Astro AEC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro AEC
Astro AEC.png
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMandarin
Hokkien (1997-2007)
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
Saluran kembarGO Shop Chinese
Astro Xiao Tai Yang
Astro Shuang Xing
Astro Quan Jia HD
Astro AOD
Astro Hua Hee Dai
Sejarah
DilancarkanMalaysia 1 September 1997 (SD)
Malaysia 16 November 2014 (HD)
DitutupMalaysia 15 Mac 2021 (Astro) (SD)
Brunei 1 April 2022
Nama dahuluAEC
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 306 (HD)
Malaysia NJOISaluran 306 (HD)
Saluran 346 (SD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand

Astro AEC (singkatan untuk Astro Asian Entertainment Channel) (awalnya menggunakan nama AEC (singkatan untuk Asian Entertainment Channel) hingga 28 September 2003) ialah sebuah saluran televisyen 24 jam terutama berbahasa Mandarin dari Malaysia, yang disediakan oleh Astro. Astro AEC menawarkan rancangan buatan tempatan serta import dari China, Taiwan, Singapura dan Jepun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Astro AEC melancarkan siaran pertamanya pada 1 September 1997. Pada mulanya, Astro AEC menggunakan nama panggilan AEC (singkatan untuk Asian Entertainment Channel) hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro, ia adalah dua saluran bahasa Mandarin milik Astro sendiri. AEC menyiarkan rancangan bahasa Mandarin dan Hokkien dan Wah Lai Toi yang lebih memfokuskan kepada rancangan bahasa Kantonis. AEC menawarkan rancangan buatan tempatan serta import dari China, Taiwan, Singapura dan Jepun.

Pada 1 Mac 2000, Astro AEC telah rasmi melancarkan rancangan berita bisnes dan kewangan dikenali sebagai Bloomberg AEC News yang pada asasnya ialah versi bahasa Mandarin bagi Bloomberg Malaysia. Berita itu disiarkan pada pukul 10:45 malam pada hari bekerja.

Pada 29 September 2003, perkataan AEC secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro AEC (singkatan untuk Astro Asian Entertainment Channel) telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "AEC" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.

Perkongsian Bloomberg TV dan Astro dibubarkan pada 29 September 2003 dan telah rasmi melancarkan rancangan berita dikenali sebagai Astro 华语新闻. Rancangan berita utamanya 八点最热报 dan 新闻报报看 turut disiarkan serentak di saluran ini setiap hari pada 20:00 dan 22:30 MST.

Pada 13 Oktober 2007, Astro Hua Hee Dai telah rasmi dilancarkan dan saluran bahasa Hokkien sepenuhnya di Astro AEC telah rasmi dipindah ke Astro Hua Hee Dai dan menjadi saluran bahasa Mandarin sepenuhnya.

Perubahan nombor[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 1996, Astro AEC di Saluran 4 (SD) sehingga 31 Mei 1999, Pada 1 Jun 1999, Astro AEC bertukar nombor saluran ke Saluran 19 (SD) sehingga 30 September 2007. Pada 1 Oktober 2007, Astro AEC bertukar nombor saluran ke Saluran 301 (SD) | 306 (HD) (16 Nov 2014) sehingga 31 Mac 2020. Pada 1 April 2020, Astro AEC bertukar nombor saluran ke Saluran 306 (HD) | 346 (SD).

Saluran SD ini ditamatkan pada 15 Mac 2021 (Astro sahaja).

Saluran ini ditamatkan di Kristal-Astro bermula 1 April 2022.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Berita[sunting | sunting sumber]

  • Evening Edition
  • 2000 Prime Talk

Hiburan[sunting | sunting sumber]

  • Astro Classic Golden Melody Singing Competition
  • Chinese Idol (tayangan serentak di China)
  • Body SOS 5
  • Super Citizen
  • Super Comedian
  • iWalker

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

  • Between Us
  • Food Moments
  • Garden Of Treasure
  • Money
  • Budget Go Cuti

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]