Akim & The Majistret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akim & The Majistret
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
ATM
Berasal dariMalaysia Kuala Lumpur, Malaysia
GenrePop
PekerjaanVokal, Pemuzik
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia Rhythm & Rhyme Entertainment
Pengkarya berkait
Akim Ahmad
Laman sesawang
Akim & The Majistret Official instagram.com
Ahli

The Majistret

  • Zarimi Bin Zahari (Zimi)
  • Freddy Ady Putra (Beby)
  • Faiz Azizi Arlis
  • Faoq
  • Safwan Hassan
  • Hafeez
Bekas ahli
  • Rajwan

Akim & The Majistret (ATM) ialah sebuah kugiran muzik rock yang semakin dikenali dalam bidang muzik arus perdana Malaysia sejak 2014 dengan lagu "Mewangi". Semenjak dibentuk pada tahun 2014 sebagai eksperimen hasil cetusan idea Akim Ahmad, kugiran ini telahpun melancarkan album studio sulung mereka, Patriot pada Ogos 2015. Lagu "Mewangi" dan "Potret" yang disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta lagu stesen-stesen radio di Malaysia.

Single kedua Akim & The Majistret iaitu "Potret" telah meraih kejayaan terbesar dalam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) apabila mereka berjaya membolot anugerah Persembahan Terbaik sekaligus dinobatkan sebagai Juara Lagu menewaskan lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir) di tempat kedua dan lagu "Hanya Nama-Mu" (Caliph Buskers) di tempat ketiga.

Pada 2016, terdapat kekeliruan tentang lagu Hanya Padamu di mana lagu itu telah dimuat naik menerusi Spotify, Youtube, JOOX dan sebagainya dengan tetapan nama " Akim & The Majistret " . Namun, setelah pemberitahuan secara rasmi oleh vokalis kumpulan ini di stesen radio Hot FM, lagu tersebut merupakan lagu solo vokalis itu sendiri iaitu Akim Ahmad .

ATM di jangka bakal mengeluarkan album terbaru mereka yang di beri nama PLANET ATM pada tahun 2019 , selepas single "Rampas" di keluarkan pada September 2018 , single terbaru mereka yang berjudul "Yang Satu" dikeluarkan pada 18 Ogos 2019

ATM juga telah mengeluarkan single terbaru mereka berjudul "Stereotype" , hasil gandingan Akim Ahmad dan Zimi yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq [1].

September 2019, Zimi (Gitar), Afiez (Keyboardist) & Rajwan (Digital Drum) meninggalkan Akim & The Majistret. Pada tahun 2023, Zimi dan Afiez telah kembali bersama menjadi ahli kumpulan Akim & The Majistret serta melancarkan single terbaru mereka berjudul "Saksama".

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Akim Ahmad (Hang Nadim)
  • Zarimi Bin Zahari (Zimi/Laq)
  • Freddy Ady Putra (Beby)
  • Faiz Azizi Arlis (Gjie)
  • Fairuz (Faoq)
  • Safwan Hassan (Wan)
  • Afiez Azam

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Album
ERA FM
[2]
Hot FM
[3]
Muzik Muzik
[4]
2014 Mewangi 1 1 1 Patriot
2015 Potret 1 1 1
Obses 1 1 1
2016 Lygophobia 32 22 0 OST Bisik Pada Langit
2017 Anugerah 0 16 0 Patriot
Lagu Untuk Laila 5 19 1 Single
2018 Stereotype 1 Single
Rampas 1 1 Single
2019 Yang Satu Single

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Komposer Penulis Lirik Kategori Keputusan
2015 Potret Patriot Hang Nadim Kamar Empayar Terbuka Menang
  • Juara Keseluruhan
Hang Nadim Kamar Empayar Persembahan Terbaik Menang
2016 Obses Hang Nadim, Laq Hang Nadim, Laq Terbuka Tercalon
2019 Rampas Hang Nadim, Laq Bunga Cantik TBA Tercalon

Semi Final Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah MeleTOP Era[sunting | sunting sumber]

Anugerah MeleTOP Era (AME)
Tahun Kategori Keputusan Tewas Kepada
2015 Grup / Duo Meletop Menang
2016 Grup / Duo Meletop Menang
2017 Grup / Duo Meletop Tercalon Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza
2018 Grup / Duo Meletop Tercalon Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Keputusan
2015 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Menang
2016 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon
2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Menang
2018 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pembaharuan Akim & The Majistret. kosmo. Dicapai pada 1 Januari 2019.
  2. ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
  3. ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2017-02-12.
  4. ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]