Alamatnya Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Alamatnya Cinta
Genre
PengarahBernard Chauly
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanHana - Aziz Harun & Hannah Delisha
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod24
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
(Global Station Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal20 Ogos 201827 September 2018
Kronologi
MengikutiSejuta Rasa Buat Adelia
Diikuti olehCik Reen & Encik Ngok Ngek

Alamatnya Cinta adalah sebuah drama bersiri Malaysia 2018 yang diadaptasi dari drama popular Korea, Full House yang menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Bernard Chauly.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Ellie Farhana (Hannah Delisha) seorang penulis yang kehilangan rumah pusaka bapanya apabila rumah tersebut telah dilelong dan dibeli oleh pelakon terkenal iaitu Faliq Assad (Hisyam Hamid). Ellie cuba untuk mendapatkannya kembali.

Faliq Assad yang baru putus hubungan dengan Jasmine berpindah ke rumah baru. Semenjak itu pelbagai kejadian berlaku antara Faliq dan Ellie. Skandal antara Faliq dan Ellie viral di media sosial angkara wartawan Natalia. Emma, pengurus Faliq mencadangkan supaya mereka berdua berkahwin untuk selamatkan kariernya.

Faliq mengumumkan bahawa Ellie bakal menjadi isterinya. Selepas pengumuman perkahwinan itu, makin huru hara hidup Ellie. Namun Ellie akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Faliq, tapi dengan syarat Faliq menyiasat perihal ayahnya dan dia mendapatkan semula hak milik rumahnya apabila tiba waktunya. Faliq turut mengenakan syarat yang dia perlu mengemas rumah dan memasak untuknya.

Selepas berkahwin, mereka pergi berbulan madu apabila terpedaya dengan rancangan Omar. Sejak itu mereka semakin rapat. Dalam sama yang sama, Jay pengarah filem cuba mendekati Ellie. Jasmine pula cuba mendapatkan semula Faliq.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Alamatnya Cinta lakonan Hisyam Hamid dan Hannah Delisha". Kepala Bergetar. Dicapai 28 September 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]