Astro Premier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Premier
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaInggeris
Melayu
Kantonis
Mandarin
Tamil
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro
Saluran kembarBOO
Showcase
Sejarah
Dilancarkan18 September 2023; 7 bulan yang lalu (2023-09-18)
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 410 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand

Astro Premier merupakan sebuah saluran televisyen Astro yang memaparkan siri televisyen premium di bawah jenama Astro Originals. Saluran ini juga memuatkan kandungan premium tempatan dan serantau yang memperoleh pemeringkatan (ratings) tontonan yang tinggi — ia merangkumi sejumlah filem, telefilem, dan drama bersiri terbaik.

Sejarah Astro Originals[sunting | sunting sumber]

Kewujudan jenama Astro Originals bermula dengan tayangan siri mini 8-episod yang bertajuk DO[S]A: The Sacred Sin pada tahun 2017 di aplikasi Tribe (buatan Astro untuk penonton mudah-alih di Indonesia)[1] dan di Astro First setahun kemudian.[2] Pada tahun 2018, Demon's Path, drama bersiri thriller asal Hong Kong terbitan Astro Originals telah ditayangkan serentak di Astro Wah Lai Toi dan BOO.[3] Kedua-dua siri ini masih tersedia untuk distrim di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Sejak daripada itu, karya-karya premium Astro Originals yang lain telah dihasilkan. Pada tahun 2020, Astro Citra menghimpunkan sebilangan tajuk baharu pelbagai genre untuk memberi pengalaman unik kepada penonton seperti Kampong Pisang Bersiri-siri (2020), i-Tanggang: Mother of All Lies (2021), dan Histeria the Series (2022).

Kemudian, pada tahun 2022, jenama Astro Originals berpindah ke Astro Ria dengan One Cent Thief (2022), Projek: High Council (2023), dan baru-baru ini, Jack Yusof: Father in Training (2023).

Astro Originals melebarkan sayap dengan penghasilan siri premium berbahasa Cina di Astro Shuang Xing melalui Lost & Found (2022) dan The Patient (2023), dan di Astro AEC menerusi Once Upon a Kopitiam (2023). Malah, kandungan Astro Originals juga boleh distrim buat pertama kali di aplikasi sooka pada tahun yang sama.

Tahun 2022 juga menyaksikan saluran pop-up khas Astro Originals telah diwujudkan. Ianya hasil kejayaan dua siri premium yang menjadi topik perbualan hangat oleh penonton Malaysia — OneCentThief & ProjectHighCouncil — dengan beberapa kandungan istimewa seperti di sebalik tabir dan temubual bersama para pelakon & pengarah.

Kejayaan membanggakan siri Astro Originals sehingga tercalon atau memenangi penganugerahan serantau telah memberi nafas baharu dalam landskap penghasilan siri televisyen premium yang bermutu tinggi di Malaysia. Pada 24 Ogos 2023, siri adaptasi asal U.K., Liar: Two Sides, One Truth (2023) telah memenangi anugerah perak dalam kategori Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia di acara ContentAsia Awards 2023 yang telah berlangsung di Bangkok, Thailand.[4]

Pada 22 September 2023, tayangan perdana pertama Astro Premier, Riot!: Rebel with a Cause (2023) telah disiarkan pada jam 9:00 malam waktu Malaysia.[5] Ketika Riot! ditayangkan, Astro Premier turut menayangkan Mystic Village yang juga di bawah siri Astro Originals pada 30 Oktober 2023.[6]

Intisari rancangan[sunting | sunting sumber]

Selain kandungan asli oleh Astro, Astro Premier juga menayangkan kandungan penstriman serantau seperti Viu, GoPlay, dan Youku.

Senarai rancangan berikut adalah dalam lingkungan tempoh antara 18 September 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Sedang bersiaran[sunting | sunting sumber]

     Sorot warna ini adalah tajuk di bawah Astro Originals.

Tahun Tajuk Saluran asal
2019 Devoted Viu
2020 Kalvanai Kandupidi Astro Vinmeen HD
Gossip Girl Indonesia GoPlay
Pretty Little Liars Viu
2021 Projek: Anchor SPM Astro Citra
2022 Hilang Viu
Histeria the Series Astro Citra
Kudeta Astro Ria
Lost & Found Astro Shuang Xing
2023 Alter-Naratif Viu
Projek: High Council Astro Ria
Liar
Jack Yusof
Nenek Bongkok Tiga Viu
Riot! Astro Premier
Mystic Village
Gamers Mangkuk

Siaran akan datang[sunting | sunting sumber]

Tajuk terbaharu[7][sunting | sunting sumber]

  • I.D. (2024)
  • Framed (2024)[8]
  • Headliners (2024)
  • One Cent Thief S2 (2024)
  • Projek: Exit (2024)
  • X-Change (2024)

Tajuk terdahulu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Astro Launches Tribe Streaming Video Service: Now Available In Indonesia, Targets Mobile Users. Lowyat.NET, 21 Mac 2016.
  2. ^ Drama DOSA (Astro). Myinfotaip, 29 Januari 2018.
  3. ^ Astro Unveils First Hong Kong Original Series. Quake, 30 Julai 2018.
  4. ^ ContentAsia Awards 2023 Winners. ContentAsia, 24 Ogos 2023.
  5. ^ Riot! Pembuka Tirai Saluran Baharu, Astro Premier! Papar Isu Gangguan Seksual & Buli Siber. Mya Amri, Astro Gempak, 22 September 2023.
  6. ^ Subki, Sofianni (9 November 2023). "'Mystic Village': Malaysia's first supernatural kampung noir TV series (VIDEO)". malaymail. Dicapai pada 15 November 2023.
  7. ^ Astro Premier: Brand New Home for Astro Originals series. Quake, 13 Disember 2023.
  8. ^ Framed. Quake, 28 November 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]