Pergi ke kandungan

Anjing gembala Fonni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Dogo Sardinia)
Anjing gembala Fonni
Nama lainAnjing Fonni
Anjing gembala Sardinia
Cani sardu antigu
Cane de acapiu
Cani fonnesu antigu
'Ane de 'onne
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 29–40 kg (64–88 lb)
Betina 25–32 kg (55–71 lb)
Tinggi Jantan 56–60 cm (22–24 in) pada paras kelasa
Betina 52–56 cm (20–22 in) pada paras kelasa
Bulu lapis bulu ganda panjang dengan jumbai
Warna hitam, abu atau madu, dengan tanda-tanda brindle atau tanpa tanda-tanda brindle
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Fonni,[a] anjing Fonni,[b] atau anjing gembala Sardinia[c] ialah satu baka tempatan anjing purba Sardinia yang digunakan sebagai anjing gembala, anjing tangkap, dan anjing penjaga haiwan ternakan.

Walaupun terdapat gambaran yang bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke pertengahan abad ke-19, ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1] Ia telah mendapat pengiktirafan Alianza Canina Latina.[2]

Baka ini, yang peribumi di pulau itu, diasaskan dengan hampir-hampir 170 spesimen yang dikumpulkan dari bahagian luar bandar di Sardinia dalaman. Baka ini, oleh itu, merupakan baka tempatan (landrace). Oleh sebab bilangan besar bagi pengasas dan kebolehubahan genetik baka ini, baka ini patut mempunyai kebebasan relatif daripada pembiakan dalam genetik. Kebanyakan baka anjing diterbitkan dengan bilangan sangat kecil bagi pengasas (contohnya, sembilan ekor anjing digunakan sebagai pengasas husky Siberia) dan, oleh itu, pembiakbakaan dalam cenderung tinggi, mengakibatkan insiden tinggi bagi penyakit akibat mutasi-mutasi gen.[3]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Anjing ini mempunyai lapis bulu kasar, yang dapat berwarna kelabu, hitam, brindle, perang, atau putih. Ketinggian pada paras kelasa ialah sekitar 56–60 cm (22–24 in) untuk jantan, sementara betina adalah lebih rendah sebanyak beberapa sentimeter. Ciri tipikal baka ini ialah ekspresi berapi-api matanya, yang kedudukannya, tidak seperti baka anjing lain, benar-benar di hadapan, lalu memberikan anjing ini penampilan unik "mirip monyet".[4]

Kebolehubahan yang diperhatikan antara individu mungkin disebabkan oleh kekurangan tekanan terpilih. Walau bagaimanapun, terdapat persamaan yang setekalnya kukuh pada banyak anjing dari lokasi berlainan, termasuk ciri seperti warna mata ambar dan ciri "muka mirip monyet". Lapis bulunya, tanpa mengira warna, mempunyai [[rerambut pengawal|lapis bulu luar kasar tipikal, serta lapis bulu bawah wul padat. Bulu pada kepala dan sukuan belakang biasanya pendek, manakala muka mempunyai jumbai lebih panjang di sekeliling mata dan panjang mirip janggut di sekeliling muncung dan dagu. Anjing jantan mempunyai lapis bulu lebih panjang dan lebih tebal di sekeliling leher yang membentuk surai.[4]

Hampir-hampir 15% individu berlapis bulu pendek dan ini pada umumnya dielakkan melalui pemilihan yang memihak keragaman berlapis bulu panjang. Hampir-hampir 30% individu mempunyai ekor kontot semula jadi.[4]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا فوني; Templat:Lang-sc; Itali: pastore fonnese
  2. ^ Jawi: انجيڠ فوني; Templat:Lang-sc; Itali: cane fonnese; bahasa Inggeris: Fonni dog; Fonni's dog
  3. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا سردينيا; bahasa Inggeris: Sardinian shepherd dog
  1. ^ Dreger, Dayna L.; Davis, Brian W.; Cocco, Raffaella; Sechi, Sara; Di Cerbo, Alessandro; Parker, Heidi G.; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Crepaldi, Paola; Ostrander, Elaine Ann (1 Oktober 2016). "Commonalities in Development of Pure Breeds and Population Isolates Revealed in the Genome of the Sardinian Fonni's Dog" [Komonaliti dalam Perkembangan Baka Tulen dan Pencilan Populasi yang Terdedah dalam Genom Anjing Fonni Sardinia]. Genetics (dalam bahasa Inggeris). Genetics Society of America. 204 (2): 737–755. doi:10.1534/genetics.116.192427. hdl:11388/198654. ISSN 1943-2631. PMC 5068859. PMID 27519604. S2CID 9398585.
  2. ^ Breeds that are not recognized by the FCI integrated in the Alianza Canina Latina (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ "Purebred Dog Breeds into the Twenty-First Century" [Baka Anjing Tulen dalam Abad Kedua Puluh Satu] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ a b c Sechi, Sara; Polli, Michele; Marelli, Stefano Paolo; Talenti, Andrea; Crepaldi, Paola; Fiore, Filippo; Spissu, Nicoletta; Dreger, Dayna L.; Zedda, Marco; Dimauro, Corrado; Ostrander, Elaine Ann; Di Cerbo, Alessandro; Cocco, Raffaella (13 November 2016). "Fonni's dog: morphological and genetic characteristics for a breed standard definition" [Anjing Fonni: ciri morfologi dan genetik untuk takrif piawaian baka]. Italian Journal of Animal Science (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 16 (1): 22–30. doi:10.1080/1828051X.2016.1248867. hdl:2434/457283. ISSN 1828-051X. S2CID 88887356.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]