Alam's Story

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alam's Story
Alam's Story 001.jpg
Genre Drama, Tarian
Ditulis oleh Janell Ang Lee
Fendi Ang
Melissa Wong
Shahida Jamaluddin
Pengarah Mai Fernandez
Janell Ang Lee
Dibintangi Muhamad Haslam Abdul Rahman
Muhammad Ezhan Asman
Tengku Noor Fatimah Zaharah
Lagu pembukaan Bebaskanlah oleh Shila OIAM feat. Cat Farish
Lagu penutup Chantek oleh Altimet
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 1
Bilangan episod 10
Penerbitan
Penerbit eksekutif Tan Yin Yin
Joanna Chan
Mai Fernandez
Penerbit Tan Yin Yin
Joanna Chan
Penyunting ucunn [J] wong
Lokasi Kuala Lumpur
Muar, Johor
Tempoh siaran 1 jam per episod
Penyiaran
Saluran asal 8TV
Format gambar 16:9
Siaran asal 3 Ogos 2008
Pautan luar
[[[www.phosumpro.com]] Tapak sesawang penerbitan]

Alam's Story ialah judul bagi sebuah siri drama "berasaskan kisah benar" yang merakamkan kisah hidup seorang penari Malaysia bernama Muhamad Haslam "Alam" Abdul Rahman setelah menjuarai musim pertama So You Think You Can Dance. Dalam siri ini, Alam sekeluarga bersama-sama rakan-rakan dari pertandingan melakonkan semula kisah kehidupan penari tersebut. Tengku Noor Fatimah Zaharah Tengku Zaimi Azlan melakonkan dirinya sebagai teman menari Alam. Watak-watak dan pelakon dalam drama ini adalah watak/pelakon yang benar, ini termasuk watak keluarga dan sahabat Alam sendiri. Siri drama ini diterbitkan oleh phoSumpro! dan 8TV, dan ditayangkan di saluran 8TV selama sepuluh episod pada malam Ahad mulai 3 Ogos 2008. Lagu tema Alam's Story ini dinyanyikan oleh Shila OIAM bertajuk Bebaskanlah. Alam juga turut serta dalam klip video lagu ini.

Drama ini dicalonkan untuk Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin 2009.

Am[sunting | sunting sumber]

Muhamad Haslam Abdul Rahman atau Alam ialah juara musim pertama So You Think You Can Dance, yang berasal dari sebuah perkampungan di pinggir bandar Muar, Johor, dan juga bintang drama ini. Dalam drama ini, Alam berasal daripada keluarga kurang berada yang terdiri daripada ibu bapanya (Abdul Rahman Rubaee dan Junaidah Mahadi), seorang kakak (Siti Hamidah) dan dua orang adik lelaki (Badrul Hisham dan Muhamad Suhaimi). Ketika di tengah-tengah usia remaja, Alam tidak kurang meredah pengalaman pahit yang nyaris mematahkan hatinya.

Alam digambarkan mula-mula berkecimpung dalam aktiviti breakdance di pusat bandar Muar sebagai tarian kegemarannya dengan menyertai Crew Muar Mafia yang mula-mulanya terdiri daripada Joe (Muhammad Ezhan Asman), Kunyit (Muhamad Farid b. Hashim) Ment (Mohamad Ferdaus b. Abdul Rahim, Lawrence (Lawrence Lee Soon Eng), Cicak (Shah Rizan Azrin b. Sulaiman) dan Faen (Mohamad Fariheen b. Saat). Cicak kurang menyenangi kehadiran Alam dan akhirnya dia dan Faen keluar dari kumpulan atas ketidaksefahaman dengan ahli-ahli lain. Lambat-laun ahli-ahli yang tinggal menerima Alam sepenuhnya, terutama Joe yang paling rapat dengan Alam di kalangan mereka.

Alam bersama-sama seluruh Crew Muar Mafia menyertai beberapa pertandingan di luar bandar Muar dan beberapa kali pun mereka mengecapi kejayaan. Bagaimanapun, kekalahan di pertandingan di Kuala Lumpur menyebabkan mereka ditimpa masalah kewangan, dijadikan pengajaran bagi Alam dan rakan-rakannya bahawa sesungguhnya laluan ke arah kejayaan banyak onak durinya. Maka Alam dan Joe menetap di ibu kota selama sebulan untuk mencari nafkah.

Sekembali mereka ke Muar, ibu Alam memberi galakan terpenting bagi Alam untuk mencapai kegemilangan melalui pertandingan SYTYCD, dan peluang ini tidak dilepaskan Alam begitu sahaja lalu dia balik ke Kuala Lumpur lagi demi itu. Ketika menjalani uji bakat SYTYCD, Alam bertemu dengan Tengku Noor Fatimah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Noor) yang bakal menjadi rakan seperjuangan Alam di SYTYCD, dan lama-kelamaan diperlihatkan dalam drama ini sebagai teman menari Alam. Selain itu, Alam berkongsi bilik dengan Dennis Yin dan maka itulah hubungan mereka tak kurang eratnya.

