Geseran velar tak bersuara
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Nombor AFA | 140 | ||
---|---|---|---|
Pengekodan | |||
X-SAMPA | x | ||
| |||
Sampel audio | |||
Geseran velar tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara x dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan x dalam X-SAMPA.
Dalam bahasa Melayu, ciri ini dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf خ kha dalam tulisan Jawi serta dwihuruf kh dalam tulisan Rumi, contohnya: khidmat (خدمة), akhbar (اخبار) dan tarikh (تريخ). Sebutan ini cenderung terganti dengan fonem /k/ untuk penutur yang kurang mengetahui asal-usul perkataan pinjaman disebut.
Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]
Ciri-ciri geseran velar tak bersuara:
- Cara artikulasinya adalah geseran, iaitu dihasilkan dengan menjerut aliran udara melalui saluran sempit di daerah artikulasinya.
- Daerah artikulasinya adalah velar, iaitu disebut dengan bahagian belakang lidah (dorsum) menyentuh lelangit lembut (velum).
- Jenis pembunyiannya adalah tak bersuara, iaitu dihasilkan tanpa menggetarkan pita vokal.
- Ini ialah satu konsonan lisan, iaitu udara dibenarkan keluar melalui mulut.
- Ini ialah satu konsonan tengah, iaitu dihasilkan dengan membenarkan arus udara mengalir melalui tengah lidah dan bukan sisinya.
- Mekanisme arus udaranya adalah egresif pulmonik, iaitu disebut dengan menolak udara keluar dari paru-paru melalui saluran vokal, dan bukannya dari glotis atau mulut.