Ally Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ally Iskandar
Ally Iskandar.jpg
Ally pada 2004.
KelahiranAlly Iskandar bin Mohd Mardzi
(1976-01-13) 13 Januari 1976 (umur 43)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda BI dan Pengajian Filem
Pusat pendidikanUniversity of The Pacific
PekerjaanPengacara TV, penerbit
Tahun aktif1997–kini
PasanganNurfarahin Romli (2012-16; bercerai)
Anak1

Ally Iskandar (lahir Ally Iskandar bin Mohd Mardzi; 13 Januari 1976) merupakan seorang pengacara dan penerbit Malaysia dan merupakan salah seorang personaliti stesen TV swasta terkemuka negara, TV3 dan pengacara rancangan bual bicara pagi Malaysia Hari Ini.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1976 dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kedua daripada 7 orang adik beradik. Ibu bapa beliau berasal dari Kuala Terengganu.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Memegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang personaliti TV dan pengacara yang berbakat, Ally Iskandar terkenal sebagai salah seorang pengacara rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini sejak beliau menjadi ahli keluarga TV3 pada 1997. Selain itu, beliau juga mengacara rancangan dan acara di TV3 seperti Anugerah Juara Lagu, Konsert Jom Heboh, Majalah Tiga Edisi perkahwinan Aidid Marcello dan Norzie Pa’ Wan Chik, program sensasi tiga episod Tiada Rahsia Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Singgah Sahur, ResQ, dan peringkat akhir Pesona Nona. Beliau juga mempunyai rancangan sendiri, ALLY bermula 31 Disember 2008 setiap hari Rabu pukul 11.00 malam yang disiarkans ebanyak 26 episod. Mengacara program realiti Mentor mulai tahun 2009.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang blogger, Nurfarahin binti Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee pada 20 Januari 2012[1] dan bercerai pada 17 Ogos 2016 [2]. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Maream Esabel.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]