Khai Bahar
Khai Bahar | |
---|---|
Nama lahir | Muhammad Khairul bin Baharuddin |
Kelahiran | Kampung Padang Katong, Perlis, Malaysia | 28 Februari 1994
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2010–kini |
Syarikat pengurusan | Grateful Music |
Syarikat rakaman | NAR Records |
Muhammad Khairul bin Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule[1] daripada peminat beliau.
Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 3 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih 28 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017, 2018 & 2019), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 & 2018), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Khai Bahar yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis. Ayah beliau merupakan seorang pemandu teksi manakala ibunya suri rumah sepenuh masa. [2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel "Muhammad Khairul" miliknya.
Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [3] Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di aplikasi SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band), "Ku Tak Akan Bersuara" (Nike Ardilla) dan "Memori Berkasih" duet dengan Siti Nordiana. [4] [5]Selain bernyanyi di aplikasi SMULE, Khai Bahar juga pernah menyanyikan lagu cover "Di Mana Hatimu" oleh Papinka pada tahun 2013. Khai Bahar mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet. Khai Bahar mendapat perhatian program Silet selepas video SMULEnya dengan lagu "Ku Tak Akan Bersuara" nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu, dua orang penyanyi Indonesia iaitu Soimah dan Nia Daniati memberikan pujian kepada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai Bahar.
Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records, beliau sudah mempunyai tujuh single iaitu "Bayang", "Dari Jauh Saja", "Sinar Syawal", "Luluh", "Cahaya 114", "Jodohku" dan "#123". Beliau juga turut mempunyai tiga buah lagu duet yang berjudul "Rahsia Kita","Cinta Syurga" dan "Satukan Rasa". Lagu "Rahsia Kita" adalah lagu duet dengan Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Lagu "Cinta Syurga" pula adalah sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Manakala lagu "Satukan Rasa" bergenre balada gandingan duet bersama Siti Nordiana.
Setelah berkecimpung tiga tahun dalam industri seni sebagai penyanyi, Khai Bahar memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan. Beliau bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama, dalam drama "Satukan Rasa" di slot Megadrama, Astro Ria. Turut menampilkan gandingan lakonan bersama Siti Nordiana, Yusuf Bahrin, Isyariana Che Azmi, Raja Azmi dan lain-lain.
Di samping itu, Khai Bahar juga mencuba nasib memasuki dalam industri seni di Indonesia dengan terlibat dengan beberapa projek di sana. [6]
Kemuncak populariti Khai Bahar adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baharu MeleTOP pada Anugerah MeleTOP ERA 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 di Singapura, beliau menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular (Bayang) dan Artis Paling Popular. [7] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Top Hot HOT FM 2017 menerusi kategori Penyanyi Hot 2017, Lagu Hot 2017 (Luluh) dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [8]
Diskografi[sunting | sunting sumber]
Album studio[sunting | sunting sumber]
Tahun | Judul | Label |
---|---|---|
2019 | Air Mata | NAR Records |
Single[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Label |
---|---|---|
2016 | Bayang | NAR Records |
2017 | Dari Jauh Saja | |
Sinar Syawal | ||
Luluh | ||
2018 | Cahaya 114 | |
Jodohku | ||
#123 | ||
2019 | Air Mata | |
Dia | ||
Keranamu | ||
Penantian | ||
Menyesal | ||
Ratuku | Seventeen Eleven Music | |
2020 | HatiNyawa | Faithful Music |
Durja |
Duet[sunting | sunting sumber]
Tahun | Judul | Label |
---|---|---|
2018 | Rahsia Kita (duet bersama Fatin Husna) | NAR Records |
Cinta Syurga (duet bersama Datuk Siti Nurhaliza) | Siti Nurhaliza Productions
Universal Music Malaysia | |
2019 | Satukan Rasa (feat. Siti Nordiana) | Seventeen Eleven Music |
2020 | Nafas Cinta (duet bersama Aina Abdul) | Aina Abdul Youtube Channel |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Terbitan | Slot/Siaran |
---|---|---|---|
2019 | Satukan Rasa | Suhan Movies | Megadrama/Astro Ria |
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Satukan Rasa | Jai Bakri | Astro Ria |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 |
Videografi[sunting | sunting sumber]
Muzik video[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Artis lain | Ruj. |
---|---|---|---|
2016 | Bayang | Tiada | [9] |
2017 | Dari Jauh Saja | [10] | |
Sinar Syawal | [11] | ||
Luluh | [12] | ||
2018 | Rahsia Kita | Fatin Husna | [13] |
Cinta Syurga | Dato' Sri Siti Nurhaliza | [14] | |
Cahaya 114 | Tiada | [15] | |
Jodohku | [16] | ||
#123 | [17] |
- 1Sebagai artis yang ditampilkan.
Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencapaian |
---|---|---|---|
2017 | Anugerah MeleTOP ERA 2017 | Artis Baharu MeleTOP | Menang |
Penyanyi MeleTOP | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baharu Lelaki Popular | Menang | |
Penyanyi Lelaki Popular | Menang | ||
Anugerah Planet Muzik 2017 | Artis Paling Popular | Menang | |
Lagu Paling Popular (Bayang) | Menang | ||
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 | Penyanyi Lelaki Hot | Menang | |
Lagu Hot 2017 (Luluh) | Menang | ||
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita | Menang | ||
2018 | Anugerah Digital Muzik ERA 2018 | Lagu Cover Terbaik ( Luluh ) | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-32 | Lagu Terbaik (Bayang) | Tercalon | |
Penyanyi Pilihan Samsung | Menang | ||
Anugerah MeleTOP ERA 2018 | Penyanyi MeleTOP | Menang | |
Lagu MeleTOP (Bayang) | Menang | ||
Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | ||
Anugerah Planet Muzik 2018 | Artis Paling Popular APM | Menang | |
Ikon Media Sosial APM | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
2019 | Anugerah Digital Muzik ERA 2019 | Penyanyi Paling Lit di Media Sosial | Menang |
Anugerah Juara Lagu ke-33 | Lagu Terbaik (Luluh) | Tercalon | |
MYSC Awards 2019 | MYSC Breakthrough Awards (Male) | Menang | |
Anugerah MeleTOP ERA 2019 | Penyanyi MeleTOP Lelaki | Menang | |
Top Top MeleTOP (Lelaki) | Menang | ||
Anugerah Stail EH 2019 | Selebriti Harapan Pilihan | Menang | |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | |
Anugerah Nasyid IKIM 2019 | Artis Solo Pilihan | Menang | |
Lagu Pilihan (Cahaya 114) | Menang | ||
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) | Menang | ||
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) | Tercalon |
Endorsmen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2017 | Perfume Bayang Limited Edition | Minyak wangi |
2018 | C_Clean Plus by Khai Bahar | Penjagaan muka |
2019 | Far8 by Altelia Amani | Baju Melayu / Kurta |
C_Clean Plus by Khai Bahar | Penjagaan muka |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
- ^ Khai tak malu akui asal usul. utusan. Dicapai pada 19 Disember 2018.
- ^ Haryani Ismail (2 Ogos 2016). Khai Bahar bangkit daripada kecewa silam. Berita Harian
- ^ Georgie Joseph (26 Mei 2016) Khai Bahar kuasai pelbagai genre Harian Metro
- ^ 28 April 2016. 'Smule' Nana dan Khai Bahar dapat perhatian. Sinar Harian
- ^ Percubaan Khai Bahar takluk Indonesia. utusan. Dicapai pada 3 Julai, 2018.
- ^ Trofi bukan tiket Khai Bahar goyang kaki. berita harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ Sokongan peminat buat Khai terus bersinar. harian metro. Dicapai pada 1 Februari 2018.
- ^ Khai Bahar - Bayang (Official Music Video). nartvnetwork. Dicapai pada Oktober 13, 2017.
- ^ Khai Bahar - Dari Jauh Saja (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Disember 10, 2017.
- ^ Khai Bahar - Sinar Syawal (Official Music Video) nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10, 2018.
- ^ Khai Bahar - Luluh ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
- ^ Khai Bahar & Fatin Husna - Rahsia Kita ( Official Music Video with lyric ). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
- ^ Dato' Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar - Cinta Syurga (Lyric Video). DatoSNurhalizaVEVO. Dicapai pada Jun 10,2018.
- ^ Khai Bahar - Cahaya 114 (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
- ^ KHAI BAHAR | JODOHKU - OST Cinta Tiada Ganti (Official Lyric Video). nartvnetwork. Dicapai pada Jun 10,2018.
- ^ KHAI BAHAR - #123 (Official Music Video with lyric). nartvnetwork. Dicapai pada Disember 2,2018.