Mukhriz Mahathir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dato' Paduka
Mukhriz Mahathir
SPMK (Ked), DHMS, DSNS, AP, ADUN
Mukhriz Mahathir.jpg
Menteri Besar Kedah
Memegang jawatan
11 Mei 2018
Raja Sultan Sallehuddin
Didahului oleh Ahmad Bashah Md Hanipah
Dalam jawatan
2013–2016
Raja Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Didahului oleh Azizan Abdul Razak
Digantikan oleh Ahmad Bashah Md Hanipah
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Jerlun
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Othman Aziz
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 Mei 2013
Didahului oleh Abdul Rahman Ariffin
Digantikan oleh Othman Aziz
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jitra
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Aminuddin Omar
Timbalan Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
3 November 2016
Pengerusi Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden Ab Rashid Ab Rahman
Abdul Rashid Asari
Hamidah Osman (2016-2017)
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
Dalam jawatan
10 April 2009 – 3 April 2013
Perdana Menteri Mohd Najib bin Abdul Razak
Didahului oleh Barisan Nasional.png LDP Sabah logo.jpg Liew Vui Keong
Digantikan oleh Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Hamim Samuri
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N4 Ayer Hitam
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului oleh Abd. Ghani Ahmad
Digantikan oleh Azhar Ibrahim
EXCO Pemuda UMNO
Dalam jawatan
2004–2008
Butiran peribadi
Lahir Mukhriz bin Mahathir
(1964-11-25) 25 November 1964 (umur 53)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Kerakyatan Melayu
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
(Hingga 2016)
Pakatan Harapan Logo.svg PH-PPBM (2016 - kini)
Pasangan Tok Puan[1] Norzieta Zakaria (k. 1993)
Anak-anak 4
Ibu bapa Mahathir Mohamad (Bapa)
Siti Hasmah Mohamad Ali (Ibu)
Saudara Marina (Kakak)
Mirzan (Kakak)
Melinda (Kakak)
Mokhzani (Abang)
Maizura (Adik)
Mazhar (Adik)
Kediaman Seri Mentaloon (Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah)
Pekerjaan Dewan Rakyat
Profesion Ahli perniagaan
Laman sesawang Mukhriz Fan Club

Dato' Seri Mukhriz bin Tun Dr Mahathir (lahir 25 November 1964) ialah anak kelima Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Antara 2009 dan 2013, beliau menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Selepas Barisan Nasional menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-11 pada 6 Mei 2013.[2]  Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.[3] Selepas Pakatan Harapan menguasai Kedah pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-13 pada 11 Mei 2018.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, beliau telah menang besar selepas mendapat undian tertinggi untuk salah satu jawatan tertinggi UMNO[4][5] dan seterusnya telah mendapat jawatan tersebut. Beliau juga dilihat sebagai seorang calon yang berpotensi untuk menjadi Naib Presiden Bahagian Pemuda UMNO. Tetapi, beliau menarik diri daripada pencalonan.[6] Abang beliau, Mokhzani juga seorang yang bergiat aktif dalam UMNO.

Beliau secara berterusan bercakap bagi pihak bapanya mengenai isu perbalahan antara bapanya dan Abdullah Ahmad Badawi.[7][8] Pada 2006, beliau telah menang majoriti lima undi di dalam pemilihan UMNO Bahagian Kubang Pasu. Beliau mempertahankan bapanya yang telah kalah di dalam pemilihan tersebut dengan mengatakan bahawa terdapat konspirasi yang mahu menjatuhkan bapanya.[9] Beliau mengalami perselisihan faham dengan UMNO selepas beliau memberi komen terhadap ucapan Perdana Menteri bahawa beliau berasa sedikit hampa terhadap Perdana Menteri kerana tidak menawarkan apa-apa perubahan.[10] Walau bagaimanapun, beliau telah memohon maaf di atas ketelanjurannya.[11]

Namun begitu, dalam pilihan raya umum 2008, beliau bertanding untuk kerusi Parlimen Jerlun (P005).[12][13] Sebelum ini, beliau telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi, tetapi keinginannya telah dibantah oleh 85 daripada 91 cawangan UMNO di Langkawi.[14] Tetapi kemudian, banyak pemimpin di Langkawi menyokongnya. Berbeza pula dengan UMNO bahagian Jerlun yang mengalu-alukan beliau untuk bertanding kerusi Parlimen dan mereka berjanji untuk memberi sokongan penuh dalam pilihan raya akan datang.[15]

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau bertanding dengan menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding untuk kawasan parlimen Jerlun, Kedah. Beliau telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat undi sebanyak 19,424. Calon lawan beliau ialah Idris Bin Ahmad daripada parti PAS dengan undian sebanyak 17,219. Peratus pengundi yang keluar ialah 99.8% manakala undi rosak sebanyak 599.

Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya 2013, Mukhriz melepaskan kerusinya di parlimen persekutuan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. Langkah itu diambil dengan tujuan untuk menjadi Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional boleh mengalahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Azizan Abdul Razak. Mukhriz memenangi kerusi Ayer Hitam mengalahkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus merampas semula kerajaan negeri Barisan Nasional, dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 6 Mei, sehari selepas pilihan raya, di hadapan bapanya.[16] Pada 3 Februari 2016, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar selepas majoriti ADUN BN mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Kembali sebagai Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya 2018, Mukhriz bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra. Mukhriz memenangi kerusi Jitra mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sekaligus membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH), dan Mukhriz mengangkat sumpah sebagai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 di Istana Anak Bukit. Ini kali kedua Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah dengan yang pertama ketika bersama Barisan Nasional (BN) selepas parti itu merampas penguasaan negeri daripada PAS melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).[17]

Kerjaya perniagaan dan kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau pergi ke Universiti Sophia, Tokyo pada tahun 1982, di mana beliau menerima ijazah sarjana muda dalam pengurusan perniagaan. Beliau kemudiannya menerima ijazah sarjana muda dalam pemasaran selepas menamatkan pengajian dari Universiti Boston pada tahun 1987.[18][19]

Beliau banyak mengadakan hubungan perniagaan yang besar seperti Opcom Holdings,[20][21] Kosmo Tech[22] atau lebih dikenali sebagai Persatuan Francais Malaysia.[23] Selain itu, beliau juga pengarah eksekutif dalam Perdana Peace Global Foundation.[24]

Mukhriz berkahwin dengan Datin Paduka Norzieta Zakaria pada 14 November 1993,[25] dan mempunyai empat anak. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat vaksin kanser Malaysia, Bioven.[26]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kedah[27][28][29]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 N04 Ayer Hitam, P005 Jerlun. Mukhriz Mahathir (UMNO) 14,083 54.55% Abdul Ghani Ahmad (PAS) 11,637 45.07% 26,200 2,446 88.61%
2018 N06 Jitra, P006 Kubang Pasu. Mukhriz Mahathir (PPBM) 18,852 55.03% Aminuddin Omar (UMNO) 8,003 23.36% 34,252 10,849 83.00%
Zulhazmi Othman (PAS) 7,064 20.62%
Parlimen Malaysia[27][28]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 P005 Jerlun, Kedah. Mukhriz Mahathir (UMNO) 19,424 53.01% Idris Ahmad (PAS) 17,219 46.99% 37,242 2,205 81.83%
2018 Mukhriz Mahathir (BERSATU) % Othman Aziz (UMNO) % %
Abdul Ghani Ahmad (PAS) %

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Mukhriz telah pun berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Beliau sedang menjawat jawatan Pengerusi bagi Bioven, sebuah badan pertubuhan vaksin bagi kanser.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gelaran Tok Puan bagi isteri penerima SPMK (Kedah)
  2. ^ Mukhriz Mulakan Tugas Sebagai Menteri Besar Kedah BERNAMA. 7 Mei 2013.
  3. ^ Mukhriz umum letak jawatan
  4. ^ PHOTO GALLERY
  5. ^ Pilihanraya UMNO
  6. ^ Sabah: the battleground for the Umno Deputy Presidency (part 2)
  7. ^ Baptism of fire for Mukhriz?
  8. ^ Remarks unfair, unwarranted: Umno Youth
  9. ^ Mukhriz shocked; claims move well-planned
  10. ^ Mukhriz: Nothing new in speech
  11. ^ Mukhriz to face Youth exco
  12. ^ Mukhriz ke Parlimen Jerlun
  13. ^ Kedah: Mukhriz to fight Jerlun, Badruddin stays in Jerai
  14. ^ Mukhriz ‘the right man to contest in Langkawi’
  15. ^ Mukhriz, Selamat Datang ke Jerlun!
  16. ^ Mukhriz angkat sumpah sebagai MB Kedah
  17. ^ [1]
  18. ^ "Yab Dato' Seri Paduka Hj Mukhriz Bin Tun Mahathir". 
  19. ^ "Mukhriz Hanya Mampu Bertahan 3 Tahun Sebagai MB Kedah - MYNEWSHUB". 
  20. ^ 30-09-2004: Opcom mensasarkan kapasiti 2D
  21. ^ Infrasuktur jalur lebar oleh Opcom
  22. ^ Board of directors
  23. ^ Openings for franchise companies
  24. ^ Mukhriz: Masa yang panjang untuk mengamankan selatan Thai
  25. ^ Ibu Mertua Mukhriz Meninggal Dunia
  26. ^ Board of Directors Diarkibkan 7 January 2008 di Wayback Machine.
  27. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 10 May 2013.  Angka peratusan berdasarkan jumlah pemilih, tidak termasuk undi tidak rasmi.
  28. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  29. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]