Hariz Hamdan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hariz Hamdan
Kelahiran
Muhammad Hariz bin Muhammad Hamdan

(2002-02-28) 28 Februari 2002 (umur 22)
Nama lainHariz Hamdan
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2019–kini

Muhammad Hariz Muhammad Hamdan (Jawi: محمد حريز بن محمد حمدن; lahir 28 Februari 2002) atau lebih dikenali sebagai Hariz Hamdan ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Hariz memulakan kerjayanya dalam rancangan realiti TV berjudul Hero Remaja pada 2020. Ditempatkan sebagai 12 finalis terbaik dan tersingkir pada suku akhir. Beliau terkenal dengan watak Dann Ahmad Zachery dalam Single Terlalu Lama dan berlakon bersama Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin dan Kisah Cinta Rumi berlakon bersama Khai Bahar dan Riena Diana di TV3.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hariz memulakan karier lakonannya dalam Lelaki Lingkungan Cinta. Beliau meneruskan dengan penampilan dalam telefilem Fateema Az-Zahra, filem Banglo Seksyen 12 (inspirasi dari novel Hasrudi Jawawi)[1], Kisah Cinta Rumi [2], Single Terlalu Lama, Kau Stay Dalam Hatiku dan Terlerai Noktah

Hariz juga pernah berlakon dalam beberapa watak cameo seperti Ahli Bapak Bapak Club sebagai Abang Long di Astro[3]

Minat[sunting | sunting sumber]

Pada masa lapang, Hariz pernah menghabiskan masanya dengan Fotografi. Sebelum beliau menyertai industri hiburan, Beliau pernah menjadi Jurugambar dan Videograf perkahwinan. Setelah menguasai Davinci Resolve pada usia 17 tahun. Dia pernah menghabiskan masanya dengan fizik bersandar, di sekolah, dia adalah salah seorang pelajar terbaik dalam fizik, dia pernah belajar fizik kuantum, relativiti, relativiti am, kuantum kuantum, dan banyak lagi.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Jemputan Ke Neraka Fiq Filem pertama
2024 Banglo Seksyen 12 Fazli

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Lelaki Lingkungan Cinta Scammer TV3 Drama pertama
2021 Kisah Cinta Rumi Zafril
Single Terlalu Lama Dann Ahmad Zachery
Ahli Bapak Bapak Club Abang Long Astro Ria
Terlerai Noktah Fariz TV3
2022 Air Mata Allisya Iqbal TV9
Cinta Hilang Kata Zaili Astro Prima
Biarkan Ia Pergi Badry TV3
2023 Isteri Halal Nabil Astro Ria
Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran Nik
Andai Itu Takdirnya Azhar
Sis Sayang Kamu Izmeer TV Okey
Alamak Lagi-lagi Dia Idham Hariz
Bang... Maznah Datang... Acun Awesome TV
2024 X-Change Qabil Astro Premier
TBA Kerana Takdir Asyraaf TV3 Penampilan khas

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Fateema Az-Zahra Haziq TV2 Telefilem pertama
2022 3 Dara Pinggiran Pekan TV3
Obses Firash Astro Citra
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Ramzi TV3

Drama web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran
2021 Kau Stay Dalam Hatiku Arman YouTube
AEON: Bagaimana Kalau? Hariz

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2019–2020 Hero Remaja 2019/2020 Peserta Astro Ria

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pelakon baharu, Hariz Hamdan tak main TikTok di set penggambaran, bimbang hilang fokus - "Saya lebih suka berbual tanya tip daripada pelakon lain" - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my. December 15, 2020.
  2. ^ Mohamad, Zaidi (March 20, 2021). "Hariz, Khai kongsi tarikh lahir sama". Berita Harian.
  3. ^ https://gempak.com/berita-terkini/ohabenik-influencer-jadi-pelakon-5-nama-ini-diramalkan-boleh-pergi-lagi-jauh-50754