Akademi Seni dan Sains Filem
Akademi Seni dan Sains Filem | |
---|---|
Academy of Motion Picture Arts and Sciences | |
Singkatan | AMPAS |
Ditubuhkan | 11 Mei 1927 |
Jenis | Persatuan perdagangan |
No. ID cukai | 95-0473280[1] |
Status perundangan | 501(c)(6)[2] |
Tujuan | Untuk mengiktiraf dan mempertahankan kecemerlangan dalam seni dan sains filem, membangkitkan imaginasi, dan menghubungkan dunia melalui medium gambar bergerak.[2] |
Ibu pejabat | Beverly Hills, California |
Lokasi | |
Koordinat | 34°04′02″N 118°23′14″W / 34.067157°N 118.387347°W |
Ahli (2020) | 9,921[3] |
Presiden | Janet Yang (sejak 2022)[4] |
Anak syarikat |
|
Pendapatan (2019) | AS$ 147,889,867[2] |
Pembayaran | 2019 |
Perbelanjaan | AS$ 103,813,370[2] |
Kakitangan (2018) | 255[2] |
Sukarelawan (2018) | 632[2] |
Laman web rasmi | www |
Akademi Seni dan Sains Filem (AMPAS), juga dikenali sebagai Akademi Filem atau Akademi adalah sebuah pertubuhan profesional yang memberi penghormatan kepada kemajuan kesenian dan perfileman. Ditubuhkan pada 11 Mei 1972 di California, organisasi ini bertujuan untuk meningkatkan industri seni dan perfileman serta dianggotai oleh lebih 6 000 karyawan yang pakar dalam seni perfileman.[5]
AMPAS dianggotai sekitar 9,921 orang karyawan setakat April 2020, di mana keanggotaannya dibuka kepada para pembuat filem di seluruh dunia. Pertubuhan ini lebih dikenali melalui acara penghargaan seperti Anugerah Akademi (juga dikenali sebagai Anugerah Oscar)[6] Selain itu, Akademi juga mengadakan Anugerah Gabenor secara tahunan untuk pencapaian sepanjang hayat dalam perfileman, Anugerah Saintifik dan Teknikal, Anugerah Akademi Pelajar untuk pembuat filem di peringkat prasiswa dan siswazah, memberikan sehingga lima Kefeloan Nicholl dalam Penulisan Lakon Layar serta mengendalikan Perpustakaan Margaret Herrick (di Pusat Fairbanks untuk Kajian Gambar Bergerak) di Beverly Hills dan Pusat Pickford untuk Kajian Gambar Bergerak di Hollywood. AMPAS juga membuka Muzium Filem Akademi pada tahun 2021.[7][8]
Keanggotaan[sunting | sunting sumber]
Anggota Akademi ini diangkat berdasarkan pencalonan yang bersifat kompetitif, tetapi karyawan yang dicalonkan sebelumnya harus dipilih dan diundang pihak Akademi. Sebarai anggota tidak diumumkan kepada publik, walaupun pada masa lalu pihak Academy pernah mengeluarkan sidang akhbar berisi nama-nama karyawan yang diundang sebagai anggota Academy.
Apabila seorang karyawan ternyata dicalonkan ke dalam lebih dari satu bidang perfilman, karyawan yang bersangkutan harus memilih kategori yang diminati ketika menjadi anggota.
Para pengasas AMPAS[sunting | sunting sumber]
Tokoh-tokoh pendiri Akademi terdiri daripada semua orang yang diundang masuk majlis makan malam diacarakan Louis B. Mayer tahun 1927:[9]
|
|
|
Kepimpinan[sunting | sunting sumber]
Presiden Akademi[sunting | sunting sumber]
Presiden dipilih untuk penggal satu tahun dan tidak boleh dipilih untuk lebih daripada empat penggal berturut-turut.
# | Name | Term |
---|---|---|
1 | Douglas Fairbanks | 1927–1929 |
2 | William C. DeMille | 1929–1931 |
3 | M. C. Levee | 1931–1932 |
4 | Conrad Nagel | 1932–1933 |
5 | J. Theodore Reed | 1933–1934 |
6 | Frank Lloyd | 1934–1935 |
7 | Frank Capra | 1935–1939 |
8 | Walter Wanger (kali pertama) | 1939–1941 |
9 | Bette Davis (letak jawatan selepas dua bulan) | 1941 |
10 | Walter Wanger (kali kedua) | 1941–1945 |
11 | Jean Hersholt | 1945–1949 |
12 | Charles Brackett | 1949–1955 |
13 | George Seaton | 1955–1958 |
14 | George Stevens | 1958–1959 |
15 | B. B. Kahane (meninggal) | 1959–1960 |
16 | Valentine Davies (meninggal) | 1960–1961 |
17 | Wendell Corey | 1961–1963 |
18 | Arthur Freed | 1963–1967 |
19 | Gregory Peck | 1967–1970 |
20 | Daniel Taradash | 1970–1973 |
21 | Walter Mirisch | 1973–1977 |
22 | Howard W. Koch | 1977–1979 |
23 | Fay Kanin | 1979–1983 |
24 | Gene Allen | 1983–1985 |
25 | Robert Wise | 1985–1988 |
26 | Richard Kahn | 1988–1989 |
27 | Karl Malden | 1989–1992 |
28 | Robert Rehme (kali pertama) | 1992–1993 |
29 | Arthur Hiller | 1993–1997 |
30 | Robert Rehme (kali kedua) | 1997–2001 |
31 | Frank Pierson | 2001–2005 |
32 | Sid Ganis | 2005–2009 |
33 | Tom Sherak | 2009–2012 |
34 | Hawk Koch | 2012–2013 |
35 | Cheryl Boone Isaacs | 2013–2017 |
36 | John Bailey | 2017–2019 |
37 | David Rubin | 2019–2022 |
38 | Janet Yang | 2022–sekarang |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Academy Of Motion Picture Arts And Sciences - Tax Exempt Organization Search". Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri. Dicapai pada 30 Mac 2022.
- ^ a b c d e f g ""Form 990: Return of Organization Exempt from Income Tax - Academy of Motion Picture Arts and Sciences" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri. 30 Jun 2019.
- ^ "A Bond Issue Pulls Back The Curtain At Hollywood's Film Academy" (dalam bahasa Inggeris). Deadline Hollywood. 21 April 2020. Dicapai pada 23 April 2020.
- ^ "Academy Story, 2010-2019" (dalam bahasa Inggeris). Akademi Seni dan Sains Filem. Dicapai pada 30 Mac 2022.
- ^ John Horn; Nicole Sperling; Doug Smith (19 Februari 2012). "From the Archives: Unmasking Oscar: Academy voters are overwhelmingly white and male" (dalam bahasa Inggeris). The LA Times.
- ^ Pond, Steve (19 Februari 2013). "MPAS Drops '85th Academy Awards' – Now It's Just 'The Oscars'" (dalam bahasa Inggeris). The Wrap. Dicapai pada 22 Februari 2013.
- ^ "Museum". oscars.org (dalam bahasa Inggeris). 15 Jun 2020.
- ^ Cieply, Michael (15 Februari 2017). "Delayed Again, The Academy Movie Museum Tip-Toes Into 2019". Deadline.com (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "History of the Academy: Original 36 founders of the Academy Actors". Academy of Motion Picture Arts and Sciences website. 2008. Dicapai pada July 20, 2013.