Asian Idol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asian Idol
AsianIdolscreenshot2.jpg
Asian Idol logo
Format Pop Idol
Pencipta Flag of the United Kingdom.svg Simon Fuller
Dibintangi Flag of Indonesia.svg Amelia Natasha
Flag of Indonesia.svg Daniel Mananta
Flag of Indonesia.svg Indra Lesmana
Flag of India.svg Anu Malik
Flag of Malaysia.svg Paul Moss
Flag of the Philippines.svg Pilita Corrales
Flag of Singapore.svg Ken Lim
Flag of Vietnam.svg Siu Black
Negara asal Flag of Indonesia.svg Indonesia
Penerbitan
Penerbit Flag of Australia.svg Sandra Fulloon
Penyiaran
Saluran asal RCTI

Asian Idol ialah satu versi format pertandingan menyanyi, Pop Idol, yang menampilkan juara-juara pertandingan Idol dari enam negara Asia iaitu India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Vietnam. Juara bakal dikurniakan kontrak rakaman antarabangsa dan pelancongan percuma ke seluruh dunia untuk menonton rancangan Idol antarabangsa.[1]

Asian Idol bakal diadakan pada 15 dan 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia.[2][3] Stesen televisyen terbesar Indonesia, RCTI (yang juga menyiarkan Indonesian Idol), menjadi stesen TV utama yang akan menyiarkan pertandingan itu secara langsung di negara-negara yang mengambil bahagian, namun pertikaian mengenai perbezaan zon waktu turut dibincangkan.[1]

Amelia Natasha dan Daniel Mananta, dua pengacara Indonesian Idol, bakal mengacara Asian Idol.

Setiap negara peserta ada sistem tersendiri untuk memilih wakil.[4]

Untuk memulakan Asian Idol, keenam-enam peserta akan diperkenalkan melalui persembahan Idol Showcase pada 8 Disember 2007.[3] Sementara itu, para peminat setiap peserta akan memilih lagu yang mereka hendak Idola mereka untuk dendangkan sebelum pertandingan sebenar Asian Idol. Para Idola akan mempersembahkan dua lagu--satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa ibunda masing-masing.[5]

Selain liputan Asian Idol, RCTI akan menyiarkan rancangan khas Asian Idol Extra dari akhir November hingga pertengahan Disember 2007.[3]

Setiap negara yang bertanding akan menghantar seorang juri untuk menilai persembahan para peserta, tetapi hanya tiga orang juri dapat memberi komen untuk setiap peserta kerana had masa.[1]

Tetamu-tetamu undangan termasuk juara American Idol Taylor Hicks, juara Australian Idol Guy Sebastian dan juri Indian Idol Alisha Chinai.[6][7][8]

Rancangan keputusan akan menampilkan persembahan oleh Rivermaya, Peterpan, dan Agnes Monica.[8]

Penerbitan Asian Idol akan dibantu dengan bantuan krew penerbitan Australian Idol.[5]

Peserta[sunting | sunting sumber]

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Peserta lain[sunting | sunting sumber]

SuperStar KZ, francais Idol di Kazakhstan, juga tersenarai tetapi gagal menghantar wakil.[1]

Juri[sunting | sunting sumber]

Rangkaian TV yang turut serta[sunting | sunting sumber]

Tatacara undian[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa perbezaan antara pengundian dan kiraan undian di Asian Idol dan rancangan Idol yang lain. Tidak seperti pertandingan Idol satu negara iaitu penonton boleh mengundi untuk seorang peserta, prosedur undian untuk Asian Idol memerukan penonton mengundi dua Idola kegemaran, maka membolehkan para peserta meraih undian dari negara masing-masing.[5][19]

Sebagai pertimbangan terhadap saiz populasi di kalangan negara peserta, kiraan undian dilakukan melalui "Kaedah Kumulatif Sama Rata", iaitu jumlah undian setiap negara ditukarkan kepada peratusan.[19][20] Juara akan dtentukan melalui 50% undian penonton dan 50% markah juri.[21]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Sandeep Acharya, juara musim kedua Indian Idol, tidak puas hati atas pemilihan Sawant untuk bertanding di Asian Idol. Beliau mendakwa bahawa Sony TV India, penyiar Indian Idol, sepatutnya mengadakan satu pertandingan antara tiga juaranya untuk menentukan wakil India dan beliau berasa dirinya diabaikan.

