Pergi ke kandungan

Gundog

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelaki yang menjalankan seekor gundog spaniel (East Riding of Yorkshire, 2018)

Gundog (Sebutan bahasa Melayu: [gandɔg]) atau anjing burung ialah jenis anjing pemburu yang dikembangkan untuk membantu pemburu untuk mencari dan mengutip buruan,[1] biasanya pelbagai unggas yang ditembak pada sayap (semasa terbang). Istilah "anjing pemburu" adalah luas dan merangkumi semua baka dan kemahiran anjing pemburu, tetapi "gundog" merujuk anjing yang dilatih untuk bekerja bersama dengan senjata api lantang semasa pemburuan atau pengutipan buruan.[2]

Gundog dikategorikan mengikut penggunaannya. Oleh sebab julat keupayaan baka berlainan gundog, baka berlainan mungkin tergolong di bawah takrifan bagi berbilang kategori. United Kennel Club membahagikan gundog ke dalam empat kategori tidak eksklusif: anjing pengutip, anjing penuding, seter, dan spaniel penggarah.[3]

Walaupun United Kennel Club memerihalkan kategori keempat bagi gundog sebagai spaniel penggarah, terdapat jenis anjing bukan spaniel lain yang dapat digunakan untuk penggarahan.[4]

Terdapat beberapa baka yang digunakan sebagai gundog dengan set kemahiran naluri berlainan untuk setiap baka.[5]

Kategori utama JenisContoh
Anjing pengutipAnjing pengutip keemasan
Anjing penuding Anjing penudingAnjing penuding Inggeris
SeterSeter Inggeris
Anjing penggarah SpanielKokerspaniel Inggeris
Anjing airPudel piawai

Senarai baka gundog

[sunting | sunting sumber]

Pada abad ketujuh belas, amalan Perancis, iaitu penembakan burung terbang, dibawa ke England dan ke Wales oleh Raja Charles II. Pelbagai spaniel dan seter digunakan sebagai gundog untuk kegiatan ini sehingga anjing penuding diperkenalkan dari Sepanyol pada awal abad kelapan belas. Semakin masa berlalu, lebih banyak baka digunakan sebagai gundog, setiap baka dengan ciri-ciri tersendiri masing-masing, dan istilah "gundog" dicipta menjelang lewat abad kelapan belas.[7] Penerimaan penggunaan senapang buluh pungkur pada abad kesembilan belas memperbaik kecekapan dalam perburuan dan permintaan untuk gundog terlatih baik meningkat. Peningkatan permintaan ini membawa kepada penganjuran pertunjukan anjing dan kelab kenel.[8]

Pengelasan kelab kenel

[sunting | sunting sumber]

Apabila bertanding dalam pertunjukan pengakuran, kebanyakan kelab kenel, termasuk The Kennel Club, mengelompokkan baka gundog pedigri bersama-sama dalam kumpulan gundog sendiri, manakala sesetengah kelab seperti American Kennel Club mengelompokkannya dalam kumpulan sukan.[9][10] Istilah "sukan" dengan lebih tepat mencerminkan gaya perburuan dan memancing terdahulu yang untuknya banyak anjing penuding, seter, spaniel penggarah, anjing air, anjing pengutip, dan anjing denak dikembangkan untuk bekerja seiringan dengan jaring, perangkap, helang sawah, anjing pemburu penglihatan, anak panah, dan bolt dan bukan pula senjata api.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "gundog". Merriam-Webster (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  2. ↑ Lumontod, Patrick (3 Oktober 2017). "12 Types of Hunting Dogs and Which One You Need" [12 Jenis Anjing Pemburu dan Jenis yang Anda Perlukan] (dalam bahasa Inggeris AS). Top Dog Tips. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  3. ↑ "Breed Group Designations" [Ketetapan Kumpulan Baka] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 31 Oktober 2026.
  4. ↑ McKinney, Aaron (1 Mac 2024). "Decoding what Makes a Flushing Dog" [Menyahkodkan Hal yang Menjadikan Anjing Penggarah] (dalam bahasa Inggeris AS). The Iowa Sportsman. Dicapai pada 31 Oktober 2026.
  5. ↑ Menteith, Carolyn (25 November 2020). "Gundogs: Everything You Need to Know" [Gundog: Semua yang Perlu Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris British). Nestlé Purina PetCare. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  6. ↑ Peterson, Tony J. (1 Jun 2016). "Braque d'Auvergne: Breed Profile" [Anjing Penuding Auvergne: Profil Baka] (dalam bahasa Inggeris). Gun Dog. Dicapai pada 21 Disember 2024.
  7. ↑ Koshyk, Craig (21 April 2021). "What Is a Gun Dog? Understanding the Term and Its Origins" [Apakah Gundog? Memahami Istilah dan Asal Usulnya] (dalam bahasa Inggeris). Project Upland. Dicapai pada 31 Oktober 2026.
  8. ↑ "A peep into the past" [Mengintai masa lalu] (dalam bahasa Inggeris). Gundog Journal. 13 Februari 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2026.
  9. ↑ "Breed Information Centre: Gundog" [Pusat Maklumat Baka: Gundog] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2019. Dicapai pada 27 Mei 2024.
  10. ↑ "Sporting Group" [Kumpulan Sukan] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 27 Mei 2024.

Templat:Topik perburuan