Abdullah Bin Bayyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syeikh Abdullah Bin Bayyah

Beliau adalah Syeikh Abdullah Bin al-Mahfoudh Bin Bayyah. Beliau lahir pada tahun 1935 di Timbedra, Mauritania. Beliau merupakan salah seorang tokoh ilmuwan Islam yang terkenal. Beliau adalah mantan naib presiden Kesatuan Ulama Islam sedunia.[1] Setelah itu beliau mengasaskan Forum Mempromosi Keamanan dan Majlis Hukama Muslimin. Universiti Georgetown telah beberapa kali menobatkan beliau sebagai salah seorang daripada 50 orang Islam berpengaruh sejak 2009. Beliau mendapat anugerah "guru era kini" dalam Anugerah Pemuda Untuk Kerja Islam pada sesi ketujuh di Bahrain [2].

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Beliau membesar dalam suasana ilmu dan keluarga yang warak. Pada peringkat awal, beliau banyak belajar dan mengambil ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Syeikh al-Mahfoudh. Beliau mempelajari ilmu bahasa Arab daripada Syeikh Muhammad Salim bin al-Shin, manakala ilmu al-Quran daripada Syeikh Bayyah bin al-Salik al-Masumi.[3] Beliau telah mempelajari kesemua ilmu syariah di mahdarah (pondok di Mauritania). Dunia Islam melihat beliau sebagai tokoh moderat dan sederhana. Fatwa-fatwa beliau khasnya dalam isu-isu melibatkan kelompok minoriti Islam di barat menjadi rujukan umat Islam di sana. Fatwa dan pendapat beliau disifatkan sebagai sangat teliti dan bertitik tolak daripada kerangka usul syariat serta kefahaman yang jelas terhadap realiti dan suasana semasa. Oleh itu beliau mampu mengemukakan jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi daripada isu-isu baru yang timbul di dunia Islam.

Syeikh telah terpilih bersama kumpulan pertama yang dihantar ke Tunisia untuk menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Setelah beliau pulang, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting. Beliau dilantik sebagai ketua mahkamah syariah di bawah kementerian perundangan, kemudian sebegai timbalan ketua mahkamah rayuan, kemudian timbalan ketua mahkamah tinggi, dan ketua bahagian syariah dalam mahkamah yang sama.

Beliau juga telah dilantaik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Hal Ehwal Islam bagi Republik Islam Mauritania.[4] Pada waktu tersebut beliau mencadangkan pembentukan Kementerian Hal Ehwal Islam. Beliau menjadi menteri pertama bagi portfolio tersebut setelah ia tertubuh. Beliau juga pernah memegang portfolio Kementerian Pelajaran Asas dan Agama, Kementerian Perundangan, Kementerian Sumber Manusia -merangkap Timbalan Perdana Menteri-, serta beberapa portfolio penting lain dalam kerajaan.

Beliau adalah Setiausaha Agung Parti Rakyat Mauritania, yang merupakan satu-satunya parti pemerintah daripada tahun 1970 sehingga 1978.

Sekarang beliau adalah profesor di Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, Presiden Forum Keamanan, dan Ketua Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  • Tawdih Awjuh al-Ikhtilaf al-Aqwal
  • Hiwar 'an bu'd Hawl Huquq al-Insan (Dialog Dari Jauh Tentang Hak Asasi Manusia dalam Islam)
  • Khitab al-Amn fi al-Islam (Seruan Keamaan dalam Islam)
  • Amali al-Dalalat
  • Sadd al-Dharai' wa Tatbiqatuhu
  • Fatawa Fikriyyah
  • Sinaah al-Fatwa
  • Maqasid al-Muamalat
  • al-Irhab al-Tashkhis wa al-Hulul (Terrorisme: Diagnosis dan Penyelesaian)
  • Tanbih al-Maraji'

Rujukan[sunting | sunting sumber]