Jack Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jack Yusof
GenreDrama, komedi keluarga
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Zuli Ismail
PengarahWan Hasliza Wan Zainuddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gotta Get It" oleh Dead Mushroom
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Hafiz Abu Bakar
  • Siti Marzuliana Marzuki
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
LokasiMalaysia
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Jun 2023 – 5 Ogos 2023

Jack Yusof ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dengan skrip ditulis oleh Wan Hasliza dan Zuli Ismail. Dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama, bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, siri ini memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 17 Jun 2023 dan di Astro Ria bermula 26 Jun 2023 menggantikan Liar.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Jack Yusof ialah seorang bintang filem terkenal. Di usia awal 50-an, dia masih kelihatan muda kerana kerap menggunakan Botox. Biarpun hidup kaya-raya dan menjadi kegilaan ramai wanita, Jack banyak melakukan kesilapan dalam kehidupan peribadinya, termasuk meninggalkan anak perempuannya, Aida ketika dia masih bayi.

Beberapa dekad berlalu apabila Aida tiba-tiba muncul dan menghubungi bapanya untuk menjadi walinya di majlis perkahwinannya kelak. Jack pada mulanya berat hati namun bersetuju untuk bertemu semula dengan anaknya dan keluarga Aida. Pertemuan singkat itu menggerakkan hati Jack untuk terpalit dalam kehidupan anak perempuannya, sehingga dia sanggup membeli dan berpindah ke rumah di sebelah rumah Aida.

Walau bagaimanapun, tindakan Jack menyebabkan kegelisahan dan huru-hara kepada bekas isterinya, Salina, dan suaminya Rahmat, yang telah membesarkan Aida sejak ketiadaan Jack. Dalam usahanya untuk memperbaiki hubungannya dengan bekas isterinya, Jack berdepan dengan kesilapan dan penyesalan masa silamnya dan mempelajari erti sebenar kekeluargaan, cinta dan kemaafan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh siaran di Astro GO Tarikh siaran di Astro Ria
1 "I Love Me!" 17 Jun 2023 (2023-06-17) 26 Jun 2023 (2023-06-26)
2 "Hey, Neighbour!" 24 Jun 2023 (2023-06-24) 3 Julai 2023 (2023-07-03)
3 "Opposites Attract" 1 Julai 2023 (2023-07-01) 10 Julai 2023 (2023-07-10)
4 "Playing Dead" 8 Julai 2023 (2023-07-08) 17 Julai 2023 (2023-07-17)
5 "Three's a Crowd" 15 Julai 2023 (2023-07-15) 24 Julai 2023 (2023-07-24)
6 "The Desperate Housewife" 22 Julai 2023 (2023-07-22) 31 Julai 2023 (2023-07-31)
7 "You Have Been Served!" 29 Julai 2023 (2023-07-29) 7 Ogos 2023 (2023-08-07)
8 "Fathers of the Bride" 5 Ogos 2023 (2023-08-05) 14 Ogos 2023 (2023-08-14)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Menurut Wan Hasliza, idea untuk Jack Yusof mula diutarakan selepas beliau melihat situasi sahabatnya sendiri. Beliau berkata: "Saya yakin isu wali dan elemen hubungan ibu bapa yang terlerai jarang didedahkan. Saya cuba menyampaikan isu tersebut sebagai subjek utama dalam Jack Yusof. Meskipun masih menerapkan elemen kekeluargaan seperti naskhah terdahulu, namun saya tampilkan kelainan dari sudut produksi, kerana untuk menggambarkan Jack Yusof adalah seorang bintang filem yang besar".[2][5]

Drama ini juga menyaksikan kemunculan semula Datuk Rosyam Nor sebagai watak utama menerusi drama bersiri selepas lebih 10 tahun.[2][6][7]

Siaran[sunting | sunting sumber]

Jack Yusof memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 17 Jun 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 26 Jun 2023 setiap Isnin.[2][8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "Drama Jack Yusof". My Infotaip. 14 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  2. ^ a b c d Aqmar Mustaza (17 Jun 2023). "Jack Yusof pertaruh Rosyam Nor selaku teraju utama". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  3. ^ "Jack Yusof: A Hilarious Journey of Family and Redemption". Astro. Julai 2023. Dicapai pada 24 September 2023.
  4. ^ Izwan Isa (3 Julai 2023). "Rosyam Nor 'Belajar' Jadi Bapa Dalam Jack Yusof". Astro Gempak. Dicapai pada 24 September 2023.
  5. ^ Izwan Isa (17 Jun 2023). "Isu Wali Merupakan 'Jambatan' Penguat Jalan Cerita Jack Yusof". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  6. ^ "Rosyam Nor Buat 'Comeback', Tampil Dengan Siri Komedi Terbaru Berjudul Jack Yusof". SYOK. 15 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  7. ^ "Daripada pengarah I-Tanggang & Keluarga Iskandar, Astro Original persembahkan siri baharu, Jack Yusof". Astro Awani. 14 Jun 2023. Dicapai pada 19 Jun 2023.
  8. ^ Budiey (15 Jun 2023). "Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2023.