Fatin Afeefa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fatin Afeefa
KelahiranFatin Nur Afifah Bt Shamsudin
(1994-07-13) 13 Julai 1994 (umur 25)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, peragawati, penyanyi
Tahun aktif2002 – kini
PasanganAdam Shah (k. 2013; c. 2017)

Fatin Nur Afifah Shamsudin (lahir 13 Julai 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, dan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen dan filem. [1]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Fatin dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan [2]. Pada 21 Disember 2013, Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shah dan anak pertama Afeefa dari perkahwinan pertama manakala anaknya yang kedua hasil perkahwinan beliau bersama Adam [3]. Pada 30 Mei 2017, pasangan ini telah memfailkan perceraian dan berpisah dengan baik.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filemografi yang belum dikeluarkan Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Pengarah Catatan
2006 Tentang Bulan Ila Ahmad Idham
2016 Kampung Drift Julia Nevin Hiong
Volkswagen Kuning Shadan Hashim
2017 Hospital Amira Azaromi Ghozali

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Red Velvet Sophie Astro Ria & Astro Ria HD
Semusim Rindu Husna Astro Prima
Kekasih Paksa Rela TV3
2018
Monalisa Astro Prima
2019 Jodoh-jodoh Annisa Sheila

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatin Afeefa okey, tidak tertekan Kosmo! (17 Disember 2017). Dicapai pada 19 Mei 2018.
  2. ^ Kahwin 2013, Tapi Anak Dah 6 Tahun Pada 2018. Fatin Afifah Dedah Kisah Silam. rilekslah. Dicapai pada 12 Jun 2018.
  3. ^ Anak lelaki Fatin Afeefa tidak ada kaitan dengan Adam Shahz! mstar. Dicapai pada 11 Disember 2018.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]