Dia Menantu Rahsia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi sebuah novel dengan tajuk sama, lihat Dia Menantu Rahsia (novel).
Dia Menantu Rahsia
GenreDrama, cinta, konflik
Berdasarkan daripada
Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani
PenciptaIndah Hairani
Ditulis oleh
  • Faten Syamimie
  • N.Mardhiah
  • Rehal Nuharis
PengarahMohd. Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kisah Cinta Kita" nyanyian Hafiz Suip
Lagu penutup"Kisah Cinta Kita" nyanyian Hafiz Suip
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifAriff Aziz
Mohd Fariz Che Aziz
PenerbitLt. Kol. Bersekutu (PA) Dato' A. Aida
Datin Sri Noraini Abdul Jalil
Penyunting
  • Chemoll (awal)
  • Salwaluddin Abu Jasman (awal)
  • Daniel Lee (akhir)
  • Amirsyahril Edwan Hj Amran (akhir)
Tempoh siaranIsnin–Jumaat
41 minit
7:00 petang
Syarikat penerbitan
A. Aida Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal29 Januari 2019 – 7 Mac 2019
Kronologi
MengikutiPujaan Hati Kanda
Diikuti olehAsalkan Dia Bahagia

Dia Menantu Rahsia merupakan sebuah drama 2019 adaptasi novel dengan judul yang sama hasil tulisan novelis Indah Hairani yang diterbitkan oleh syarikat Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 29 Januari 2019 menggantikan drama Pujaan Hati Kanda.[1] Drama 28 episod ini dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ashraf Muslim, Syazuwan Hassan, dan Mona Allen.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pertunangan antara Zamer (Syazuwan Hassan) dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa (Raysha Rizrose). Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri.

Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir (Ashraf Muslim) di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.

Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia (Mona Allen) juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing.

Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Annie Arifin sebagai Nora
  • Reza Hasbi sebagai Danial
  • Siti Khadijah sebagai Shima
  • Ainaa Azhari sebagai Naida
  • Silfeny Mohd Osman sebagai Dr Suraya
  • Raja Azmi sebagai Mak Cik Odah
  • Nisa Rissa Isa sebagai Kak Ngah
  • Zulhamizan Ilias sebagai Abang Ngah
  • Nizam Kama sebagai Baha
  • Cik Siti Ariffin sebagai Mak Teh
  • Fiq sebagai Driver

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dia Menantu Rahsia Google Books. Dicapai pada 20 Januari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
Sebelumnya Dia Menantu Rahsia Berikutnya
Pujaan Hati Kanda Asalkan Dia Bahagia