Pergi ke kandungan

Andai Itu Takdirnya (musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Andai Itu Takdirnya)
Andai Itu Takdirnya (musim 1)
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah Semail
Ditulis oleh
  • Wan Mahani Wan Hassan
  • Liza Ali
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan
Lagu penutup
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod64
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Syed Muhammad Izzuddin Bin Syed Akil
  • Muhammad Haziq Mazelan
  • Muhammad Haiqal Mazelan
Penerbit
Syarikat penerbitan
SR One Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal6 Mac 2023 – 22 Jun 2023
Kronologi
MengikutiAkira Khan
Diikuti olehChinta Wrong Direction

Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 terbitan SR One Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Jamal Khan. Drama ini dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Atikah Suhaime, Fahrin Ahmad, Dayang Areeda, Puteri Sarah Liyana dan Idzham Ismail. Siri ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria pada 6 Mac hingga 22 Jun 2023 bagi menggantikan drama Akira Khan. [1]Drama ini kembali ditayangkan di Mediacorp Suria pada tahun 2024.

Aleya (Hannah Delisha) seorang gadis berasal dari keluarga yang sederhana. Dia menyimpan perasaan kepada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril (Shukri Yahaya) Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. Hidup dia yang kaya telah menjadikan Syed Aizril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa diduga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal sehingga ditangkap khalwat. Syed Aizril tidak boleh terima, dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata kerana hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. Puan Sri Sharifah Aishah, ibu Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan ibu saudaranya, Datin Sri Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas kasihan?

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sri Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya. Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya, Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, menggoyahkan hati lelaki ini. Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan sudah tidak berguna lagi. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu kah Aleya berpaling lagi?

Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya reda.

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]
Shukri Yahaya sebagai Syed Adam Aizril
Hannah Delisha sebagai Nur Aleya
Datin Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen

Pelakon Pembantu Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Kanak-kanak

[sunting | sunting sumber]
  • Nur Dhia Irdina sebagai Sharifah Dania Arisya
  • Rayyan Mikail sebagai Dany
  • Aiman Badrul sebagai Darwin
  • Nia Aleena Yap sebagai Sharifah Dania Arisya
  • Tia Amanda sebagai Baby Sharifah Dania Arisya
  • Hailey Helena Mohd Hanif sebagai Baby Sharifah Dania Arisya
  • Nur Inara Mikayla sebagai Baby Sharifah Dania Arisya
  • Muhammad Hanif Abdul Qamarul Azim sebagai Baby Syed Dany
  • Faleeq Faisal sebagai Baby Syed Dany
  • Armel Uraisha sebagai Baby Syed Darwin
  • Nadine Alya sebagai Elisya
  • Bunga Naurra sebagai Elisya
  • Dzul Hadziq sebagai Syed Danish

Pelakon Tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Aireen Johan sebagai Suzy
  • Julieana Anna sebagai Nana
  • Dwi Yasmine Ahmad sebagai Dila
  • Habeeb Rasely sebagai Abdul Aziz
  • Syazwan Abd Rahim sebagai Razi
  • Draman Mohamad sebagai Dato Alias
  • Amanda Tan sebagai Tina
  • Izzul Faiq Zuhairi sebagai Rizal
  • Ray Gan sebagai Eric
  • Lim Hui Hong (Ah Hong) sebagai Mr Wong
  • Lela Kadir sebagai Kak Yam
  • Haliza Othman sebagai Kak Yan
  • Eina Roslinawati sebagai Kak Marni
  • Wiwin Andris sebagai Doktor Iman
  • Juriati sebagai Doktor Rubiah
  • Eyda Rahman sebagai Nurse Nini
  • Zuhairah Zainodin sebagai Nurse
  • Illey Mohtada sebagai Shida
  • Eddy Sharizan sebagai Stunt Double

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  1. Amri Hassan (8 Mac 2023). "Naskhah ditunggu 15 tahun, novel Andai Itu Takdirnya didramakan. Peminat teruja sampai trending". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Mac 2023.