Puteri Sarah Liyana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Sarah
SyamsulYusof,PuteriSarahKahwin.jpg
Puteri Sarah di hari perkahwinannya dengan Syamsul.
Kelahiran
Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin

(1985-12-01) 1 Disember 1985 (umur 37)
Nama lainPuteri Sarah
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2005–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganSyamsul Yusof (k. 2014)
Anak-anak2
IbuParidah binti Puteh
BapaMegat Kamaruddin bin Megat Shamsuddin

Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin (lahir 1 Disember 1985) merupakan seorang pelakon dan peragawati wanita Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik serta memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung.[2][1]

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[3]

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.[4] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[5][6]

Pada Januari 2023, suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof membuat kenyataan akbar bahawa dia telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan wanita yang kurang dikenali bernama Ira Kazar. Perkahwinan secara senyap itu tidak mendapat keizinan daripada Puteri Sarah dan isu ini berpanjangan kerana Puteri Sarah tidak rela dimadukan setelah 4 tahun perkahwinan mereka bergolak. Oleh yang demikian Puteri Sarah telah menuntut cerai di mahkamah pada bulan Januari 2023 dan kes dibicarakan pada bulan Februari 2023.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Natasya Filem pertama
2016 Usin UFO Husna
Radhi Rudy Bin Dadu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2007 Dunia Anita TV3
2005–2008 Puteri
2006 Kawan
2007 Kisah Yusof
2008 Renjis Astro Ria
2008–2009 Pepaya TV3
Dendam Zita
2009 Sari Maya 2 Sally TV9
2010 Asmaradana Mimi TV3
Na O Mei Na O Mei muda
Putera Katak Zara
Janji Kekasih Syafiqah
Tipah Vavavoom Linda
2011 Cinta Antara Kita Alia
2012 Pelangi Kasih Azlin
Friday I'm In Love Bella TV9 Pelakon undangan
Indera Joned Rina TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Tasha TV2
2015 Cinta Berkalung Duri 2 Wani
2021 Melastik Ke Hatimu Faida TV3
Sabarlah Duhai Hati Dian
Ustazah Robotik Asma TV AlHijrah
2022 Anak Beranak Abe Yie Shima TV3
Suri Hati Sarah
Aku Seorang Perempuan Jasmin TV9
2023 Andai Itu Takdirnya Umairah Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Sandal & Serban Astro Oasis
2020 Takbir Dari Belantara TV1
Kasyaf Gelang Iblis Ana Astro Citra
2021 Ayat Dari Langit Faizah
Jangan Curi Hati Saya Dr Sharmila TV1
2022 Tanggang Langgang Melur TV3
Kuasa 3 Malam: Cikgu Nerd Ustazah Hanun TV9
Syurga Nur Muhammad Marlia Awesome TV
Selut Mawar TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Next To Neelofa (Musim 2) Artis jemputan Astro Ria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bukan sebab putus cinta". Kosmo! Online. 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mei 2013). "Tak jadi kudis pun". Berita Harian. Dicapai pada 30 Oktober 2013.
  3. ^ Rahman, Ifqdar (10 Mac 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Mei 2016.
  4. ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
  5. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Sumayyah, anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2019.
  6. ^ "Syamsul Yusof timang cahaya mata kedua". Sinar Harian. 17 Mac 2019. Dicapai pada 19 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]