Wakil Sony TV menerangkan bahawa meskipun mempunyai pilihan untuk memilih wakil mereka, mereka pernah memepertimbangkan idea mempertandingkan ketiga-tiga juara Indian Idol termasuk juara musim ketiga Prashant Tamang. Bagaimanapun, idea itu gagal menjadi kenyataan kerana pertindihan penjadualan.[22]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 "Empat Jawara Idol Bertarung". Jawa Pos Online. 8 November 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)(Indonesia)
  2. Catur Mahgriefie, Lusi (7 November 2007). "Asian Idol 2007, Berawal dari Ide Padukan Budaya". Okezone.  Check date values in: |date= (bantuan)(Indonesia)
  3. 3.0 3.1 3.2 "Indonesia Tuan Rumah Asian Idol". Republika Online. October 16, 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)(Indonesia)
  4. "Asian Idol Diikuti 7 Negara". Surya Online. 30 Ogos 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)(pdf file)(Indonesia)
  5. 5.0 5.1 5.2 "Asian Idol's Aussie connection". Australian Idol Official Website, News section. 1 November 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  6. "Idol Guy Sebastian goes global". News.com.au. 22 November 2007. Diarkibkan daripada asal pada 2012-12-30. Diperoleh pada 2007-11-28.  Check date values in: |date= (bantuan)
  7. "Anu Malik to be Indian judge on Asian Idol". IndiaGlitz.com. December 7, 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  8. 8.0 8.1 "Road to Asian Idol". Asian Idol. 2007-12-08. RCTI.
  9. 9.0 9.1 Tan, Jeanmarie (17 November 2007). "ASIAN IDOL, Here I come". The Electric New Paper.  Check date values in: |date= (bantuan)
  10. "Mike Wakili Indonesia di Asian Idol". Karebosi.com. 2 Disember 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)(Indonesia)
  11. Mazumder, Ranjib (2 Disember 2007). "Abhijeet is eyeing a new title now". The Times Of India.  Check date values in: |date= (bantuan)
  12. Chandran, Sheela (28 November 2007). "Jac to sing at Asian Idol". The Star Online. Diperoleh pada 2007-12-02.  Check date values in: |date= (bantuan)
  13. San Diego, Bayani Jr (20 November 2007). "Mau on the move". Philippine Daily Inquirer. Diperoleh pada 2007-12-02.  Check date values in: |date= (bantuan)
  14. Phong, Tien (19 November 2007). "Vietnam Idol to sing at Asian Idol". VietNamNet. Diperoleh pada 2007-12-02.  Check date values in: |date= (bantuan)
  15. Bhattacharjee, Subhadeep (30 November 2007). "Anu Malik to judge Asian Idol". OneIndia.in. Diperoleh pada 2007-12-04.  Check date values in: |date= (bantuan)
  16. Kamal, Hirzen (25 November 2007). "Jac gets second chance". The New Straits Times Online. Diperoleh pada 2007-11-27.  Check date values in: |date= (bantuan)
  17. San Diego, Bayani Jr (20 November 2007). "ABC 5 bags Asian Idol". Philippine Daily Inquirer.  Check date values in: |date= (bantuan)
  18. Trí, Theo Dân (4 Disember 2007). "Siu Black làm giám khảo của Asian Idol". BaoKhanhHoa.com.vn.  Check date values in: |date= (bantuan)(Vietnamese)
  19. 19.0 19.1 Voting Procedures, Terms and Conditions Asian Idol Official Website
  20. Voting Procedures, Frequently Asked Questions Asian Idol Official Website
  21. "Kontestan Asian Idol Menghadap SBY: Mike Nyanyikan Lagu Milik Koes Plus di Depan Presiden". Kompas.com. 7 Disember 2007. Diperoleh pada 2007-12-08.  Check date values in: |date= (bantuan)(Indonesia)
  22. Poojary, Sapana Patil (30 November 2007). "Idol versus Idol!". DNAIndia.com. Diperoleh pada 2007-12-01.  Check date values in: |date= (bantuan)