Azwin Andy Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Azwin Andy Malik
KelahiranAzwin Andy bin Abdul Malik
(1983-09-13) 13 September 1983 (umur 35)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainAndy, Andy Estranged
Pusat pendidikanUniversiti HELP
PekerjaanPemuzik, model
Tahun aktif2001-kini
Terkenal keranaSebagai pemain dram kumpulan Estranged
PasanganAzline Megat (berkahwin 2014)
Ibu bapaAbdul Malik Abdul Rahmah
Anne Malik
SaudaraAzlan Rudy Malik (abang)
Azril Dino Malik (abang)

Azwin Andy Abdul Malik (lahir 13 September 1983) ialah seorang model dan pemuzik kelahiran Malaysia yang juga lebih dikenali sebagai pemain dram untuk sebuah kugiran terkenal di Malaysia, iaitu Estranged.[1][2] Adik-beradiknya juga turut bergiat aktif dalam bidang muzik, abang sulungnya ialah Azlan Rudy Abdul Malik yang merupakan pemain dram kumpulan muzik rap rock Malaysia, Pop Shuvit yang juga ketua pegawai operasi 1M4U, manakala seorang lagi abangnya ialah Azril Dino Abdul Malik ialah pemain dram kumpulan Frequency Cannon.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azwin Andy Malik atau mesra dengan panggilan Andy dilahirkan pada 13 September 1983 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang kesemuanya lelaki kepada ibubapanya Abdul Malik Abdul Rahmah dan Anne Malik. Beliau merupakan Graduan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti HELP.

Estranged[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Estranged

Beliau menyertai kumpulan Estranged semasa penubuhan kumpulan ini pada 2001, beliau memegang posisi sebagai pemain dram. Sepanjang bersama kumpulan itu, beliau menerbitkan tiga album studio. Andy meninggalkan Estranged pada Ogos 2015 kerana terikat dengan komitmen kepada pekerjaannya.

Dunia Peragaan[sunting | sunting sumber]

Disamping dikurniakan sosok tubuh yang sasa, berwajah tampan dan tinggi. Andy juga melibatkan diri dalam dunia peragaan. Dia pernah menjadi model untuk Noor Arfa Batik. Juga jenama-jenama lain.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Azline Megat pada 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]