Dolla Mini Showcase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dolla Mini Showcase
Konsert mini oleh Dolla
TempatNero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama
Tarikh19 Februari 2022 (2022-02-19)
Putaran1
Jumlah persembahan1
Kehadiran100
Kronologi konsert Dolla
  • Konsert Stay Strong Malaysia
    (2021)
  • Dolla Mini Showcase
    (2022)

Dolla Mini Showcase ialah konsert mini oleh kumpulan gadis Malaysia, Dolla. Ia diadakan pada 19 Februari 2022 di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama dan ia juga diadakan sebelum pelancaran album sulung mereka, Dolla: Mini Album yang dikeluarkan dua hari kemudian.[1][2][3]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert ini diumumkan oleh Dolla pada 30 Januari 2022. Menurut ahli kumpulan, Syasya, idea untuk mengadakan konsert ini datang daripada syarikat rakaman Dolla, Universal Music Malaysia. Dalam temubual bersama Berita Harian, Syasya berkata:

"Kami terkejut dan tidak menyangka tiket begitu laris. Jadi, Dolla berharap peminat, khususnya kelab peminat, iDolla akan menikmati persembahan Dolla untuk kali pertama secara langsung di depan mereka. Dolla gembira kerana akhirnya diberi peluang mengadakan persembahan di hadapan peminat. Lagipun, kami adalah puteri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana muncul ketika fasa PKP dilaksanakan. Kami tidak sabar mahu bertemu peminat. Jadi, peluang ini sangat berharga buat kami,".[1]

Tiket menyaksikan Dolla Mini Showcase telah dijual pada harga RM35 (tiket terhad) dan RM55 (berserta sesi ramah mesra) telah habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.[4][5][6][7] Menurut seorang lagi ahli, Tabby, selain persembahan dalam beberapa versi lain serta mutu vokal yang dipertingkatkan, terdapat beberapa kejutan lain yang bakal dipertontonkan.[4]

Dolla Mini Showcase diadakan pada Sabtu, 19 Februari 2022 di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama jam 8 malam. Ia dijayakan bersama rakan radio rasmi, Hot FM dan diadakan bagi menghargai sokongan daripada peminat kumpulan ini, yang dikenali secara kolektif sebagai iDolla.[8] Acara yang dihadiri hampir 150 peminat termasuk ahli keluarga kumpulan ini, menyaksikan Dolla menyanyikan lima lagu hits mereka, termasuk lagu baharu, "Bad" yang dilancarkan pada 11 Februari. Dolla turut mempersembahkan lagu "Cold Blooded" yang dipopularkan oleh penyanyi Korea Selatan, Jessi. Dolla Mini Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi baharu, Juki yang menghiburkan penonton menerusi single pertamanya, "Pacu" yang dilancarkan pada 11 Mac.[9][10]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu
  1. "Dolla Make You Wanna"
  2. "Impikan"/"Watch Me Glow"
  3. "Berani"
  4. "Bad"
  5. "Cold Blooded" (nyanyian asal Jessi)


Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Lokasi Kehadiran
19 Februari 2022 Petaling Jaya, Selangor Malaysia Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1Utama Habis dijual[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Farihad Shalla Mahmud (31 Januari 2022). "Lima minit tiket 'showcase' Dolla licin". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  2. ^ Tahir Alhamzah (31 Januari 2022). "#Showbiz: Dolla Mini Showcase tickets sell out in 5 minutes" [#Hiburan: Tiket Dolla Mini Showcase habis dijual dalam tempoh 5 minit] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  3. ^ Najiy Jefri (1 Mac 2022). "Air mata Dolla". Harian Metro. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  4. ^ a b Aqmar Mustaza (31 Januari 2022). "Laku keras, tiket Dolla Mini Showcase habis dijual dalam masa lima minit". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Februari 2022.
  5. ^ Amri Hassan (2 Februari 2022). "Tiket Mini Showcase Dolla Sold Out Selepas 5 Minit!". Astro Gempak. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  6. ^ Siti Athirah Dzulkifly (1 Februari 2022). "Tiket Mini Showcase laris, Dolla teruja". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  7. ^ Hanisah Selamat (31 Januari 2022). "Tiket 'showcase' Dolla habis terjual dalam masa 5 minit". Kosmo!. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  8. ^ Nannie Isa (21 Februari 2022). "DOLLA TAHAN SEBAK MASA MINI SHOWCASE, AMAZING!". Kitepunye. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  9. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Februari 2022). "Dolla titis air mata di pentas 'showcase'". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2022.
  10. ^ Najiy Jefri (19 Februari 2022). "Air mata gembira, terharu Dolla!". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mei 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]