muhammad Haroon Khatibi | Afghanistan |
Ahli Lembaga | Syeikh Muhammad Haj | Somalia |
Ahli Lembaga | Sheikh Mohamed Al Sagheer. | Mesir |
Ahli Lembaga | Syeikh Mehmet Görmez | Turki |
Pengerusi Cawangan-cawangan | ||
Pengerusi Cawangan Palestin | Syeikh Marwan Muhammad Abu Ras | Palestin |
Pengerusi Cawangan Turkiye | Syeikh Abdul Wahab Eikenji | Turkiye |
Pengerusi Cawangan Tunisia | Syeikh Abdul Majid Al-Najjar | Tunisia |
Pengerusi Cawangan Wilayah Kurdistan Iraq | Syeikh Ahmad Abdul Wahab al-Banjuaini | Kurdistan Iraq |
Pengerusi Cawangan Malaysia | Ustaz Wan Subki Wan Salleh | Malaysia |
Pengerusi Lajnah[sunting | sunting sumber]
Jawatan | Nama | Negara asal |
---|---|---|
Pengerusi Lajnah Ijtihad dan Fatwa | ||
Pengerusi Lajnah Penetapan dan Pemikiran Islam | Syeikh Issam El-Bashir | Sudan |
Pengerusi Lajnah Pengedaran dan Penerbitan | Syeikh Ali Muhammad Al-Shallabi | Libya |
Pengerusi Lajnah Al-Quds dan Palestin | Syeikh Ahmad Al-Umari | Lubnan |
Pengerusi Lajnah Perantaraan dan Pendamaian | Syeikh Muhammad bin Hassan Al-Dedew Al-Shanqiti | Mauritania |
Pengerusi Lajnah Waqaf dan Pelaburan | Syeikh Dr. Khalid Al-Mazkur | Kuwait |
Pengerusi Lajnah Kesaksian dan Pendidikan Undang-undang | Syeikh Wasfı Asyur Abu Zayd | Mesir |
Pengerusi Lajnah Keluarga | Ustazah Kamelia Helmy | Lubnan |
Pengerusi Lajnah Pemuda | Dr Jamal Abdul Sattar | Mesir |
Pengerusi Lajnah Minoriti Muslim dan Isu Kemanusiaan | Syeikh Ibrahim Abu Mohamed | Mesir-Australia |
Pengerusi Lajnah Latihan dan Persediaan Ulama | Syeikh Mehmet Görmez | Turki |
Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Persaudaraan dan Perpaduan Islam | ||
Pengerusi Lajnah Penerangan | Syeikh Ali Muhyiddin al-Qaradaghi | Qatar |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Safaa Kasraoui (28 Ogos 2022). "Ahmed Raissouni Resigns as Head of International Union of Muslim Scholars". Morocco World News. Dicapai pada 11 September 2022.
- ^ http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1662681