Pergi ke kandungan

Syasya Rizal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Syasya)
Syasya Rizal
Kelahiran
Norsyasya Afiqah binti Shahrizal

(2001-01-15) 15 Januari 2001 (umur 24)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2019–kini
PasanganNasrullah Mohd. Sapie (k. 2024)
Anak-anakMohd Yassir Hayyan Nasrullah
SaudaraRozie Othman (nenek)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanUniversal Music Malaysia
Kegiatan berkaitanDolla

Norsyasya Afiqah Shahrizal (Jawi: نورشاشا افيقة شهرزال; lahir 15 Januari 2001) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan gadis Malaysia, Dolla, yang ditubuhkan pada 2019.[1][2]

Syasya ialah salah seorang ahli kumpulan Dolla sewaktu penubuhannya pada April 2019.[3] Selain beliau, ahli kumpulan lain terdiri daripada Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Angelina Chai Ka Ying (Angel) dan Tabitha Ariel Lam (Tabby). Mereka pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi ujibakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu yang diadakan oleh Universal Music Malaysia. Syasya bersama rakan-rakan sekumpulannya meraih kejayaan komersial menerusi single sulung mereka, "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada Mac 2020.[4] Pada April 2024, beliau meninggalkan Dolla, menurut kenyataan kumpulan itu, atas sebab peribadi sekaligus menamatkan kerjaya 5 tahun bersama Dolla, namun masih terikat kontrak dengan Universal Music Malaysia.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Syasya dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada lima beradik. Beliau ialah cucu kepada pelakon veteran, Rozie Othman.[5] Beliau berkahwin dengan Nasrullah Mohd Sapie, sejurus selepas pengundurannya daripada Dolla. Mereka dikurniakan seorang anak, Mohd Yassir Hayyan.

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu
2020 "Dolla Make You Wanna"
"Impikan"/"Watch Me Glow"
2021 "Raya Raya Raya"
"Berani"
Tahun Tajuk lagu Kolaborasi
2025 "Raya Pum Pang" Nur Fazura

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Bas Terakhir Malam Raya Melati Filem pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Dolla Watch Me Glow Syasya Astro Citra Telefilem pertama
  1. ^ "Dolla members profile and facts" [Profil dan fakta ahli kumpulan Dolla] (dalam bahasa Inggeris). KProfiles. 30 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  2. ^ Juliana Johar (3 Mei 2021). "Syasya Dolla pernah terima ugutan bunuh selepas dikecam tiru gaya rambut Lisa Blackpink". mStar Online. Dicapai pada 3 Jun 2021.
  3. ^ Najiy Jefri (16 November 2021). "Bertahan selama mungkin". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  4. ^ Najiy Jefri (14 Oktober 2021). "Dolla bukti wanita berani". Harian Metro. Dicapai pada 29 November 2021.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (8 Februari 2022). "Syasya enggan tumpang nama nenek". Berita Harian. Dicapai pada 16 Februari 2022.