Anjing gembala Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Itali
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 35–45 kg (77–99 lb)
Betina 25–35 kg (55–77 lb)
Tinggi Jantan 62–70 cm (24–28 in)
Betina 56–65 cm (22–26 in)
Jangka hayat 17 tahun
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Itali (Itali: cane (da) pastore italiano; bahasa Inggeris: Italian shepherd dog) ialah satu baka anjing. Kewujudkan baka ini boleh dijejak semula ke 1975, apabila Piero Accettella dari Little Ranch Kennels, di Cepagatti, di provinsi Pescara, di Itali, perasan bahawa, di wilayah Itali di sekitar Abruzzo, Umbria, Toscana, Marche dan Lazio Utara, ada anjing bersaiz sederhana dengan ciri keserigalaan digunakan sebagai gembala ternakan dan dikenali sebagai cane toccatore. Accettella mendapatkan beberapa ekor anjing ini dan menyilangkannya dengan mastif Abruzzo, satu baka molosser, untuk meningkatkan saiznya. Anjing ini didapati unggul dan sesuai untuk peranan anjing pengawal dan mudah dilatih untuk tugas ini.

Anjing gembala Itali bersaiz sederhana hingga besar dan sangat tangkas dan berkuasa. Ia mempunyai resam tubuh sangat kuat dan matang menjelang umur 4 tahun dan boleh hidup sehingga 17 tahun.

Anjing gembala Itali jantan adalah setinggi 62–70 cm (24–28 in) dan yang betina setinggi 56–65 cm (22–26 in). Anjing gembala Itali jantan biasanya seberat 35–45 kg (77–99 lb) dan yang betina pula seberat 25–35 kg (55–77 lb).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]