Selaku sepasangan selama lima minggu, Alam terasa dirinya terlalu berpaut pada Noor, dan apabila penganjur pertandingan memisahkan mereka di tengah perjuangan, hati Alam terasa bercelaru. Di samping Noor yang cuba mendukung Alam dari jauh, sesetengah peserta SYTYCD yang lain turut mencari jalan untuk mengukuhkan keyakinan Alam, diburukkan lagi oleh penyingkiran Noor pada malam sebelum Grand Finale. Walau bagaimanapun, menjelang malam terpenting itu Alam akhirnya meraih semula rentaknya apabila diberi dorongan yang secukupnya dari Noor dan lain-lain di SYTYCD, ditambah sokongan dari sanak-saudaranya dari Muar, dan atas restu para penonton Alamlah yang bergelar juara pertandingan jua.

Semenjak menjuarai SYTYCD, Alam perlu menjaga dirinya agar tidak bermegah-megah dengan kejayaannya. Dia juga menceburi benda-benda baru yang melengkapkan ertinya selaku penari masyhur di Malaysia, termasuk berlakon dalam filem dan juga menjadi jurulatih tarian.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Sinopsis
1 3 Ogos 2008 Setelah menjuarai So You Think You Can Dance, Alam meraikan kejayaannya bersama kaki-kaki tarian jalanan yang dijadikan sahabat di Kuala Lumpur, sebelum kembali ke pangkuan sanak saudara di Muar, Johor. Ibu saudara Alam mengajaknya ke sebuah jamuan besar-besaran untuk menyambut kejayaannya, tetapi seolah mengetepikan sebelah keluarga Alam sendiri.
2 10 Ogos 2008 Episod ini mengimbau zaman persekolahan Alam sebelum beliau mengenali dunia tarian. Prestasi pembelajaran Alam di sekolah menengah mengecewakan orang tuanya dan nyaris mematahkan hati dirinya, diburukkan lagi dengan penyakit bapanya yang memeritkan kehidupan Alam sekeluarga. Namun, Alam tetap kental dan berusaha menjadi anak yang berguna kepada keluarganya.
3 17 Ogos 2008 Inilah detik-detik pertama Alam menemui alam tarian apabila memerhati gerak-geri seorang breakdancer. Dia ingin menyertai geng breakdance setempat bernama Muar Mafia dan belajar tarian itu, tetapi kehadirannya tidak disenangi ahli kumpulan terutamanya Cicak yang dengki dan menuduh Alam mencuri gayanya.
4 24 Ogos 2008 Keasyikan Alam dalam kegiatan breakdancing menyebabkan hubungan dengan keluarganya makin renggang, sehingga pernah sekali dia tanpa meminta izin orang tuanya, mengikut kawan-kawan barunya ke Melaka untuk pertandingan yang pertama.
5 31 Ogos 2008 Alam semakin diterima dalam kumpulan Muar Mafia yang baru menyingkirkan dua orang ahli lama, tetapi terpaksa mengorbankan basikalnya semata-mata untuk membiayai perjalanannya ke pertandingan seterusnya di Johor Bahru.
6 7 September 2008 Kumpulan Muar Mafia menyertai satu lagi pertandingan di Kuala Lumpur, tetapi kalah. Mereka menghadapi kesulitan untuk balik ke Muar. Oleh itu, Alam terdaya untuk menghabiskan duit pemberian bapanya untuk membeli tiket bas untuk tiga orang kawannya, dan mendapat kerja sambilan bersama Joe hasil bantuan sepupu Joe.
7 14 September 2008 Setelah sebulan di ibu kota, akhirnya Alam dan Joe pulang ke kampung halaman. Ibu Alam pula memujuk anaknya agar menyertai So You Think You Can Dance melalui iklan yang dipetik dari akhbar. Maka Alam buat kali kedua melangkah kakinya di Kuala Lumpur untuk menguji nasib, dan di sinilah dia menemui ramai kawan baru di kalangan penari-penari yang turut menguji bakat, termasuk Noor.
8 21 September 2008 Alam berjaya melayakkan diri ke dalam Top 20. Noor dijadikan pasangan, sementara Dennis pula menjadi rakan sebilik. Hubungan Alam dengan Noor makin hari, makin rapat sehingga dirinya yang kurang pandai menari selain breakdance terasa amat bergantung pada Noor untuk melakukan yang terbaik.
9 28 September 2008 Keyakinan diri Alam menjadi goyah semenjak dipisahkan dari Noor, lebih-lebih lagi tak sengaja menjatuhkan pasangan barunya ketika berlatih. Rakan-rakannya di SYTYCD mencari jalan agar membantu Alam mengurangkan pergantungan pada Noor dan mengobarkan kembali semangat juangnya dalam pertandingan. Akhirnya malam kemuncak tiba, dan Joe dan rakan-rakannya kembali di ibu kota untuk menyokong Alam.
10 5 Oktober 2008 Tidak lama selepas kemenangannya, ketibaan seorang 'kawan lama' untuk mencabar Alam memberikan pengalaman yang mengajarnya agar jangan terlalu menunjuk-nunjuk. Alam lulus dalam ujibakat mencari pelakon untuk filem terbaru yang dirakam di Sarawak selama dua bulan. Selepas itu, Alam melengkapkan erti menjadi penari dengan menjadi jurulatih tarian remaja.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]