Anjing serigala Czechoslovakia (Czech: československý vlčákcode: cs is deprecated ; Slovak: československý vlčiakcode: sk is deprecated ; [Czechoslovakian wolfdog, Czechoslovakian vlčák, Czechoslovakian vlčiak] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah satu baka anjing yang agak baru yang asal usulnya boleh dijejak kepada satu uji kaji dijalankan pada 1955 di Czechoslovakia. Selepas mula-mula membiakbakakan 48 ekor anjing gembala Jerman zuriat pekerja dengan empat ekor serigala Karpatos, satu rancangan berjaya mewujudkan satu baka yang mempunyai perangai, mentaliti kawanan, dan kebolehlatihan anjing gembala Jerman dan kekuatan, binaan fizikal, dan stamina serigala Karpatos.
Baka ini dikembangkan sebagai anjing penyerang untuk kegunaan dalam Operasi Khas ketenteraan dilakukan oleh komandoTentera Khas Czechoslovakia tetapi juga kemudian digunakan dalam pencarian dan penyelamatan, schutzhund, penjejakan, penggembalaan, ketangkasan, kepatuhan, pemburuan, dan drafting di Eropah dan di Amerika Syarikat. Ia secara rasminya diiktiraf sebagai baka kebangsaan di Czechoslovakia pada 1982. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai baka oleh FCI pada 1989.