Itu Kamu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Itu Kamu"
Single oleh Estranged
daripada album In Hating Memory (Repackaged)
Dikeluarkan pada2007
Dirakam pada2006
PenulisEstranged

Itu Kamu ialah tajuk bagi lagu bahasa Malaysia pertama yang didendangkan kumpulan muzik Estranged. Lagu ini dikatakan melonjakkan nama kumpulan muzik indie ini ke arus perdana setelah menumpu pada lagu berbahasa Inggeris. Lagu bertemakan keceriaan ini dimasukkan dalam edisi khas album In Hating Memory di samping lagu-lagu bahasa Inggeris yang bernada agresif dari edisi asal.

Lagu ini juga dimuatkan dalam album runut bunyi KAMI.[1]

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Video muzik Itu Kamu diarah oleh Jack Wung dengan Tim Shim sebagai jurukamera dan pascapenerbit, menampilkan kumpulan Estranged dalam latar serba keputihan, dan babak-babak lain yang diisi oleh sejumlah 15 orang wanita.[2] Videonya ditayangkan buat julung kali di TV menerusi saluran Astro Ria pada 30 Januari 2007.[3]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Lagu Itu Kamu terus menempa nama dengan menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-22 pada tahun 2008, di samping menerima pencalonan untuk Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-15 pada tahun yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KAMI spin-offs". The Star. 28 Julai 2007. Dicapai 11 Januari 2010. 
  2. ^ Estranged's 'Itu Kamu', timshim.com, 21 April 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  3. ^ ITU KAMU video premiere, Estranged, 26 Januari 2007. Dicapai pada 11 Januari 2010.