Asid hipofosforus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Asid hipofosforus[1]
Model rangka dawai asid hipofosforus
Hypophosphorous-acid-3D-balls.png
Nama
Nama IUPAC
Asid fosfinik
Nama lain
Asid hidroksi(okso)-λ5-fosfana

hidroksi-λ5-fosfanona
okso-λ5-fosfanol

okso-λ5-fosfinus
Pengenalpasti
6303-21-5 Yes check.svgY
57583-56-9 (2H3)
ChEBI CHEBI:29031 Yes check.svgY
ChemSpider 10449263 Yes check.svgY
10459437 (17O2) X mark.svgN
2342086 (2H3) X mark.svgN
Imej Jmol-3D Imej
KEGG D02334 Yes check.svgY
PubChem 3085127 (2H3)
Penomboran UN UN 3264
Sifat
H3PO2
Jisim molar 66.00 g/mol
Rupa bentuk hablur atau cecair berminyak tanpa berwarna dan berlembap cair
Ketumpatan 1.493 g/cm3[2]
Takat lebur 26.5 °C (79.7 °F; 299.6 K)
Takat didih 130 °C (266 °F; 403 K) terurai
tercampur
Keterlarutan sangat terlarut dalam alkohol, eter
Keasidan (pKa) 1.2
Struktur
Bentuk molekul pseudo-tetrahedron
Bahaya
MSDS JT Baker
Indeks EU Tidak tersenarai
Takat kilat Tidak mudah terbakar
Sebatian berkaitan
oksoasid fosforus berkaitan Asid fosforus
Asid fosforik
Sebatian berkenaan Natrium hipofosfit
Barium hipofosfit
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Yes check.svgY pengesahan (apa yang perluYes check.svgY/X mark.svgN?)
Rujukan kotak info

Asid hipofosforus merupakan suatu oksoasid fosforus dan suatu agen penurun yang kuat dengan formula molekulnya H3PO2. Ahli kimia bukan organik merujuk asid bebas ini dengan nama ini (juga dengan singkatan "HPA"), atau dengan nama lain yang diterima asid fosfinik. Ia adalah sebatian leburan rendah yang tidak berwarna, yang larut dalam air, dioksana, dan alkohol. Formula untuk asid hipofosforus biasanya ditulis sebagai H3PO2, tetapi dalam bentuk pembentangan yang lebih deskriptif adalah HOP(O)H2 yang menonjolkan sifat monoprotiknya. Garam yang diperolehi daripada asid ini dipanggil sebagai fosfinat (hipofosfit).

HOP(O)H2 wujud dalam keseimbangan dengan tautomer minornya HP(OH)2. Kadang-kadang tautomer yang kecil dipanggil asid hipofosforus dan tautomer utama dipanggil asid fosfinik.

Penyediaan dan ketersediaan[sunting | sunting sumber]

Asid ini disediakan secara industri melalui satu proses dua langkah. Garam hipofosfit beralkali dan logam alkali bumi merupakan hasil dari rawatan fosforus putih dengan larutan akueus panas hidroksida bersesuaian, seperti Ca(OH)2.

P4 + 3OH + 3H2O → 3H2PO2 + PH3

Asid bebas boleh disediakan melalui tindakan asid yang kuat ke atas garam hipofosfit.

H2PO2 + H+ → H3PO2

Sebagai alternatif, H3PO2 timbul melalui pengoksidaan fosfina dengan iodin dalam air.

PH3 + 2I2 + 2H2O → H3PO2 + 4I + 4H+

HPA biasanya dibekalkan sebagai larutan akueus 50%.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • ChemicalLand21 Listing
  • D. E. C. Corbridge "Phosphorus: An Outline of its Chemistry, Biochemistry, and Technology" 5th Edition Elsevier: Amsterdam. ISBN 0-444-89307-5.
  • V. V. Popik, A. G. Wright, T. A. Khan, J. A. Murphy "Hypophosphorous Acid" in Encyclopedia of Reagents for Organic Synthesis (Ed: L. Paquette) 2004, J. Wiley & Sons, New York. doi:10.1002/047084289.
  • D. W. Rich, M. C. Smith, Electroless Deposition of Nickel, Cobalt & Iron. IBM Corporation, Poughkeepsie, NY (1971)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralph H. Petrucci, General Chemistry, Ninth Edition, 2007, p. 946
  2. ^ Pradyot Patnaik. Handbook of Inorganic Chemicals. McGraw-Hill, 2002, ISBN 0-07-049439-8