Bad (lagu Dolla)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Bad"
Single oleh Dolla
daripada album Dolla: Mini Album
Dilancarkan pada11 Februari 2022
Format
GenreEDM
Panjang
  • 3:39 (single)
  • 4:05 (muzik video)
Syarikat
Penulis
  • Ludwig Lindell
  • Karl-Oscar 'Cage' Gummesson
  • Yonnyboii
Penerbit
  • Ludwig Lindell
  • Karl-Oscar 'Cage' Gummesson
  • Yonnyboii
Kronologi single Dolla
""Berani"
(2021)"
"Bad" ""Look At This"
(2023)"
"Bad" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Bad" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia, Dolla. Ia dikeluarkan sebagai single keempat mereka pada 11 Februari 2022.[1] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini. Lagu ini dimuatkan dalam EP sulung mereka, Dolla: Mini Album (2022).[2]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

"Bad", seperti 3 single terdahulu Dolla, mempertaruhkan tema pemerkasaan wanita. Lagu ini dicipta oleh pemuzik dari Sweden, Ludwig Lindell dan Karl-Oscar 'Cage' Gummesson yang sebelum ini turut mencipta lagu "Impikan". Ia ditulis dalam dua versi bahasa, iaitu Melayu dan Inggeris. "Bad" turut menyaksikan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii. "Inti single "Bad" tetap berkisar seseorang dikecewakan berkali-kali dan akhirnya tidak mahu lagi menerima kepahitan hingga memilih menyerlahkan sisi gelap yang berbeza," kata Syasya dalam satu temubual bersama Berita Harian.[3]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Muzik video rasmi lagu "Bad" telah dikeluarkan serentak dengan pelancaran single ini dan telah meraih sebanyak 100,000 tontonan dalam tempoh sejam di YouTube sekaligus menjadi sohor kini selepas pelancaran rasminya.[3][4][5][6] Pada hujung muzik video "Bad", ia menampilkan sedutan daripada muzik video 3 single terdahulu mereka, iaitu "Dolla Make You Wanna", "Impikan" dan "Berani".

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Dalam ulasan retrospektifnya mengenai lagu ini, Khai Azfar dari Murai.my berpendapat bahawa lagu ini menunjukkan kemampuan Dolla setaraf antarangsa. Beliau menulis: "...Kemampuan Dolla kini berada setaraf antarabangsa sekaligus meletakkan mereka di dalam kelas dan identiti yang tersendiri meskipun sering dibandingkan dengan kumpulan tertentu". Beliau turut memuji muzik video lagu itu yang disifatkan telah "meletakkan satu lagi pencapaian yang cukup membanggakan" untuk Dolla.[7]

Format dan senarai runut[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital[8]
  1. "Bad" – 3:39

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 11 Februari 2022 Muat turun digital[8]
Penstriman digital[9]
Lion Music Group
Universal Music Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lagu Bad serlah sisi matang Dolla". Majoriti. 15 Februari 2022. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  2. ^ "Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam". XTRA. 22 Februari 2022. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  3. ^ a b Serimah Mohd Sallehuddin (15 Februari 2022). "Single Bad 'trending' nombor satu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  4. ^ Amri Hassan (14 Februari 2022). "Superb! MV Bad Dolla Ditonton 100,000 Selepas 1 Jam Dilancarkan Di YouTube! Kini Trending #1". Astro Gempak. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  5. ^ Yat Kean (14 Februari 2022). "Rhythm Check: DOLLA's BAD MV gained 100K views in an hour after released; currently trending No 1 for music" (dalam bahasa Inggeris). Trend GRND. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  6. ^ "Baru Lancar 3 Hari, Muzik Video 'Bad' Dolla Lepasi 1 Juta Tontonan Dan Trending Di YouTube - "Wow Taraf Antarabangsa Macam Ini"". Era. 15 Februari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  7. ^ Khai Azfar (17 Februari 2022). "[ULASAN] BAD Tunjuk Kemampuan Dolla Setaraf Antarabangsa". Murai.my. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  8. ^ a b "Bad - Single by Dolla on Apple Music". iTunes (MY). 11 Februari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.
  9. ^ "Bad, a song by Dolla". Spotify. 11 Februari 2022. Dicapai pada 17 Februari 2022.