Anjing pemburu Maremma
![]() | |||||||||||||||||||||||
Negara asal | Itali | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||
Catatan | Diiktiraf oleh Ente Nazionale della Cinofilia Italiana | ||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Maremma (Itali: segugio maremmano[1]) ialah satu baka anjing dari dataran pesisir Maremma, di Tuscany. Ia digunakan secara meluas untuk pemburuan babi hutan. Pembiak baka dari Toscana telah memilih anjing ini kerana kebolehan pemburuan dan penampilan berubah-ubah.
Baka ini diiktiraf oleh ENCI. Sebanyak 6,600 ekor anjing telah didaftarkan sebagai pengasas baka, dan baka ini ialah baka ketiga paling banyak di Itali pada 2009.[2] Kerana bilangan besar pengasas dan kebolehubahan genetik baka ini, baka ini patut menikmati kebebasan relatif daripada pembiakbakaan dalam genetik. Kebanyakan baka anjing diperoleh oleh sebilangan kecil pengasas (contohnya hanya 9 ekor anjing digunakan sebagai pengasas semasa penciptaan husky Siberia) dan lalu pembiakbakaan dalam cenderung bersifat tinggi, menyebabkan kejadian penyakit tinggi kerana mutasi gen.[3]
Anjing jantan berdiri setinggi 48–54 cm (19–21 in) pada paras kelasa dan yang betina setinggi 46–52 cm (18–20 in). Ia berberat antara 13–23 kg (29–51 lb). Bulunya licin atau kasar dan terdapat dalam warna perang, hitam dan sawo matang, atau brindle.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Anjing Pemburu Maremma, dengan Foto
- Pembiak Baka Anjing Pemburu Maremma, dengan Foto Diarkibkan 2009-08-03 di Wayback Machine
- Tapak Anjing Pemburu Maremma
- Tapak Pembiak Baka Diarkibkan 2014-02-09 di Wayback Machine (Itali)
- Ente Nazionale della Cinofilia Italiana mengiktiraf baka ini Diarkibkan 2011-07-16 di Wayback Machine
- Anjing pemburu Maremma memburu
- Anjing Pemburu Maremma dan Kualitinya (Itali)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ http://eng.agraria.org/dog/segugiomaremmano.htm
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2013-09-10.
- ^ http://www.seppalakennels.com/articles/purebred-dog-breeds-21st-century1.htm