Bahasa Ainu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Ainu
アイヌ イタㇰ Aynu itak
sebutan akan ditambah
asli ke Jepun, Russia
wilayah Hokkaido, bekas Sakhalin, Kepulauan Kurile, hujung Semenanjung Kamchatka, dan Tōhoku di Honshu
etnik Orang Ainu
penutur asli 10  (2007)
keluarga bahasa
Ainu
  • Bahasa Ainu
Sistem penulisan Katakana, Rumi
kod bahasa
ISO 639-2 ain

Bahasa Ainu (Ainu: アイヌ イタク, aynu itak; Bahasa Jepun: アイヌ語 ainu-go) dituturkan oleh Kumpulan etnik Ainu di pulau Hokkaido di utara Jepun. Sehingga kurun kedua puluh, Bahasa Ainu juga dituturkan di bahagian selatan Sakhalin dan sebilangan kecil orang di Pulau Kuril. Semua bahasa Ainu melainkan bahasa Hokkaidō telah pupus, dengan matinya penutur pulau Sakhalin terakhir pada 1994; dan bahasa Ainu Hokkaidō sekarang merupakan bahasa yang terancam, walaupun ada cubaan untuk memulihkan kembali bahasa tersebut.

Ainu tidak dianggap mempunyai hubungan genetik dengan mana-mana rumpun bahasa lain. Terdapat satu cadangan untuk menghimpunkan bahasa-bahasa Ainu dalam rumpun bahasa yang dikenali sebagai Bahasa-bahasa Ainu, namun setelah dipertimbangkan sebagai bahasa tunggal, ia dikelaskan Bahasa terpencil