Allianz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allianz SE
Jenis/bentuk sahSocietas Europaea
Didagangkan sebagaiFWBALV
OTCQX AZSEY
Komponen DAX
ISINDE0008404005 Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkhidmatan kewangan
Ditubuhkan5 Februari 1890; 134 tahun yang lalu (1890-02-05)
PengasasCarl von Thieme
Ibu pejabatMunich, Jerman
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingOliver Bäte (CEO)
Helmut Perlet (pengerusi lembaga penyeliaan)
Maximilian Zimmerer (CFO)
KeluaranInsurans, pengurusan aset
Hasil €126,149 bilion (2017)[1]
Pendapatan kendalian €11.097 bilion (2017)[1]
Pendapatan bersih €7.207 bilion (2017)[1]
Modal91,089,693,762 euro (2019) Sunting ini di Wikidata
Aset di bawah pengurusan €1.960 trilion (2017)[1]
Jumlah aset €901,300 bilion (2017)[1]
Jumlah ekuiti €65.553 bilion (2017)[1]
Bilangan kakitangan140,553 (2017)[1]
Anak syarikatAllianz France
Allianz Worldwide Care
Allianz Global Investors
Risklab
Allianz Global Assistance
Allianz Insurance plc
Allianz Global Corporate and Specialty
Allianz Life
Club Marine
Hunter Premium Funding
Allianz Marine & Transit
Euler Hermes
Mondial Assistance Group
Allianz Technology
PIMCO
Tapak webwww.allianz.com
Facebook: allianz Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Allianz SE[2] (/ˈæliənts/ AL-ee-ənts; Sebutan bahasa Jerman: [aliˈants]  ( dengar)) ialah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan Eropah yang beribu pejabat di Munich, Jerman. Perniagaan utamanya adalah insurans dan pengurusan aset. Sehingga 2014, ia merupakan syarikat insurans terbesar di dunia, kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar dan syarikat terbesar mengikut ukuran komposit oleh majalah Forbes,[3] serta syarikat perkhidmatan kewangan terbesar apabila diukur pada tahun 2013. Syarikat itu merupakan komponen dari indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[4]

Bahagian pengurusan asetnya, yang terdiri daripada PIMCO dan Allianz Global Investors, mempunyai €1,960 bilion aset di bawah pengurusan (AuM), di mana €1.448 bilion adalah aset pihak ketiga (pada 31 Disember 2017).

Allianz menjual Dresdner Bank kepada Commerzbank pada November 2008.[5] Hasil daripada transaksi ini, Allianz mendapat pegangan 14% dalam Commerzbank yang baru.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Negara-negara di mana Allianz beroperasi.

Allianz mempunyai operasi di lebih dari 70 buah negara dan mempunyai sekitar 147,000 pekerja. Syarikat induk, Allianz SE, beribu pejabat di Munich, Jerman. Allianz mempunyai lebih dari 85 juta pelanggan di seluruh dunia dan perkhidmatannya termasuk insurans harta benda dan kecederaan, insurans hayat dan kesihatan dan pengurusan aset.[6] Pada tahun 2013 ia adalah nombor 25 dalam senarai Forbes 2000 global.[7]

Allianz Malaysia[sunting | sunting sumber]

Allianz secara rasminya bermula di Malaysia pada 2001 ketika menjadi pemegang saham pengendali Allianz General Insurance Malaysia Berhad ("AGIM"). Pada tahun 2007, perniagaan insurans am AGIM telah dipindahkan ke anak syarikat milik penuhnya, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad ("Allianz General"). Berikutan penyempurnaan perniagaan insurans am, AGIM menukar namanya kepada Allianz Malaysia Berhad ("AMB"). AMB adalah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai dua anak syarikat milik penuh: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad ("Allianz Life") dan Allianz General.

Pengurusan senior[sunting | sunting sumber]

Ketua Pegawai Eksekutif[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah senarai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz.[8]

Tahun Nama
1890–1904 Carl von Thieme
1894–1921 Paul von der Nahmer
1921–1933 Kurt Schmitt
1933–1948 Hans Hess
1948–1961 Hans Goudefroy
1962–1971 Alfred Haase
1971–1991 Wolfgang Schieren
1991–2003 Henning Schulte-Noelle
2003–2015 Michael Diekmann
2015–kini Oliver Bäte

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g "Allianz: Investor Relations". Allianz.
  2. ^ Allianz note to shareholders confirming conversion to SE
  3. ^ "The Global 2000: 1–100". Forbes. May 2013. Dicapai pada 6 April 2014.
  4. ^ "Frankfurt Stock Exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-08. Dicapai pada 2018-08-31.
  5. ^ AFX-News: Allianz jumps after Dresdner deal sealed
  6. ^ Uwe G. Seebacher (2003). Template-driven Consulting: How to Slash More Than Half of Your Consulting Costs. Springer. m/s. 191. Dicapai pada 16 July 2013.
  7. ^ "#25 Allianz". Forbes. Dicapai pada 17 July 2013.
  8. ^ of management Allianz SE. Dicapai pada 1 Oktober 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]