Sejuta Rasa Buat Adelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sejuta Rasa Buat Adelia
GenreRomantis
Ditulis olehRizuan Mat Nor
Norzailina Nordin (novel)
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Aliff Aziz
Daiyan Trisha
Adam Lee
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifJane Lim
PenerbitDavid Teo
Tempoh siaranIsnin - Khamis
10:00 malam
Syarikat penerbitan
MIG Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal25 Jun 2018 – 26 Julai 2018
StatusTamat
Kronologi
MengikutiRahsia Hati Perempuan
Diikuti olehAlamatnya Cinta

Sejuta Rasa Buat Adelia ialah sebuah siri televisyen drama romantik Malaysia 2018 arahan Eyra Rahman, adaptasi novel Ulam Kasih Sambal Cinta karya Norzailina Nordin[1], lakonan Aliff Aziz dan Daiyan Trisha. Siri ini memulakan tayangan perdana menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 25 Jun 2018, menggantikan Rahsia Hati Perempuan.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak. Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena! Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. episod Tajuk Tarikh siaran pertama
1"Puding Karamel Pahit"25 Jun 2018
Adelia mahu membuktikan kebolehannya dalam masakan dengan merangka menu untuk dapur hotel. Idlan mengkritik puding karamel pahit Adelia membuatkannya meragui kebolehannya sendiri.
2"Nasi Mentah Sambal Tempoyak"26 Jun 2018
Adelia terkejut mendapat tahu Idlan, bos barunya. Idlan yang suka mengusik Adelia meragui kebolehan Adelia untuk bekerja di dapurnya.
3"Begedil vs Pulut"27 Jun 2018
Perangai baran Idlan tidak diterima oleh Adelia, sehingga dia meragui kebolehan Idlan sebagai bos. Pengumuman pertandingan "Merasai Makanan" membuka peluang untuk Adelia menunjukkan kebolehannya.
4"Sandwich"28 Jun 2018
Adelia dan Idlan mula mengenali antara satu sama lain. Adelia sibuk dalam perancangannya untuk menyertai pertandingan "Merasai Makanan" sehingga dia tidak sedar dia mungkin ada musuh dalam selimut.
5"Lobster Laksa Linguini"2 Julai 2018
Adelia dan Han terpaksa berdepan dengan kehilangan bahan untuk pertandingan. Idlan terpaksa berhadapan dengan ibunya yang menganggu fikirannya.
6"Strawberi"3 Julai 2018
Idlan terpaksa menerima denda atas perbuatannya. Adelia dikejutkan dengan rombongan meminang.
7"Chicken Chop"4 Julai 2018
Idlan mendapat amaran daripada Encik Zubir untuk menjauhi Adelia atas perbuatan kurang profesionalnya. Adelia mula ragu-ragu dengan keikhlasan cinta Idlan atau semua ini hanya permainan.
8"Creampuff"5 Julai 2018
Adelia dan Idlan kekok di dapur setelah apa yang berlaku di dapur. Idlan cuba telah memujuk Adelia tetapi hatinya sendiri tengah berat membuat perancangan yang tidak baik.
9"Kerabu Mangga"9 Julai 2018
Adelia dan Idlan terpaksa menghadap dengan isu masing-masing selepas pengakuan Adelia. Madam Mona semakin cuak manakala Hafidz semakin memberanikan diri.
10"Ayam Masak Kurma Masin"10 Julai 2018
Masalah besar timbul apabila seorang pelanggan VIP mengadu tentang Ayam Masak Kurma Masin Adelia. Idlan dan Mona memulakan perang minda mereka.
11"Kuih Serabi"11 Julai 2018
Nedim dan Kayla bergaduh. Madam Mona menggunakan Adelia untuk takutkan Idlan. Idlan dan Hafidz gaduh sehingga bertumbuk.
12"Bubur Ayam"12 Julai 2018
Adelia mula melayan Hafidz dan berada dalam dilemma yang dia mungkin mula sayangkan Hafidz. Idlan dan Joanna mula mengorak langkah untuk jatuhkan Madam Mona. Stella diberi misi jahat.
13"Full Course Meal"16 Julai 2018
Kayla, Nik dan Idlan menangguhkan balasan mereka pada Stella dan Mona kerana pertandingan antara hotel dan kurang bukti. Hafidz menjaga Adelia di hospital walaupun dia semakin sakit.
14"Makanan Hospital"17 Julai 2018
Adelia masih menunggu Idlan untuk melawatnya. Idlan sibuk dalam rancangannya untuk memusnahkan Mona apabila dia mendapat tahu target sebenar kes sabotaj lantai licin berminyak itu.
15"Nasi Minyak"18 Julai 2018
Beberapa bulan telah berlalu, namun Idlan dan Adelia tidak berhubung. Idlan sibuk dengan menjaga Madam Mona manakala Adelia menjaga Hafidz. Perkahwinan Kayla dan Nedim bakal berlangsung.
16"Sup Ayam"19 Julai 2018
Idlan salah faham dengan tindakan Adelia yang lebih mementingkan Hafidz. manakala Adelia semakin kusut akan siapa jodoh sebenarnya.
17"Ketam"23 Julai 2018
Salah faham Adelia dan Idlan terhadap situasi masing-masing mengeruhkan keadaan walaupun saling menyintai. Nik cuba pujuk Adelia untuk menerima Hafidz.
18"Lempeng"24 Julai 2018
Adelia terkilan dengan jawapan Hafidz. Idlan mula merancang masa depannya tanpa Adelia.
19"Bakso"25 Julai 2018
Idlan cuba memujuk semula Adelia untuk menerimanya. Adelia rasa serba salah terhadap Hafidz.
20"Kek Kahwin"26 Julai 2018
Mak Tok dan Zaiton sudah tak larat dengan perangai Adelia dan Idlan dan mula mengorak langkah untuk menyatukan mereka berdua.

Muzik[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Jatuh Bangun"  Haqiem Rusli 3:54
2. "Haram"  Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah 4:18
3. "Kau Tahu"  Daiyan Trisha 3:01
Jumlah masa:
11:13

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]